| weblog terkini |
+ lihat semua weblog |
| Khamis, 31 Disember 2009 |
SELAMAT TINGGAL
SELAMAT TINGGGAL
Ucapan ini jarang kedengaran apabila tiba hujung tahun dan ketika kita menanti permulaan tahun baharu. Lazimnya apa yang sering disebut atau didengari ialah ucapan Selamat Menyambut Tahun Baharu. Mulai malam ini hinggalah ke awal pagi esok pasti kita akan menerima ucapan selamat menyambut tahun baharu daripada rakan-rakan kita sama ada melalui SPR (sistem pesanan ringkas) atau panggilan telefon atau melalui email atau pesanan melalui blog dan juga laman perhubungan sosial yang lain.
Itulah kita. Mengharapkan sesuatu yang bakal tiba. Tetapi jarang menginsafi segala yang bakal kita tinggalkan. Sering menanti sinar yang belum pasti menjelang sedangkan kita lupa kita masih berada di dalam sinar yang sedia ada. Lumrahnya sikap manusia demikian rupa.
Berapa ramai yang menoleh sejenak ke belakang sebelum memulakan langkah ke hadapan? Berapa ramai pula yang mengenang peristiwa semalam sebelum mencipta sejarah hari esoknya?
Kita ghairah mencipta azam dan cita-cita baru setiap kali menjelang awal tahun. Ramai yang memasang impian baru untuk dicapai dalam tahun yang akan menjelang esok. Malah sudah tentu sekali ramai yang akan bersiap sedia mulai detik ini untuk menyambut tahun baru dengan upacara dan perayaan atau pesta-pesta.
Tidak salah untuk merasa ghairah begitu, tetapi sewajarnya keghairahan itu janganlah keterlaluan. Berlebih-lebihan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya nanti. Tak usahlah terikut-ikut dengan adat budaya yang tidak memberikan keberuntungan itu. Yang sudah itu sudahlah! Mulakan sesuatu yang baru, ciptalah budaya yang lebih baik daripada itu.
Tahun 2009 tidak mungkin berulang lagi. Mustahil! 2009 akan pergi buat selama-lamanya. Tetapi itu bukan bermakna kita tidak boleh mengingatinya lagi. Tidak bererti segala peristiwa, pengalaman dan musibah yang pernah dihadapi mesti dilupakan sama sekali. Kita perlu menelitinya satu persatu supaya kita benar-benar bersiap sedia menghadapi tahun yang akan menjelang tiba nanti.
Segala pengalaman manis tahun sebelumnya perlulah diulang lagi semoga kemanisan yang pernah dirasai akan terus dinikmati. Segala yang pahit juga perlu dinilai kembali supaya kesilapan yang sama tidak berulang lagi. Biarlah kepahitan dahulu bertukar menjadi manis pada tahun yang akan datang. Atau musibah yang pernah menimpa tidak akan menimpa sekali lagi. Kita perlu mencari jalan menghindarinya.
Tetapi itulah yang lazim dilupakan. Tanyalah siapa sahaja. Jarang orang mahu menilai semula kelemahan diri sendiri. Jarang ada yang mahu bertanya punca kegagalan memenuhi azam yang digariskan awal tahun yang lalu. Tidak ramai yang mahu bermusahabah diri, mencari sebab dan penyebab segala kesilapan, kesalahan yang pernah dilakukan.
Marilah kita menoleh sejenak, mencari kelemahan diri kerana tanpa mengetahui kelemahan diri mustahil kita dapat menjana kekuatan untuk menempah kejayaan.
Disumbangkan pada 12/31/2009 10:57:07 AM
Lihat komen (2) / Tambah komen
|
|
SELAMAT TINGGAL
12/31/2009 10:57:07 AM [2]
|
|
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA
11/24/2009 9:57:35 AM [1]
|
|
KEWANGAN DBP MEMBIMBANGKAN
11/22/2009 12:45:21 AM [0]
|
|
DBP BOLEH DENDA
10/19/2009 11:19:41 PM [1]
|
|
MASA SEMAKIN DEKAT
9/11/2009 11:52:28 PM [1]
|
|
MARI MENGHARGAI MASA
8/7/2009 7:40:39 PM [2]
|
|
NASIHAT AYAHANDA
6/18/2009 6:04:59 PM [1]
|
|
LAGI-LAGI BAHASA INGGERIS...!!
6/15/2009 11:54:28 AM [1]
|
|
SEPETANG DI NO. 99, RUMAH PUTIH...
6/9/2009 2:20:50 PM [2]
|
|
5 Sasterawan Negara tolak PPSMI
5/5/2009 3:48:20 PM [6]
|
|
DALAM SEJUTA PAHIT
Sajak 2/25/2009 4:15:19 PM [1]
|
|
TERIMA KASIH, IBU
Sajak 5/11/2008 4:39:51 PM [0]
|
|
SETELAH SEKIAN LAMA BARA CINTA INI KUGENGGAM
Sajak 4/21/2008 2:22:33 AM [0]
|
|
MERUNGKAI RINDU DIRI
Sajak 10/31/2007 11:08:20 PM [0]
|
|
PERGILAH ANAK
Sajak 9/24/2007 2:53:37 AM [1]
|
| foto |
+ lihat semua foto |

muskhead_baru 10/20/2009 12:17:26 AM [0]
|

muskhead 12/23/2008 1:32:29 PM [0]
|

muzium padi3 12/21/2008 12:26:36 AM [0]
|