BUKU MENAJEMEN MINDA
KAMI MENJUAL BUKU-BUKU TULISAN DAN TERBITAN SENDIRI DENGAN TAWARAN HARGA TERBAIK. HUBUNGI 013-6979697 UNTUK TEMPAHAN (melalui pos dan penghantaran di lokasi terdekat)

SUU PHEA (Pencalonan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004) ABU HASSAN MORAD ISBN 983-2943-03-5 RM 17.90 (15% diskaun) MESTI BACA!
Kisah gadis Myanmar bernama Suu Phea yang cekal mahu memartabatkan bangsanya di daerah getir dan onak. Kerana cintakan keamanan Negara, Suu Phea sanggup meninggalkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan berbakti di Negara sendiri. Kerana cinta dan ukhwah, teman-teman dari Malaysia seperti Putra dan Hanim menjejak Suu Phea di kota Inle. Teman-teman Muslim dari Malaysia punya agenda besar, selain pertolongan keamanan, akidah Islam juga menjadi matlamat. Berjayakah Suu Phea meraih syahadah cintaNya dalam percaturan hidup remaja di negara non muslim?

CATATAN SEORANG MUDA ABU HASSAN MORAD ISBN 978-983-70-2201-0 RM 11.90 MESTI BACA!
Kumpulan cerpen yang memuatkan 18 buah cerpen tulisan Abu Hassan Morad, penulis prolifik yang giat menghasilkan karya-karya sastera bercitra dakwah. Koleksi cerpen ini memilih buah tangan terbaik beliau sepanjang 20 tahun terlibat dalam lapangan sastera, termasuk cerpen-cerpen ketika zaman remajanya seperti Catatan Seorang Muda, Musim Yang Dirindu dan Jalan Damai. Bacaan wajib untuk bakal penulis dan pencinta kedamaian desa.

DEMI MASA ABU HASSAN MORAD ISBN 978-983-097-188-9 RM 19.50 BEST SELLER!
DEMI MASA adalah buku yang mengungkap pengalaman, pengamatan dan luahan rasa penulis tentang masyarakat hari ini, terutamanya nasib orang Melayu Islam di Malaysia. Sebagai anak peneroka yang dibesarkan dalam suasana penuh mencabar, beliau merasai sendiri realiti kehidupan masyarakat yang dilingkung sifat tamak, mementingkan diri, tidak prihatin, lemah, penakut, ego dan gagal melaksanakan amanah. Buku ini memperlihatkan kepekaan penulis terhadap persekitaran yang sentiasa berkembang. Pengembaraannya ke seluruh dunia menemukan pelbagai corak budaya, sistem nilai-positif dan negatif yang diselitkan sebagai bahan renungan dan perbandingan di dalam buku ini. DEMI MASA juga adalah penyeruan penulis supaya masyarakat kembali menghayati nilai-nilai Islam yang dapat menyelamatkan masyarakat dari dirimpuh taufan globalisasi pada hari ini.

FELDA GUAR NAPAI, BERAKAR DI DESA BERJASA DI KOTA ABU HASSAN MORAD ISBN 978-983-2943-05-1 RM150 (BUKU BERGAMBAR PENUH) BONUS VCD SEBUAH KISAH FELDA MESTI BACA!
Buku biografi setebal 220 halaman ini mengungkap perjuangan anak-anak Felda Guar Napai menjadi ‘seseorang’ di tengah masyarakat. Segala jerih dan semangat dirakam pengarang secara terperinci penuh halus dan berseni. Buku ini adalah panduan kepada anak-anak muda zaman kini mengenal akar jati diri bangsa Melayu dan Islam serta ransangan menjadi individu cemelang dalam kehidupan.

ANTOLOGI CERPEN SESEKALI KE DESA ABU HASSAN MORAD/ UMMU HANI ABU HASSAN
RM 12.90 (TERMASUK POS)
Lebih 16 buah cerpen koleksi pasangan penulis ayah dan anak. Semua cerpen bernuansa Islam dengan isu2 global dan tempatan.

LADANG HATI MUSTIKA UMMU HANI ABU HASSAN ISBN 983- 2943-02-7 RM22.90 (DISKAUN 15%) MESTI BACA!
Novel yang dikarang khusus untuk masyarakat Islam khususnya remaja bagi menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Melalui watak Mustika, anak gadis berusia 22 tahun yang belajar di Universiti Malaya, penulis menggerakkan corak perhubungan di antara manusia dengan Tuhan dan manusia sesama manusia. Penulis juga tidak meminggirkan realiti fitrah remaja iaitu cinta yang bermula dengan halunisasi kemanusiaan tetapi berakhir dengan pedoman Ilahi iaitu taqwa. Novel ini bukan sekadar melapangkan jiwa tetapi membawa pembaca menyelusuri akhlak pemuda-pemudi Islam kini. Penulis juga santai dengan tema kisahnya ‘ Teruslah menuai dan bersabar.’

Judul : Baromkeh Matamu di Mataku Pengarang : Ummu Hani Abu Hassan Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Genre : Novel Remaja Mukasurat : 359 halaman Cetakan Pertama : 2008 ISBN : 9789676121487
RM 28 (DISKAUN 15%)
Sinopsis :
Sebuah novel ala travelog yang menggarap jalur kehidupan pelajar-pelajar Islam di Syria. Keunikan kehidupan di tempat baharu, iaitu di Baromkeh, Republik Arab Syria diberi tumpuan melalui pengalaman beberapa watak seperti Fahda Nur dan Adawiyah dengan Persatuan Pelajar Malaysia di situ.
Fahda Nur, pelajar wanita yang punya semangat kental, menimba ilmu di perantauan - meskipun gagal peperiksaan, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba sehingga berjaya. Kepincangan institusi keluarganya mewajakan ketekunan Fahda Nur untuk berdikari bagi membiayai kos pengajiannya. Sikap berdikari Fahda Nur yang praktikal namun tetap memelihara kesopanan maruah ini bercanggah dengan peraturan kehidupan Muslimah lantas mengundang pemantauan kritis daripada pihak Persatuan Pelajar Malaysia.
Dengan sifatnya yang mirip kepada travelog, novel ini menyelami budaya dan adat resam masyarakat Arab di Syria. Pertembungan dua budaya dari bahagian bumi yang berbeza memberi banyak input dan data yang berguna tentang dunia luar. Maklumat ini menjadikan membaca “Baromkeh Matamu di Mataku” amat informatif.

MANGKUK TEMPURUNG NENEK UMMU HANI ABU HASSAN DAN RAKAN-RAKAN ISBN 983-2943-01-9 RM 12.90 (DISKAUN 10%) MESTI BACA!
Koleksi cerpen kanak-kanak terlaris oleh barisan penulis yang prolifik menghasilkan karya-karya kreatif berunsur Islam. Diabadikan untuk mendidik, menghibur dan memupuk nilai ilmu kepada si comel alaf baru. Khazanah kreatif ini adalah hadiah terbaik anda kepada anak-anak dan sahabat taulan.

SIRI TELADAN SEPANJANG ZAMAN SIRI 1- GELIGA SI HUD-HUD SIRI 2- KALUNG SAYIDATINA FATIMAH SIRI 3- NABI DAUD MAHU HUKUM ANGIN UMMU HANI ABU HASSAN DAN RAKAN-RAKAN ISBN 983-9787-06-3 RM8.90 MESTI BACA!
Menghimpunkan pelbagai kisah tauladan dalam kehidupan para nabi dan rasul supaya menjadi iktibar sepanjang zaman. Sesuai untuk kanak-kanak seusia 5 tahun hingga 12 tahun. Di samping cerita turut diselikan ilustras yang menarik. Setiap sebuah siri mempunyai 10 buah cerita yang berlainan. Semuanya kisah benar dari al-Quran dan hadis untuk anak-anak generasi Muslim kini.
Disumbangkan pada 9/13/2008 6:35:41 PM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|