e-sasterawan
di Media

 

eSastera.com lancar taman perumahan siber

Akhbar Mahasiswa Bil: 25

KUALA LUMPUR: eSastera.com, sebuah laman sastera di talian, baru-baru ini melancarkan Taman Perumahan Siber yang menawarkan lot-lot persendirian untuk ahli komuniti berkarya secara blogger.

Menurut pengendali laman berkenaan, Irwan Abu Bakar, taman berkenaan diperkenalkan bagi membolehkan ahli-ahi komunitinya berkarya secara bebas di laman masing-masing serta menjadikannya 'rumah' untuk menempatkan karya-karya mereka.

Sebagai langkah permulaannya, satu sayembara membangunkan laman berkenaan telah diadakan bagi tujuan menggalakkan peserta dan penghuni komuniti berkenaan membangun dan memperindahkan laman masing-masing.

eSastera.com sebelum ini telah membangunkan 14 komuniti pelbagai genre sastera seperti sajak, cerpen, drama, madah, pantun, sajak jenaka, teka-teki, berita dan bicara sastera, cerita rakyat, novelis, resensi, sastera sains, haiku Melayu, poets, dan juga profil.

eSastera.com akan mengadakan penganjuran Hadiah eSastera.com (HesCom) untuk kali ke-3 pada pertengahan Disember ini.

eSastera.com baru-baru ini turut dijemput oleh Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taman Perumahan Siber boleh dikunjungi secara terus melalui www.esasterawan.com.



 

SOME TEXT CAN GO HERE

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh commodo consequat.

Read more


 

AND ANOTHER TEXT HEADING HERE

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh commodo consequat.

Read more

eSasterawan di media (cetak)

1. eSastera.com lancar taman perumahan siber

eSasterawan di media cetak.