esasterawan.net

 

azmi rahman

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Mohamad Azmi Ab. Rahman

Email
azmi214@uum.edu.my

Laman web lain
http://azmirahman.esasterawan.net

Laman web kegemaran

PANTUN BERKAIT GAYA HIDUP SIHAT
Sebuah Pantun yang disumbangkan pada 6/3/2009 11:37:24 AM










PANTUN BERKAIT GAYA HIDUP SIHAT


Ikan di air melompat-lompat,
Ikan bernama si ikan laga;
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah dijaga.


Ikan bernama si ikan laga,
Ikan dibeli si anak Sahlan;
Makan minum hendaklah dijaga,
Makanan berkhasiat jadi amalan.


Ikan dibeli si anak Sahlan,
Dibeli juga si ikan jenahak;
Makanan berkhasiat jadi amalan,
Elak makanan banyak lemak.
 
Dibeli juga si ikan jenahak,
Masak gulai kurang santan;
Elak makanan banyak lemak,
Banyak memakan sayur-sayuran.


Masak gulai kurang santan,
Buah kelapa di tepi paya;
Banyak memakan sayur-sayuran,
Buah-buahan pula jangan lupa.


Buah kelapa di tepi paya,
Daun kelapa diambil lidi;
Buah-buahan pula jangan lupa,
Selalulah bersenam setiap hari.


Daun kelapa diambil lidi,
Lidi diikat belumlah cukup;
Selalulah bersenam setiap hari,
Tidur pula hendaklah cukup.


Lidi diikat belumlah cukup,
Buat menyapu debu di lantai;
Tidur pula hendaklah cukup,
Sihat kita hidup santai.


AzmiRahman
sintok.

Sumbangan Pantun > 2009 > PANTUN BERKAIT GAYA HIDUP SIHAT disumbangkan pada Rabu, 3 Jun 2009 11:36:44 AM Kali terakhir diubah pada Rabu, 3 Jun 2009 11:36:44 AM oleh azmi rahman
 


Komen (4)

siti zanariah (198855) 12/21/2011 10:58:58 PM Hantar email
assalam. pantun ini sebenarnya pantun yang berbentuk nasihat.Sesungguhnya, amalan pemakanan yang sihat sangat penting. Namun, di Malaysia hampir separuh daripada penduduknya tidak mengamalkan gaya pemakanan dan gaya hidup yang sihat dan seimbang. Lalu, menyebabkan ramai yang menghidap pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit tiga serangkai. Oleh itu, masing-masing tidak boleh memandang remeh akan isu gaya hidup sihat kerana kesihatan tubuh akan menjamin kesejahteraan hidup.

Nur Hafizah Zaidi 199540 12/8/2011 1:37:32 AM Hantar email
Assalamualikum..
Sangat indah pantun berkait ini. Amalan gaya hidup yang sihat sangat penting dalam kehidupan seharian. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa amalan pemakanan yang seimbang memberi impak kepada kecergasan badan dan kecerdasan minda. Seperti slogan yang berbunyi 'Amalan gaya hidup sihat', 'Badan cergas, otak cerda'. Amalan pemakanan yang sihat akan menjamin kesejahteraan hidup. Secara tidak langsung hal ini akan menyenangkan kita kerana kita dapat menjalani kehidupan dengan baik sekiranya kita sihat.

nursalwani 7/31/2011 9:13:25 PM Hantar email
saye suke pantun berkait gaya hidup sihat saye suke pantun berkait gaya hidup sihat nombo 6....

namasuhaila 2/10/2010 8:40:20 AM Hantar email Lawat laman web
pantun ni nampak sama je lah





Bagi mengelakkan spam, sila tuliskan perkataan di dalam imej ini ke dalam ruang yang disediakan.





Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 12/20/2013 9:26:56 PM • Bilangan pelawat 130277