esasterawan.net

 

aziz zabidi

 
Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Abdul Aziz Mahamad Zabidin

Email
arjosh81@yahoo.com

Laman web lain
http://



aziz zabidi



weblog terkini + lihat semua weblog
Khamis, 8 April 2010
Selepas jeda...

Hampir 6 bulan saya tidak menulis di sini...phewww, mohon maaf dan sekaligus terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak bosan membuka halaman ini dan mendapati ianya tidak dikemaskini. Segala sumpahan, makian ataupun cebikan dari kalian (jika ada) saya terima seredhanya. Saya memang pembaloq...kata orang utara.

Untuk kali ini pun saya tak tahu apa yg nak ditulis, jadi untuk mengelak tuan puan dari membaca sesuatu yang sia-sia, saya tampalkan disini komen caca marba saya terhadap sajak sdr Roslina Sheikh Ahmad di Penyair pagi tadi.

Membaca kembali komen itu, saya rasa banyak yang perlu ditambah supaya dapat menjadi sebuah ulasan sajak. Masalahnya, saya memang pembaloq...heheh...terima kasih

***

SIAPAKAH YANG GILA

Lihat!
Mesyuarat sekawan binatang di hujung rimba
wacana minda mewar-warkan cinta dunia

 

Siapakah yang gila
melakar sejarah hebat dunia
dalam koyaknya sejadah cinta..!


Roslina Sheikh Abdullah
Pahang Darul Makmur
080410

 

Sajak, sebagai hasil seni mempunyai pelbagai kemungkinan. Bermula dari tujuan sajak ditulis hinggalah kepada kesan sajak kepada dinia luar (pembaca, masyarakat etc). Dan diantara dua sisi itulah bentuk, isi, teknik, jenis etc. memainkan peranannya. Faktor didalam sajak dan diluar sajak juga mempengaruhi bagaimana sajak-sajak itu hidup (atau mati) dalam perjalanan itu. Namun, secara kolektifnya sajak diterima sebagai kerja seni yang mengkomunikasikan emosi dan pemikiran atau setidak-tidaknya salah satu daripadanya.

Saya menemui kedua-duanya dalam sajak ini, satu secara tersurat dan satu lagi secara tersirat.

Dengan membuka sajak menggunakan satu kata yang punya tanda seru "Lihat!" pembaca diperintah atau diajak membuka imaginasi ke satu arah yang bakal ditunjukkan dalam baris-baris seterusnya. Teknik begini walaupun tidak berapa mesra, namun sangat bagus untuk mempersiapkan imaginasi pembaca untuk masuk ke dalam sajak. Seterusnya, bermodalkan kata perintah tadi, pembaca dibawa kepada gambaran sebuah mesyuarat sekawan binatang di hujung rimba. Baris ini sangat imaginatif, vivid dan hidup. Saya membayangkan sekawan kambing, rusa, biri-biri malah harimau dan ungka sedang bermesyuarat di hujung rimba (hujung rimba? dimanakah hujung rimba, dipinggir bandarkah? ) Baris seterusnya walaubagaimanapun meleburkan imej-imej konkrit tadi menjadi segumpal metafora abstrak. "Wacana minda mewar-war cinta dunia" pastilah bukan sesuatu yg dimesyuaratkan oleh kambing, rusa dan harimau tadi. Selesai baris kedua itu,kita tahu, binatang yang dimaksudkan adalah idea tentang sifat kebinatangan yang ditamsilkan dalam konvensi budaya kita sebagai sesuatu yang teruk, ganas, babarian, kejam etc.

Pada rangkap seterusnya, imaginasi yang ditawarkan tadi tiba-tiba diputuskan dari minda pembaca, pembaca dihadapkan pula dengan sebuah soalan. Lompatan sebegini menimbulkan kesan kejutan. Seperti juga pembuka sajak yang mengejutkan dengan kata perintah, melangkah ke baris ke2 kita sekali lagi dikejutkan dengan teknik yang memutarkan imaginasi yang terbina tadi dengan sebuah soalan yang berupa argumentasi. Yang wujud dari kaedah sebegini ialah satu kesan lompang, kesan ketergesaan. Namun kesan sebegini tidak menjadikan sajak ini cacat. Mengapa perlu terkejut jika kita memang menjangkakan kejutan sejak bertemu ayat pertama lagi.

Yang nyata, sajak ini adalah sajak idea, idea tentang falsafah kemajuan itu sendiri, tentang pertembungan nilai materialisme dan nilai agama. Membaca sajak ini saya kira pembaca tidak mengalami kesukaran menangkap idea itu. Walaupun dibumbui metafora namun ideanya jelas. bagi yang biasa dengan 'tool' sajak, idea ini, walaupun tersirat namun menonjol. Dalam dunia sajak, pemikiran sajak ini boleh dikatakan mendahului emosi yang wujud. Emosi/rasa pula sampai secara subtle, kita melihatnya melalui kewujudan kata kunci seperti penggunaan tanda seru, penggunaan kata yang keras seperti binatang & gila, lompatan gaya diantara dua rangkap (seperti yang dibincangkan tadi) dan soalan berbentuk retorik itu sendiri. Kita mengesan emosi marah, kecewa malah seakan pasrah dalam sajak ini. dan itulah yang tersiratnya.

Apapun, sajak ini telah berjaya memainkan peranannya untuk berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu kepada pembaca. Kesannya, samada akan kekal atau segera hilang akan ditentukan oleh pembaca itu sendiri. Seperti kata Chairil Anwar " sebuah sajak adalah sebuah dunia..."

sajak ini telah membina dunianya sendiri...

salam hormat, maaf atas kekurangan, penelitian spontan sebegini tidak mampu menghasilkan analisis yang lebih mantap.

 

***

 

Owh…rupanya sangat mudah menggunakan kaedah copy & paste ini untuk update blog. Saya gembira!

Sdr roslina, maaf tak minta izin siarkan sajak anda di sini : )

 



Disumbangkan pada 4/8/2010 3:46:50 PM • Lihat komen (5) / Tambah komen


weblog + lihat arkib weblog
Selepas jeda... • 4/8/2010 3:46:50 PM [5]
Entri Baru • 10/13/2009 9:16:37 AM [7]
Berita Harian • 10/1/2009 4:23:16 PM [7]
Selamat Hari Raya • 9/13/2009 1:26:46 PM [3]
Membaca Jawi • 9/1/2009 5:10:27 PM [9]
Mengenang kembali keindahan itu... • 8/18/2009 5:52:26 PM [11]
Menjadi Abadi • 8/7/2009 3:09:48 PM [6]
Nur Qaseh Humaira • 7/16/2009 11:48:19 PM [16]
May 2009 • 5/19/2009 10:50:30 AM [14]
HESCOM 2008 • 12/22/2008 6:05:47 PM [5]


karya + lihat semua karya
Pertanyaan Dalam Sajak Sajak • 5/6/2008 7:18:53 PM [1]
Notasi Labah-Labah Sajak • 5/5/2008 6:58:31 PM [1]
Requiem, Zaman Edan Sajak • 5/5/2008 5:56:40 PM [2]


foto + lihat semua foto
Lihat foto ini
Qaseh

9/13/2009 1:01:48 PM [2]
Lihat foto ini
Qaseh

9/8/2009 1:02:31 PM [1]
Lihat foto ini
Aku&Dia

3/12/2009 2:11:42 AM [3]


maklumat sisi

Tiada lagi maklumat sisi yang disumbangkan



promosi



papan nota

pelangi 5/15/2010 2:33:24 PM
Salam persahabatan dan salam karya...............Sibuk apa nech.............

Teratai 4/19/2010 8:54:12 AM
Salam, marilah turut serta program Ekspedisi kie Ulu Tembeling 11-14 Jun ( promo di artikal penyair) dan perjumpaa teka teki di Rompin Beach Resort (promo di Forum Teka teki).

hasimah 4/11/2010 2:11:03 PM
Aziz, salam sejahtera ya. Nak baca cerita Kak Zai? Sila baca weblog Brirasa.
Nak tengok animasi cantik burung2 terbang, bunga bergerak2? Sila ke weblog lonelyroseblack. Cikgu tolong beritahu saja. haha

hasimah 4/10/2010 8:09:54 AM
Aziz pandai nasihat, kan? Jom minum teh di weblog as-Syramy di esasterawan ni. Mungkin kata2 Aziz akan menguatkan semangatnya.

aziz 4/9/2010 12:38:47 PM
kak ros, pembaloq tu mcm gam UHU...susah nak tanggal

 




Bagi mengelakkan spam, sila tuliskan perkataan di dalam imej ini ke dalam ruang yang disediakan.
The CAPTCHA image
Dengarkan ejaan (mp3)





Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 4/8/2010 3:46:50 PM • Bilangan pelawat 5747