esasterawan.net

 

SYAHRUL FITRI MUSA

 
Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
DYMM Syahrul Fithri Musa

Email
shaputra_78@hotmail.com

Laman web lain
http://

Laman web kegemaran

SYAHRUL FITRI MUSA



weblog terkini + lihat semua weblog
Rabu, 12 Mei 2010
Bersalah Sebelum Bicara II

Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, lebih kurang empat orang anggota berpakaian preman masuk ke bilik pengetua. Salah seorang dari mereka meminta kebenaran dari pengetua utk membawa kami berempat ke balai polis. Setelah diberi kebenaran, dengan kawalan ketat kami dibawa turun dan kemudian menaiki trak polis. Ramai sungguh yang menonton.Kebetulan pula waktu tu semua murid sedang bergerak pulang. Hari itu adalah hari terakhir zaman persekolahan aku. Rupanya ia berakhir begitu. Pengakhiran sebuah tragedi. 

Setibanya di balai polis (Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah), kami berempat dibawa ke Bahagian Kongsi Gelap (D7). Kali pertama aku disitu. Aku rasa tak selamat. Aku rasa akan berlaku sesuatu yang tidak baik seperti yang pernah aku dengar dari kawan-kawan aku yang pernah berkunjung disitu. Aku mula risau. Pada mulanya kami diambil keterangan seorang demi seorang. Beberapa anggota berbilang bangsa Satu Malaysia berada disitu. Mereka berintegriti. Tetapi segalanya berubah bila seorang anggota berbangsa Melayu berbadan besar masuk campur dalam kes kami. Dia kelihatan kasar. Kami diminta untuk sekadar berseluar dalam.(nasib baik aku pakai hahaha) Keadaan mula jadi keras dengan soalan-soalan yang mesti menjawab seperti mana yang dikehendaki. Dipermudahkan cerita, kami berempat dilayan 'dengan sungguh baik, dihidangkan buah-buahan yang enak dan diberi minuman yang sedap'.

Keluar dari tempat tu, kami di bawa ke lokap. Kami direman. Kami bernasib baik sebab lokap di situ sudah penuh. Kami diminta duduk menyangkung di depan pintu lokap. Kemudian diarahkan memungut plastik2 sisa makanan 'penghuni-penghuni' di situ. Pengalaman yang sungguh sadis. Selesai melakukannya, kami diberi makan. Sama seperti yang ada dalam plastik yang kami pungut tadi. Nasi berlauk ikan bersisik masak air kurang cili, garam dan segala macam lagi. Budak Cina yang bersama aku tiba-tiba bersuara pada aku "Lu mahu, gua kasi sama lu. Gua tak lapar." Aku sempat memandang Marwan. Aku kata pada budak Cina tu. "Takpe, gua tak lalu nak makan." 

Selepas kejadian itu, aku ada berjumpa lagi dengan budak Cina tu. Kami bertegur sapa, kami berbalas senyuman. Kami belajar memahami tentang perbezaan. Kejadian itu cuma satu salah faham, bukan pergaduhan dan bukan juga permusuhan. Kami tahu yang kami ada musuh yang lebih bahaya. 'Kekejaman' dan 'ketidakadilan'.      

TAMAT



Disumbangkan pada 5/12/2010 12:52:33 AM • Lihat komen (2) / Tambah komen


weblog + lihat arkib weblog
Bersalah Sebelum Bicara II • 5/12/2010 12:52:33 AM [2]
Refreshment • 2/23/2010 2:44:14 PM [0]
Apa Yang Diperjuangkan. • 2/5/2010 1:36:23 PM [0]
Bila Diri Bergelar Datin • 2/3/2010 2:26:15 PM [0]
Kehilangan A.N.A • 1/21/2010 3:45:40 PM [0]
Transisi Waktu • 1/5/2010 3:41:53 PM [0]
Menghimpun Hari • 12/7/2009 1:51:27 PM [2]
Pencerita Kehidupan Tanpa Tauliah • 11/2/2009 10:22:08 AM [0]
HILANG • 10/9/2009 5:23:24 PM [0]
Fikir Bola Lupa Seni • 10/1/2009 2:32:38 PM [3]


karya + lihat semua karya
Tendanglah Aku Kekasih Drama • 4/29/2008 1:38:18 PM [1]
Cuba Tanya Sebutir Bintang Drama • 2/12/2008 12:54:47 PM [2]
Akhirnya Kawan Baik Aku Ini Mati Juga Drama • 2/12/2008 12:49:46 PM [0]
Pengertian Cinta dari Lidah Pendusta Sajak • 1/30/2008 6:34:33 PM [2]
Laut Itu Masin Drama • 1/28/2008 3:33:54 PM [5]


foto + lihat semua foto
Lihat foto ini
romantis alam

1/19/2009 5:17:42 PM [0]
Lihat foto ini
Demi Merdeka

9/3/2008 4:51:08 PM [0]
Lihat foto ini
demi merdeka

9/3/2008 4:49:58 PM [0]


maklumat sisi

Try not to be a man of success, but rather try to be a man of value.
                                                                        -Albert Einstein



promosi

empty



papan nota

syahrul 5/11/2010 11:36:54 PM
Insyaallah, Hijrah tu baik.

Teratai 4/22/2010 7:13:07 AM
Salam, marilah turut serta program Ekspedisi ke Ulu Tembeling 11-14 Jun ( promo di artikal penyair) dan perjumpaa teka teki di Rompin Beach Resort (promo di Forum Teka teki).

vitamin 4/16/2010 5:44:10 PM
apa lagi, pakai blogger.com la.. hehehe

syahrul 3/28/2010 5:55:51 PM
agak sukar nak update blog ni sebab di tmpt aku kerja, ia di 'block'. Aku sendiripun tak tahu kenapa. keliru dibuatnya.

Syahrul 10/7/2009 11:18:33 AM
ok, terus berjuang!

 




Bagi mengelakkan spam, sila tuliskan perkataan di dalam imej ini ke dalam ruang yang disediakan.
The CAPTCHA image
Dengarkan ejaan (mp3)





Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 5/14/2010 9:13:15 PM • Bilangan pelawat 31566