esasterawan.net

 

azmi rahman

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Mohamad Azmi Ab. Rahman

Email
azmi214@uum.edu.my

Laman web lain
http://azmirahman.esasterawan.net

Laman web kegemaran

MINDA SASTERA SIBER (MINSASBER) SBLM2033 (2009/2)
Sebuah Pendapat yang disumbangkan pada 1/11/2010 12:58:36 PM



 


Salam sastera. Untuk MINSASBER (2), anda dikehendaki mencipta EMPAT (4) rangkap pantun Melayu; sama ada pantun empat kerat atau pantun berkait yang terbina dalam empat rangkap bertemakan wabak penyakit atau krisis makanan atau dunia pelajar di kampus atau kasih sayang keluarga atau patriotisme.


 


Nota:


1.  Pantun yang dicipta adalah pantun terbaik untuk tatapan khalayak siber.


2.  Pastikan anda telah menyemak format, bahasa dan bentuk pantun yang diciptakan sebelum anda menerbitkannya di MINSASBER (2).


3.  Pantun anda akan dinilai untuk diberikan hadiah oleh pensyarah anda.


4.   Pastikan anda menulis nama anda dan nombor matrik; contoh AzmiRahman (907081)


5.   Selamat berpantun. Salam sastera dan salam ilmu.


 


 



Komen (87)

syamla 3/31/2012 12:40:30 PM Hantar email Lawat laman web
manis sungguh buah kuini,rasa sekali pasti nak lagi,kita hidup sentiasa harmoni,naikkan darah orang jangan sesekali

g 3/8/2010 8:11:11 PM
b

nubairi (109912) 10/13/2009 9:16:48 PM
salam semua....

Ikan siakap ikan berduri,
Boleh dimasak dengan kari,
Jika sikap suka mencuri,
Nanti hidup akan dibenci

Pergi mengail ditepi sawah,
Bawah mentari ditengah panas,
Jika kita menabur fitnah,
Akhirat nanti akan dibalas

Penyapu lidi bertatah gangsa,
Dalam almari terpelihara ia,
Orang berbudi kita berbahasa,
Aman harmoni hidup bahagia

Salam dikirim berkali-kali,
Daripada arjuna kepada si Dewi,
Al-Quran Karim kitab suci,
Untuk dibaca penerang hati

FarahMardhiah 128701 10/10/2009 3:29:48 PM Hantar email
Salam semua...dengarkan pantun dari saya..

Anak cina anak India,
Main bersama anak Melayu,
Kita hidup sejahtera,
Sopan santun dan penuh ayu.

Pergi ke kedai hendak membeli,
Roti dan sardin mahal harganya,
Saling bermaafan setiap hari,
Bagi hati tenang gembira.

Hari-hari makan maggi,
Maggi di beli di kedai Timah,
Wahai semua dengar sini,
Hidup mesti sentiasa peramah.

Anggota badan anugerah illahi,
Hendaklah bijak digunakan,
Keluarga mesti di dahului,
Sebelum kita berkasih-kasihan.

Sekian.

AzmiRahman 10/5/2009 5:12:38 PM
salam ilmu,
masih ruang dan peluang untuk sdr. berpantun.
terima kasih.

azmuddin bin ismail(114226) 10/3/2009 8:49:49 PM Hantar email Lawat laman web
pantun nasihat..

Mentari pagi sinarnya asli
Senja datang membuai rasa
Tunduk menghadap pada ilahi
Tugas kita sebagai hamba

Pokok ditebang tumbang serata
Puyuh bersarang mati kepanasan
Ikut nafsu badan binasa
Ikut akal terangi jalan

Hitam manggis putih isinya
Berbatu jauh bau cempedak
Berbuat baik sesama manusia
Janganlah kita tolak-menolak

Jangan dikeji pada si buta
Hatinya tajam umpama tinta
Apala guna panjang usia
Jika pahala ditandingi dosa

Gendang dipukul bertalu-talu
Pekak si gajah bertelinga batu
Buruk perbuatan disekati malu
Tuntutan agama diingati selalu

azmuddin bin ismail(114226) 10/3/2009 8:46:43 PM Hantar email Lawat laman web
Mentari pagi sinarnya asli
Senja datang membuai rasa
Tunduk menghadap pada ilahi
Tugas kita sebagai hamba

Pokok ditebang tumbang serata
Puyuh bersarang mati kepanasan
Ikut nafsu badan binasa
Ikut akal terangi jalan

Hitam manggis putih isinya
Berbatu jauh bau cempedak
Berbuat baik sesama manusia
Janganlah kita tolak-menolak

Jangan dikeji pada si buta
Hatinya tajam umpama tinta
Apala guna panjang usia
Jika pahala ditandingi dosa

Gendang dipukul bertalu-talu
Pekak si gajah bertelinga batu
Buruk perbuatan disekati malu
Tuntutan agama diingati selalu

Abdillah Mohamad (113435) 10/3/2009 3:45:35 PM Hantar email Lawat laman web
Kasih Sayang Keluarga

Negeri Terengganu kaya raya,
Pedagang datang ingin berniaga,
Semai kasih hidup berkeluarga,
Datang hidup diberkati agama.

Masuk hutan menembak napoh,
Nikmat rezeki kurniaan Tuhan,
Mari bersama menyemai kasih,
Agar silaturahim kekal terjalin.

Daerah Besut jiran Kelantan,
Budaya hidup penuh tradisi,
Hati serabut fikiran tertekan,
Hidup berkeluarga penyatu hati.

Bukit Keluang pantainya indah,
Ramai pelancong yang datang,
Kasih sayang pengikat ukhwah,
Kekal terjalin dulu dan sekarang.


khalid 114313 10/3/2009 3:26:18 PM
Pantun maaf bermaafan

salahkah jika cacing dimakan
dimakan oleh ikan haruan
salah dan silap saya lakukan
ampun maaf saya pohonkan

pungguk ternanti
rindukan bulan
sambil menanti memandang awan
andai menyinggung juga melukakan
kupohon maaf darimu kawan

hebat perkasa si panglima
bermain senjata perkara biasa
andai dikau tak dapat menerima
mohon dimaafkan segala dosa

di tepi sungai duduk terkenang
terkenang teman yang sudah lama
jangan disebut jangan dikenang
lupakan sahaja sengketa lama

tebu ditanam di tepi perigi
disiram air agar tak mati
izinkan saya berlalu pergi
janganlah ada dendam di hati

khalid 114313 10/3/2009 3:21:51 PM
Pantun maaf bermaafan
salahkah jika cacing dimakan
dimakan oleh ikan haruan
salah dan silap saya lakukan
ampun maaf saya pohonkan
pungguk ternanti rindukan bulan
sambil menanti memandang awan
andai menyinggung juga melukakan
kupohon maaf darimu kawan
hebat perkasa si panglima
bermain senjata perkara biasa
andai dikau tak dapat menerima
mohon dimaafkan segala dosa
di tepi sungai duduk terkenang
terkenang teman yang sudah lama
jangan disebut jangan dikenang
lupakan sahaja sengketa lama
tebu ditanam di tepi perigi
disiram air agar tak mati
izinkan saya berlalu pergi
janganlah ada dendam di hati

datus (110171) 10/3/2009 3:21:15 PM
Bila tiba cuti sekolah,
Terasa pula hendak ke kota,
Naik bas naik komuter,
Untuk berjumpa kawan lama.

Pergi kekota seorang diri,
Tanpa ada saudara mara,
Kuatkan semangat kuatkan hati,
Meredah perjalanan di kota raya.

Apabila tiba di kota raya,
Tak tahu kemana arah tuju,
Hanya tunggu kawan lama,
Dating untuk menjemput tetamu.

Terasa sungguh riang hati,
Apabila hajat sudah ditunaikan,
Ingin di simpan dalam hati,
Pahit manis segala pengalaman.

JULAIDAH MD SALLEH(128716) 9/26/2009 10:06:35 AM
Pantun : Kasih Sayang Keluarga

Indah sungguh cahaya pelita,
Bila dipasang malam raya;
Sungguh beruntung saya ada keluarga,
Kami hidup saling rasa bahagia.

Sejuk sungguh air telaga,
bila kita mandi waktu pagi;
Subur kasih lingkungan keluarga,
Susah senang sama dikongsi.

Rumah Pak Mat di tepi sawah,
Pakai langsir warna biru;
Kalau hidup kita sudah mewah,
janganlah kita lupa ayah dan ibu.

Indah sungguh warna pelangi,
warna pelangi berwarna-warni;
Harapanku sungguh tinggi,
inginku bawa ayah dan ibu pergi haji.

Julaidah (128716)

azmi rahman 9/13/2009 3:57:18 PM
salam ramadan.
kita terus berpantun.
pantun yang dihasilkan ada gaya tersendiri. sdr. ada bakat. teruskan berpantun.
salam perjuangan.

noorshahida (128709) 9/10/2009 2:50:32 AM Hantar email
assalamualaikum dan salam 1 malaysia.

Naik basikal di belakang rumah,
bermain bersama si janda tua,
hati gembira tiada marah,
berjayanya bapa menjulang keluarga.

Tidur tak lena di malam hari,
banyak sangat ditimpa sengsara,
anak berguna sukar di cari,
menjadi tauladan dalam keluarga.

Salah menduga tersalah langkah,
membuat kita tersalah kata,
ibu bersedih menjadi marah,
angkara anak tak mendengar kata.

Belanja bebas gaya terkini,
diberi sara seberapa juga,
bekerja keras tiada henti,
demi keluarga sibapa rela.

Nabila (110122) 9/9/2009 3:55:36 PM
Assalamualaikum…
Salam Ilmu

Dunia Pelajar di Kampus

Bawa ragi pergi ke Dungun,
Hendak diikut orang baru,
Awal pagi sudahpun bangun,
Hendak ke kelas mencari ilmu.

Hendak diikut orang baru,
Menjual roti tidak bergula,
Pergi ke kelas mencari ilmu,
Melawan hati sedang lara.

Menjual roti tidak bergula,
Roti bersulam daging berinti,
Melawan hati sedang lara,
Timbul tenggelam mencemas hati.

Roti bersulam daging berinti,
Elok digubah camput menyega,
Timbul tenggelam mencemas hati,
Tetap tabah diharung juga.

Sekian wassalam.

zuraidah kasimon (129316) 9/9/2009 1:22:08 PM
CITRA KASIH AYAH BONDA

merbah putih terbang melayang,
singgah di Malau cari saingan,
rindu bonda kasih terbayang,
kasih sayang ayah tiada tandingan.

singgah di Malau cari saingan,
bukan niat beradu tenaga,
kasih ayah tiada tandingan,
buat bekalan selagi nyawa.

bukan niat beradu tenaga,
sebagai teman berbicara,
buat bekalan selagi nyawa,
kasih keluarga kasih selamanya.

sebagai teman berbicara,
berkongsi tangis serta tawa,
kasih keluarga kasih selamanya,
tiada tandingan pasti tiada.

Nadiah Samsudin 129328 9/9/2009 12:20:34 PM
Pantun ini saya cipta dengan mengambil masa 2jam. Baru tahu rasanya payah hendak berkarya kerana saya bukan pengkarya namun suatu hari nanti siapa tahu saya akan menjadi penggiat sastera terkemuka dunia menggantikan Shakespeare? Hahahehehihi.. Apa-apa pun nikmatilah keindahan pantun yang sudah saya coretkan ini. (indahla sangat). Salah silap harap dimaafi. Tajuk pantun ini saya sendiri tak tetapkan, anda bolehlah komen nak bagi tajuk apa-apa dalam ruangan ini tapi mengenai pelajar Universiti lah. Encik Azmi boleh ke sediakan ruang untuk kawan-kawan saya komen pantun saya? 
PANTUN PELAJAR UNIVERSITI.
Panjang berlingkar itulah ular,
Bisanya sakit tiada terbanding,
Gejala sosial kian menular,
Pelajar Universiti turut dituding.

Gejala sosial kian menular,
Jangan menuding ke orang lain,
Maruah diri usah di calar,
Jangan diturut jeritan batin.

Pelajar bercinta perkara biasa,
Indahnya perasaan tiada tandingan,
Namun bagiku cinta berbisa,
Wahai diriku, terjebak jangan.

Tiba-tiba diri menyintai dia,
Rimasnya rindu menyapa hati,
Ketepilah cinta utamakan cita,
Kerana cintanya aku tak pasti.


M.AZAHARI(130002) 9/7/2009 11:59:40 AM
PANTUN MERDEKA

INDAH BERSERI CINCIN DELIMA,
BERTATAH PERMATA ELOK DIPAKAI,
MALAYSIA KINI 52 TAHUN MERDEKA,
NEGARA KITA AMAN DAN DAMAI.

PAKAI BAJU BAJU KEBAYA,
BUAT BERSANDING PENGANTIN BERSERI,
BERSATU PADU RAKYAT SEJAHTERA,
SAMA-SAMA BERSAING MEMANTAP EKONOMI.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN,
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

M.AZAHARI(130002) 9/7/2009 11:57:03 AM
PANTUN MERDEKA

INDAH BERSERI CINCIN DELIMA,
BERTATAH PERMATA ELOK DIPAKAI,
MALAYSIA KINI 52 TAHUN MERDEKA,
NEGARA KITA AMAN DAN DAMAI.

PAKAI BAJU BAJU KEBAYA,
BUAT BERSANDING PENGANTIN BERSERI,
BERSATU PADU RAKYAT SEJAHTERA,
SAMA-SAMA BERSAING MEMANTAP EKONOMI.

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.
REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.

JOEKIM SAM YUSUF 130001 9/7/2009 11:44:16 AM Hantar email
Pantun Budi Dijunjung

Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.

Makan manggis dengan bijinya,
Daun pandan di atas loyang;
Kerana manis hati budinya,
Bagaimana hati tidak sayang.

Jika di pandang bulan yang tinggi,
teringin rasa terbang ke sisi;
pantun melayu ilhamya asli,
pengubat duka penawar budi.


manis sekali buahnya nona,
dimakan bersama Ali dan Man;
pantun melayu indah pesona,
kekal aslinya zaman berzaman.

syuhada apthaludin (128708) 9/6/2009 5:33:17 AM
PANTUN KESIHATAN (VERSI REMIX)

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Virus baru namanya selsema babi,
Akibatnya banyak nyawa melayang.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Amalkan apa yang diajar,
Utamakan kebersihan diri.

Palau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bersegi-segi,
Usah buat apa ditegah,
Kelak nanti membahayakan diri.

Kalau ada buluh dihutan,
Boleh kita pergi mencari,
Segeralah pergi dapatkan rawatan,
Kalau sudah bersimptom di diri.

(NURUL SHUHADAH BT APTHALUDDIN)
(128708)

siti noraziela saidin(129324) 9/3/2009 11:28:52 AM Hantar email
assalamualaikum dan salam satu malaysia...

Kasih Sayang Keluarga.


Hinggap kenari di pohon melati,
Patah dahan di pohon bidara,
Saling menghormati nilai sejati,
Insan madani keluarga sejahtera.

Taman cempaka tepian halban,
Layu sekuntum gugur di sini,
Pupuk perpaduan hindar pergaduhan,
Kunci kecemerlangan keluarga harmoni.

Harum kemboja mewangi di Jawa,
Tumbuh segar di pohon tualang,
Kasih dan cinta tersemat dijiwa,
Erat ukhwah keluarga gemilang.

Pohon tualang di Kampung Sirusa,
Tempat berteduh zaman berzaman,
Harapan negara harapan bangsa,
Keluarga penyayang realisasi impian.

siti rohani hashim (129312) 9/3/2009 11:25:42 AM Hantar email
assalamualaikum..
salam perpaduan..

TAUTAN KASIH.

Kembang mekar bunga siantan,
Menjadi wangian peneman si suri,
Merpati sejoli membentuk ikatan,
Terurai janji keluarga terpatri.

Pucuk menghijau di hujung dahan,
Menambah redup menyejuk taman,
Anak anugerah kurniaan Tuhan,
Penyeri hidup menjadi teman.

Tumbuh subur dedaun pegaga,
Melata indah di taman nyonya,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah mewangi selamanya.

Mekar kemboja di tepi telaga,
Subur merendang pohon bidara,
Jalinan kasih sesama keluarga,
Mahligai indah menjadi bahtera.

SEKIAN..

norhidayani omar (130017) 9/3/2009 8:09:45 AM Hantar email
assalamualaikum
hasil nukilan terpelihara:
PANTUN KASIH SAYANG
Burung terbang tinggi melayang,
Hinggap di atas pohon jati;
Jangan adik merasa bimbang ,
Segala kehendak abang turuti.

Duduk termenung di atas tangga,
Mengenang nasib sunyi di hati;
Kasih Ibu bawa ke syurga,
Kasih Ayah bawa ke mati.

Harum sungguh si bunga tanjung,
Disanggul indah si gadis sunti;
Lama sudah hati tertanggung,
Merindui abang separuh mati.

Bangun pagi makan roti,
Makan roti dengan susu;
Niat dihati ingin pergi,
takut nanti hati pilu.

Nazariah (109788) 9/2/2009 10:02:12 AM
assalamualaikum wbth... mohon maaf salah dan silap pantun ini, sekadar mencuba.

PATRIOTISME

Pergi ke kedai membeli asam,
Asam dibeli bersama gula,
Semangat patriotik harus ditanam,
Supaya diri cintakan negara.

Setiap hari makan roti,
Roti diletak ditepi lilin,
Undang-undang negara perlu dipatuhi,
Supaya hidup lebih berdisiplin.

Musim manggis sudah tiba,
Manggis dimakan ketika memandu,
Kerjasama penting antara kita,
Supaya hidup lebih bersatu.

Jalur gemilang bendera kita,
Megah berkibar di pagi hari,
Selalu kita berdoa padaNya,
Supaya negara aman harmoni.

Sekian...

Syaidatul (130015) 9/1/2009 3:24:53 PM
Kasih Sayang

Terbang tinggi burung merpati,
Hinggap sebentar di pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.

Malam hari pasang pelita,
Menyinari indah segenap desa,
Adik beradik usah sengketa,
Kelak hidup aman sentosa.

Petik sayur si daun bidara,
Makan bersama daun pegaga,
Kasih ayah membawa bahagia,
Kasih ibu hingga ke syurga.

Sejuk dan nyaman air telaga,
Bertakung tenang di timba besi,
Suburnya kasih dalam keluarga,
Susah senang sama berkongsi.

Manis tebu ratu terpikat,
Diminum kerana panasnya hawa,
Kasih keluarga tidak bersyarat,
Ke liang lahad abadi ku bawa.

Nurul Hidayatul(128697) 9/1/2009 3:09:04 PM
Assalamualaikum....
Salam Satu Malaysia...

Orang tua selalu bernada,
Hadapi hidup dengan tekal;
Warisan lama jangan dilupa,
Agar hidup sentiasa berbekal.

Buah saga dimakan berlunjur,
Sangat digemari pilihan nyonya;
Penuhi dada bersikap jujur,
Hidup dihormati mulia akhirnya.

Cerah kian bertukar malap,
Dipasang pelita petanda raya;
Sopan santun perlu dikecap,
Indah dimata tinggi nilainya.

Subur tumbuhnya pohon kelapa,
Buahnya banyak bertali-tali;
Turutlah kata ibu dan bapa,
Takbur jangan sekali-kali.

nur farhana (110109) 8/31/2009 6:16:17 PM
Burung terbang menarik rotan,
Lalu hinggap di kayu jati,
Tujuh gunung tujuh lautan,
Belum dapat belum berhenti.

Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti,
Hancur daging tulang berkecai,
Belum dapat belum berhenti,

Tekukur digulai lemak,
Batang padi di belah dua,
Biarlah adinda dimarahi emak,
Asal dapat bersama kanda.

Terang bulan bercahaya,
Anag gagak memakan padi,
Kalau adinda tidak percaya,
Belah dada lihatlah isi.

farhana(102990) 8/31/2009 2:19:30 AM
Salam ramadhan & salam perpaduan..

PATRIOTISME

Mewangi harum taman astakona,
Tempat bermain puteri bunian;
52 tahun Malaysia merdeka,
Negara maju menjadi impian.

Daun sirih di dalam dulang,
Menjadi hantaran majlis beradat;
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia merdeka kekal berdaulat.

Rembulan beradu indahnya nian,
Cahaya bersinar satu purnama;
Negara sejahtera tanpa ancaman,
Rakyat bahagia bersatu bersama.

Burung merpati terbang di awan,
Senja menjelang ditangkap helang;
Remaja berkualiti penjana wawasan,
Malaysia cemerlang gemilang terbilang.

CHE ANIZA (110132) 8/30/2009 11:02:08 AM
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada en. Azmi dan rakan-rakan. Terimalah pantun yang bertemakan PATRIOTISME daripada saya sempena sambutan HARI KEMERDEKAAN KE-52 pada tahun ini. Salam perpaduan!!

Sampan kolek menuju ke hilir,
Sarat muatan si buah kelapa;
Jangan berkata hanya di bibir,
Cintakan Negara apa buktinya?

Sesak sungguh di kaki lima,
Penat berjalan sakitlah peha;
Malaysia Boleh slogan bersama,
Asalkan ada daya usaha.

Pakai TMNET jalur lebar,
Yuran mahal tidak sia-sia;
Jalur Gemilang megah berkibar,
Simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Bahasa Melayu ejaan rumi,
Mula belajar di rumah lagi;
Agama Islam agama rasmi,
Rukun Negara wajib dipatuhi.

Sekian, terima kasih.

NORHAFIZAH (128700) 8/30/2009 10:53:06 AM
Salam ramadhan..
PANTUN KEHIDUPAN DI KAMPUS

Deringan loceng menggegarkan telinga,
Melenyapkan semua mimpi indah,
Aku bangun terpingga-pingga,
Tandanya masa untuk ke kuliah.

Kakiku hayun menuruni anak tangga,
Mengejar bas untuk ke kelas,
Walau penat tidak terhingga,
Demi tanggungjawab yang hendak digalas.

Mataku liar melihat gelagat,
Sungguh pelbagai ragam manusia,
Namun aku tidak tergugat,
Niat dihati tetap sama.

Banyak tugasan tidak terhingga,
Diriku rasa semakin tertekan,
Namun hati tetap gembira,
Semua tugasan dapat diselesaikan.

n.hanis(128696) 8/30/2009 10:23:28 AM
sedikit pembetulan...

Kasih si ibu tidak terperi,
Kepada si bapa dialah segala;
Menyemai cinta nan abadi,
Berjanji setia setulus jiwa.

Bapa bersawah hingga ke petang,
Si ibu sibuk menjaja gula;
Harapan anak sering dijulang,
Berjaya di dunia, akhirat tidak dilupa.

Berkampung si Abu di kampung Andak,
Bersama dengan anak Pak Leman;
Jasa si ibu, dilupa tidak,
Jerih si bapa sanggup berkorban.

Naik kapal bermudik di pengkalan,
Singgah berteduh di pohon pedu;
Kasih si ibu hingga berkekalan,
Kasih si anak tidak menentu.

ANIS SYAZWANI AZIZAN 8/30/2009 10:14:41 AM
WABAK PENYAKIT
Assalamualaikum, saya pernah mencipta pantun sebelum ini,tapi sekadar untuk simpanan peribadi dan syok sendiri. Alhamdulillah,dapat juga peluang untuk saya berkarya dikhalayak umum..;)Namun,ingin saya akui awal-awal lagi bahawa saya tidak pandai..Oleh itu,salah dan silap harap ditegur..terima kasih..

Buah naga dibeli Atan,
Buah dibeli di pekan Gopeng,
Bala Tuhan sebagai peringatan,
Agar kelakuan tidak menyeleweng.

Buah naga dari pekan Gopeng,
Dijual oleh menantu Pak Mamat,
Selain perlu memakai topeng,
Tingkatkanlah amal sebelum terlambat.

Terbatuk-batuk selsema pula,
Badan tak sihat makan pun tak lalu,
H1N1 dan denggi kedua-dua bahaya,
Jaga diri beringat selalu.

Pergi kedai membeli rambutan,
Rambutan dibeli untuk berbuka,
Basuh tangan jadikan amalan,
Bila-bila masa di mana jua.



nurul hanis(128696) 8/30/2009 10:13:12 AM
KASIH SAYANG...

Kasih si ibu tidak terperi,
Kepada si bapa dialah segala;
Menyemai cinta nan abadi,
Berjanji setia setulus jiwa.

Bapa bersawah hingga ke petang,
si ibu sibuk menjaja gula;
Harapa anak sering dijulang,
Berjaya di dunia, akhirat jangan dilupa.

Berkampung si Abu di kampung Andak,
Bersama dengan anak Pak Leman;
Jasa si ibu, dilupa tidak,
Jerih si bapa sanggup berkorban.

Naik kapal bermudik di pengkalan,
Singgah berteduh di pohon pedu;
Kasih si ibu hingga berkekalan,
Kasih si anak tidak tertumpah.

nurul hanis(128696) 8/30/2009 10:12:04 AM
KASIH SAYANG...

Kasih si ibu tidak terperi,
Kepada si bapa dialah segala;
Menyemai cinta nan abadi,
Berjanji setia setulus jiwa.

Bapa bersawah hingga ke petang,
si ibu sibuk menjaja gula;
Harapa anak sering dijulang,
Berjaya di dunia, akhirat jangan dilupa.

Berkampung si Abu di kampung Andak,
Bersama dengan anak Pak Leman;
Jasa si ibu, dilupa tidak,
Jerih si bapa sanggup berkorban.

Naik kapal bermudik di pengkalan,
Singgah berteduh di pohon pedu;
Kasih si ibu hingga berkekalan,
Kasih si anak tidak tertumpah.

nurizzati (110227) 8/30/2009 12:22:05 AM
Assalamualaikum...kepada En.Azmi dan rakan-rakan di laman ini. Bacalah karya ku ini.

Pergi ke pasar bersama ayah,
Untuk membeli buah peria;
Jangan hidup suka bermegah,
Jika mahu keluarga bahagia.

Budak-budak menangkap ikan,
Menangkap ikan di tepi sawah;
Jangan hidup dalam kesepian,
Agar terjalin sebuah ukhwah.

Sungguh sedap buah mengkudu,
Ambil isinya jadikan pati;
Kalau rindu katakan rindu,
Supaya hamba tidak menanti.

Terbang tinggi burung di awan,
Hinggap pula di pohon palma;
Tolak ansur jadikan amalan,
Kasih dan sayang di jalin bersama.

Sekian, terima kasih.

nurfazlin (110190) 8/29/2009 11:41:59 PM
salam alaik..Encik Azmi dan kawan-kawan yang dikasihi sekelian dengarlah pantun ciptaan saya yang tidak seberapa ini.

Memetik rambutan dan buah jambu,
Buah dipetik oleh Si Zana;
Berdoalah untuk ayah dan ibu,
Agar mereka bahagia di sana.

Setiap hari pergi menjelajah,
Pergi bersama Ona dan Oni;
Hormatilah kepada ibu dan ayah,
Supaya hidup aman dan harmoni.

Warna merah buah saga,
Diambil ayah di dalam baldi;
Kasihnya ibu membawa ke syurga,
Hidup bahagia kekal abadi.

Hidup di dunia mestilah cekal,
Sebagai khalifah dan hambanya;
Angin ribut dapat ditangkal,
Hati kasih apa ubatnya?

Nor Zuraida 128707 8/29/2009 11:35:35 PM
PANTUN PENYAKIT

pergi bersiar-siar di kota,
penat berjalan termegah-megah,
maksiat berlaku di depan mata,
tiada upay untuk mencegah.

pusing-pusing mencari galah,
mencari galah untuk mengait pulasan,
bila manusia lupakan ALLAH,
atas dunia ditimpa balasan.

jangan lupa buah gaharu,
makan bersama Sonia,
muncul pula penyakit baru,
gemparkan seluruh dunia,
duku langsat dan strawberi,
kalau enak di beli lagi,
H1N1 nama di beri,
belum ada penawar lagi.

Nor Zuraida 128707 8/29/2009 10:34:58 PM
assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf sekiranya pantun ini tak menjadi kerana saya tidak pernah membuat pantun.pantun ini adalah hasil saya yang pertama.

PANTUN KELUARGA

si tanggang anak derhaka,
di sumpah menjadi batu,
SMS di kirim sayangilah mereka,
walaupun jauh beribu batu.

bertanding di gelanggang silat,
bersilat sepenuh hati,
doakan mereka dalam solat,
semoga sempat menabur bakti.

memandu kereta dengan cermat,
isi minyak di petronas mesra,
layanilah mereka dengan penuh hormat,
penuh segala kasih sayang dan mesra.

Pak Mat menjual tebu,
manis rasanya sukar di lupakan,
syurga di telapak kaki ibu,
pengorbanan bapa jangan di lupakan.

nor amira hamid (128712) 8/29/2009 4:03:06 PM
Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan...

Kuih donat enak rasanya,
Banyak dijual di pasar malam.
Bila anak kurang selesa,
Emak berjaga siang malam.

Anak kucing lincah bergurau,
Sambil bergurau mencuri ikan.
Abang tempat untuk bergurau,
Kakak pula tempat rujukan.

Bertanam tebu sungguhlah untung,
Untung lagi menanam padi.
Kasih ayah tiada penghujung,
Kasih ibu kekal abadi.

Membaca buku tak pernah jemu,
Habis dibaca terasa lega.
Bila kita selalu bertemu,
Harmoni hidup satu keluarga.

Terima kasih...

NOORUL (113408) 8/29/2009 3:15:50 AM
Assalamualaikum.. dan salam siber bt En.Azmi dan teman-teman.

PATRIOTISME

Cantiknya gelang pada ukiran,
Diserikan pula emas permata,
Biar hilang nyawa dibadan,
Jangan kita berputih mata.

Burung camar di sawah padi,
Luka berdarah diikat tali,
Jika patriotisme Kurang disemadi,
Mungkin sejarah berulang kembali.

Lagu negaraku lagu kebangsaan,
Dihafal dan diingati oleh semua,
Tugu negara lambang pengorbanan,
Pembakar semangat kepada semua.

Lagam dan gangsa senang didapati,
Dijadikan dulang untuk hantaran,
Slogan kemerdekaan sentiasa dihayati,
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

NURUL HUDA ABD RAZAK (130018) 8/28/2009 2:36:26 PM
PANTUN KASIH SAYANG

Makan roti bersama kaya,
Suami menjeling minta disuapkan;
Kasih hamba hanya untuk dia,
Suami idaman yang hamba agungkan.

Rasa coklat enak sekali,
Coklat dicampur bersama badam;
Kasih ibu tersemat di hati,
Kasih bapa tak akan terpadam.

Daun semalu durinya tajam,
Jika disentuh kuncuplah ia;
Marahkan anak jangan digodam,
Nasihat diberi itulah caranya.

Kuih dibuat untuk berbuka,
Digoreng dalam kuali berminyak;
Harapkan kasih usah percuma,
Hendak menjerat biarlah bijak.

Nurulhana ( 128698 ) 8/28/2009 2:33:32 PM
Salam ramadhan dan salam perpaduan buat semua rakan seperjuangan,

Negara Malaysia maju sentosa,
didiami penduduk berbilang kaum,
suasana aman harmoni sentiasa,
dihormati manusia pelbagai umum.

Pembangunan pesat serata negara,
kemajuan dicapai beransur-ansur,
sinarnya nama bak mutiara,
kekallah Malaysia sentiasa makmur.

Semangat perpaduan amat diutamakan,
jasa dan keringat sentiasa dijulang,
kebajikan rakyat didahulukan,
agar pencapaian sentiasa cemerlang.

Sengsara derita semakin hilang,
hasil pengorbanan pahlawan hebat,
kejayaan dicipta kian gemilang,
berkat doa rakyat sepakat.

nurul huda idris(128703) 8/28/2009 2:03:33 PM
salam perpaduan...diucapkan selamat berpuasa dan jalanilah ibadah puasa ini dengan sebenar-benarnya.saya ingin memohon maaf jika pantun saya ada kelemahan.
Pantun kasih sayang keluarga

Kasih ibu dibawa ke syurga,
Kasih ayah tiada sempadan,
Adanya mereka adalah kita,
Tanpa mereka hilanglah panduan.

Abang dan adik asyik berbalah,
Selalu berbalah sehingga benjol,
Eratkan hubungan elak berbalah,
Inilah nilai yang harus ditonjol.

Segala usaha harus dihargai,
Supaya hati berasa gembira,
Segala sikap harus diteladani,
Supaya hidup ada harganya.

Harga keluarga tiada nilainya,
Sentiasa bersama susah dan senang,
Keluarga harmoni tinggi nilainya,
Memori bersama terus dikenang.

hafiza hassan (129804) 8/28/2009 2:34:07 AM
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Alhamdulillah dapat juga saya menyiapkan beberapa rangkap pantun ini di mana ianya mungkin tidak standing dengan pantun-pantun yang telah sedia ada diruangan siber ini.
RAGAM SISWA & SISWI
Pergi ke kelas bersama teman,
Teman pula bijak berjenaka;
Hidup dikampus banyak dugaan,
Duhai sahabat janganlah leka.

Tugas kumpulan perlu diutamakan,
Semua ahli mesti dikerah;
Jika mahu lebih keberkatan,
Rajin-rajin berjumpa pensyarah.

Pepatah melayu ada berkata,
Ilmu pelita hidup manusia;
Kalau asyik keluar merata,
Bagaimana persediaan untuk periksa?

Bila ujian datang menjelma,
Jangan mudah berkata dusta;
Pengalaman belajar diharungi bersama,
Sehingga berjaya mencapai cita.

Sekian, Alhamdulillah.

nor amira hamid(128712) 8/27/2009 10:52:21 PM
Assalamualaikum dan selamat berpuasa...
Salam perpaduan...

Tikar mengkuang dijadikan alas,
Alas ditindih dengan batu.
Senang belajar di dalam kelas,
Dapat teman suka membantu.

Banyak sungguh buah duku,
Buah duku di dalam hutan.
Setiap hari menghadap buku,
Untuk dapat anugerah dekan.

Bulan puasa dilarang makan,
Lebihkan amal banyakkan ibadat.
Banyak tugasan perlu disiapkan,
Hingga terganggu waktu rehat.

Setiap hari rajin berjalan,
Rajin berjalan badan cergas.
Jika kita tak mahu ketinggalan,
Semua kerja perlu pantas.

Terima kasih.

nur farhana (110109) 8/27/2009 9:56:15 PM
Demi Kasih

Burung terbang menarik rotan,
Lalu hinggap di kayu jati,
Tujuh gunung tujuh lautan,
Belum dapat belum berhenti.

Tekukur digulai lemak,
Batang padi di belah dua,
Biarlah adinda dimarah emak,
Asal dapat bersama kanda.

Terang bulan bercahaya,
Anak gagak memakan padi,
Kalau adinda tidak percaya,
Belah dada lihatlah isi.

Hazimah Isahak (128706) 8/26/2009 8:57:25 PM
Jalan-jalan ke Bukit Kachi,
Ke Bukit Kachi bersama Najwa;
Kasih ibu kasih suci,
Abadikanlah ia di dalam jiwa.

Pergi ke kebun memetik bali,
Bali dipetik cari yang matang;
Pengorbanan ayah besar sekali,
Jasa dibalas, budi dikenang.

Rumput liar tumbuh melata,
Diracun oleh ayah Melati;
Walau keluarga jauh di mata,
Kenangan mereka bertakhta di hati.

Bidadari malam memetik bunga,
Bunga dipetik di hari Rabu;
Keutuhan kasih ibu, ayah, dan keluarga,
Membelai jiwa, menyentuh kalbu.

Sekian...

Ting Ee Hang (128717) 8/26/2009 2:15:36 PM
Ombak besar di permukaan lautan,
Tidak setenang di dalam dasar.
Biar berjuta dugaan dan cabaran,
Kasih keluarga kasih sebenar.

Siang malam tiada perbezaan,
Tetap matahari bersinar selamanya.
Biar berjuta silap dilakukan,
Pintu rumah tetap terbuka.

Luas laut tiada sempadan,
Luas sempadan tiada berpenghujung.
Kasih keluarga tiada akhiran,
Umpama air tak putus dicincang.

Bulan purnama indah terbayang,
Jadi rinduan si sang pencinta.
Pukul itu tandanya sayang,
Marah itu tandanya cinta.

zila sopian (114535) 8/26/2009 1:01:16 PM
Pakai tudung berwarna biru,
Untuk pergi ke bazar Ramadhan,
Penyakit datang haru biru,
Kesengsaraan dunia dari Tuhan.

Teruna mandi air perigi,
Perigi dalam guna baldi,
Jangan abai kebersihan diri,
Elak dari selsema babi.

Ketika manusia diserang selsema burung,
Ayam dan itik banyak dihapuskan,
Aduhai manusia tak sedar di untung,
Mengapa babi dibiarkan.

Sudah termaktub dalam Al-Quran,
Al kisah tentang larangan babi,
Mengapa ingin kita nafikan,
Dia lebih Maha Mengetahui.

SOLEHAH SAARI (128718) 8/26/2009 10:25:29 AM
Makan laksa di pnggir kuala,
Makan bersama sepotong buah;
Anak berjasa harapan keluarga,
Anak berbudi penjaga maruah.

Berjalan-jalan di kota Melaka,
Singgah berteduh di pohon sena;
Keluarga bahagia impian semua,
Bercerai keluarga jiwa merana.

Pergi ke kedai membeli susu,
Untuk juadah berbuka puasa;
Hormati bapa sayangi ibu,
Kelak keluarga hidup bahagia.

Menangkap ikan di pinggir sawah,
sambil melihat nyiur melambai;
Apa guna hidup mewah,
Jika keluarga hidup terabai.

azmi rahman 8/26/2009 9:55:05 AM
salam ramadan & selamat berpantun. berpantunlah ...

roshapinah (130004) 8/26/2009 9:50:13 AM
PANTUN KASIH SAYANG
Dingin malam terasa suram,
Duduk termenung di tepi jendela;
Hati mana tidak dilanda muram,
Asyik teringat pada kekanda.

Indah malam disinari bintang,
Cantik bagai puteri beradu;
Tiada kasih tanpa sayang,
Tiada sayang tanpa rindu.

Sehari tidak bersua bagaikan setahun,
Hati merintih menyebut namamu;
Umpama kasih tidak kesampaian,
Setia mengharap kasih suci dari mu,

Terang bulan kerana bintang,
Mentari bersinar di siang hari;
Hatiku sering gusar dan bimbang,
Menanti saat menjadi permaisuri

fazlinda (110159) 8/26/2009 6:23:07 AM
Pembetulan pada perkataan (keagungan).

Dunia kita bukan hanya di sini,
Dunia kita di puncak keagungan pertiwi,
Ayuh kita melangkah kehadapan,
Membina kembali kegemilangan.

fazlinda (110159) 8/25/2009 6:16:40 PM
Membetulan pada perkataan (keagungan).

Dunia kita bukan hanya di sini,
Dunia kita di puncak keagungan pertiwi,
Ayuh kita melangkah kehadapan,
Membina kembali kegemilangan.

fazlinda (110159) 8/25/2009 5:52:59 PM
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

OBOR SEMANGANT KEGEMILAGAN BANGSA

Obor semangat marak menyala,
Mengungkap kisah masih terpana,
Mengunjung obor sepakat bersama,
Demi api perpaduan teras kejayaan.

Biru,merah jadi panduan,
Putih, kuning jadi harapan,
Ayuh semai benih kesepakatan,
Kerana perpaduan teras kejayaan.

Obor itu masih menyala,
Menguntum harapan bersama-sama,
Memberi puspawarna yang bermakna,
Membuyar kejayaan ke mata mayapada.

Dunia kita bukan hanya di sini,
Dunia kita di puncak kagungan pertiwi,
Ayuh kita melangkah kehadapan,
Membina kembali kegemilangan.

niza dahalan 112967 8/25/2009 2:03:43 PM Hantar email
Terbang tinggi burung merpati,
Tinggi-tinggi jatuh ke semak,
Jaga diri, anak dan isteri,
Selsema babi makin merbak

Sudah kenyang menjamu buah,
Buah sebiji di atas tv,
Padah diri mencuba dadah,
Hindari dari terkena HIV

Bunga mawar harum semerbak,
Tumbuh melata di Bukit Tinggi,
Air kotor kuman merebak,
Punca taun semakin meninggi

Buah jagung dicuri budak,
Jatuh sebiji dimakan sari
Air bertakung nyamuk membiak,
Punca diri terkena denggi

basyir (130006) 8/25/2009 1:23:43 AM
PANTUN KELUARGA

Kelapa tertiarap hala kedepan
Sabut perlu tidak kecukupan
Bapa bersiap segala kelengkapan
Menyambut kelahiran anak harapan

Bapa perihatin banyak memberi
Menjaga memelihara tanpa sengketa
Berjaya memimpin anak dan isteri
Keluarga bahagia membawa ke Syurga

Sejuk dan enak sejuk air telaga
Enak disimpan di timba besi
Suburnya kasih lingkungan keluarga
Susah senang sama berkongsi

Terbang tekukur tinggi di awan
Hinggap sihelang dipokok delima
Tolak ansur jadikan amalan
Kasih dan sayang di jalin bersama

basyir (130006) 8/25/2009 1:21:24 AM
PANTUN KELUARGA

Kelapa tertiarap hala kedepan
Sabut perlu tidak kecukupan
Bapa bersiap segala kelengkapan
Menyambut kelahiran anak harapan
Bapa perihatin banyak memberi
Menjaga memelihara tanpa sengketa
Berjaya memimpin anak dan isteri
Keluarga bahagia membawa ke Syurga

Sejuk dan enak sejuk air telaga
Enak disimpan di timba besi
Suburnya kasih lingkungan keluarga
Susah senang sama berkongsi
Terbang tekukur tinggi di awan
Hinggap sihelang dipokok delima
Tolak ansur jadikan amalan
Kasih dan sayang di jalin bersama

syuhada apthaludin (128708) 8/24/2009 7:18:17 PM
Assalamualaikum w.b.r...
Salam perpaduan...

Jemput baca saudara saudari,
Pantun ciptaan saya sebentar tadi,
‘Gula Oh Gula’ tajuk diberi,
Jika salah tolong ajari.

Ayam berkokok sebelah angsa,
kucing belang menunggu mangsa,
gula oh gula kau pemanis rasa,
kalau berlebihan sakit dirasa.

Ayam berkokok sebelah angsa,
Angsa berdiri sebelah perigi,
Gula oh gula kau penyedap rasa,
Namun kini di mana kau pergi.

Anak monyet makan kelapa,
Anak biawak tengok hendak juga,
Bukan main susah aku hendak jumpa,
Waima di sebesar-besar pasaraya.

Anak lembu si anak balau,
Beratur panjang ikut tinggi,
Gula oh gula di mana kini kau,
Konspirasi apakah ini..?

Anak itik pandai berenang,
Sangat cemburu si anak lembu,
Keluarlah wahai gulaku sayang,
Kasihan ibu sedang menantimu.

Akhir kata,
Kurangkan manis dalam minuman,
Lebihkan manis dalam senyuman.
Sekian..

syuhada apthaludin 8/24/2009 6:57:40 PM
Assalamualaikum w.b.r...
Salam perpaduan...

Jemput baca saudara saudari,
Pantun ciptaan saya sebentar tadi,
‘Gula Oh Gula’ tajuk diberi,
Jika salah tolong ajari.

Ayam berkokok sebelah angsa,
kucing belang menunggu mangsa,
gula oh gula kau pemanis rasa,
kalau berlebihan sakit dirasa.

Ayam berkokok sebelah angsa,
Angsa berdiri sebelah perigi,
Gula oh gula kau penyedap rasa,
Namun kini di mana kau pergi.

Anak monyet makan kelapa,
Anak biawak tengok hendak juga,
Bukan main susah aku hendak jumpa,
Waima di sebesar-besar pasaraya.

Anak lembu si anak balau,
Beratur panjang ikut tinggi,
Gula oh gula di mana kini kau,
Konspirasi apakah ini..?

Anak itik pandai berenang,
Sangat cemburu si anak lembu,
Keluarlah wahai gulaku sayang,
Kasihan ibu sedang menantimu.

Akhir kata,
Kurangkan manis dalam minuman,
Lebihkan manis dalam senyuman.
Sekian..
c

Mariah (113505) 8/24/2009 2:39:57 PM
salam.. kepada En. Azmi dan rakan-rakan. Sebenarnya saya tak pandai cipta pantun. oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf jika terdapat kesumbangan dalam pantun saya ini. hehe..

PANTUN KASIH SAYANG

Ayam jantan berkokok megah,
Tandanya subuh telah tiba,
Nasihat ibu jangan ditegah,
Takut nanti musibah menimpa.

Pergi hutan mencari kayu api,
Untuk dijual menyara keluarga,
Hormat-menghormati amalan terpuji,
Menjadi amalan sepanjang masa.

Padi menguning lahir kegembiraan,
setelah semusim mengerah keringat,
Pentingnya kerjasama dalam kumpulan,
Kejayaan dicapai silaturrahim dierat.

Cantik kebaya dipandang mata,
Sayang kainnya terkoyak ditepi,
kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah kekal abadi.

Mariah Bt Tardan (113505)



azmi rahman 8/23/2009 11:42:04 AM
selamat berpantun. hasilkan pantun yang terbaik. terima kasih.

florena 114421 8/23/2009 9:58:49 AM Hantar email
KASIH SETIA IBU DAN AYAH

Bunga kemboja si bunga raya,
Lembut umpama sutera beribu,
Sayangnya seluas alam maya,
Itulah dia kasihnya ibu.

Indah sungguh Gunung Tahan,
Jika didaki sangat letihnya,
Lapar dahaga rela berpayahan,
Kasih ayah tiada penghujungnya.

Mari memasak di atas tungku,
Tungku terletak di luar laman,
Lembut tangannya menyisir rambutku,
Belaian ibu sepanjang zaman.

Mari naik kereta kuda,
Sambil itu pakailah sepatu,
Segala ilmu penuh didada,
Semua kerna kasih nan satu.

Bulat kecil buah pinang,
panjang lurus daun pandan,
Ayah ibu jasamu dikenang,
Selagi hayat dikandung badan.

Mari memasak gulai sapi,
Digoreng juga ikan siakap,
Kasih ayah tidak bertepi,
Sayang ibu tidak terungkap.

NOREMI MD ISA (129220) 8/22/2009 5:49:51 PM Hantar email
PANTUN
CINTA KAMPUS

Kelopak anggerik selembut baldu,
Susun gubahan seludang mayang,
Bila jauh digoda rindu,
Tatkala dekat bertambah sayang.

Laut gelora meronta ronta,
Pantai termenung teringat dia,
Redha menerima cinta kita,
Ketenangan jiwa rasa bahagia.

Buah delima buah berangan,
Makan sebiji buah pedada,
Terima kelebihan terima kekurangan,
Bersyukur dengan segala yang ada.

Tetamu datang hidangan disedia,
Hidangan dijamah penuh selera,
Cinta sejati itulah dia,
Rela berkorban harta dan nyawa.

NOREMI MD ISA (129220) 8/22/2009 5:33:22 PM Hantar email
PANTUN
KASIH SAYANG KELUARGA

Selasih tumbuh di tepi telaga,
Selasih dimakan si anak kuda,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.

Terang bulan di malam sepi,
Cahya memancar kepangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran ibu mesti ditaati,
Mana yang dapat jangan dilupa.

Rusa betina berbelang kaki,
Mati terkena jerat sembat,
Orang yang muda kita sanjungi,
Orang yang tua kita hormat.

SYARIFAH NURALIA WAFA (129924) 8/22/2009 4:51:21 PM Hantar email
Assalamualaikum....
Setelah mengambil masa yang agak lama, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan empat rangkap pantun. Seperti rakan-rakan yang lain, ini juga merupakan kali pertama saya mencipta pantun sendiri. Saya berasa sungguh seronok apabila diberi peluang menghasilkan pantun sendiri kerana selama ini saya asyik membaca pantun karya orang lain sahaja. Saya amat berharap agar sebarang kesilapan yang saya lakukan dalam pantun ini mendapat teguran agar saya dapat memperbaiki serta tidak akan mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan.
PANTUN MENUNTUT ILMU (KHAS BAGI INSAN YANG BERGELAR PELAJAR)
Cantik berseri bunga raya,
Tampak menarik di dalam pasu,
Kalau anda ingin berjaya,
Mestilah gigih menuntut ilmu.

Bersiar-siar di atas jambatan,
Dibawa bersama sebakul rambutan,
Membaca buku jadikan amalan,
Sebagai jaminan di masa depan.

Mendidik anak perlulah dipaksa,
Takut menyesal di akhirat sana,
Jangan mudah berputus asa,
Kelak hidup tidak merana.

Makan angin hingga ke Rusia,
Berbaloi sungguh kaki berjalan,
Masa muda jangan dipersia,
Demi kebaikan di masa hadapan.

zahilah khairudin (129332) 8/22/2009 3:36:52 PM
PANTUN KELUARGA

Penat sungguh ke ladang anggur,
Ladang terletak di seberang titi;
Ayah menasihat ibu menegur,
Itulah tanda kasih sejati.

Ada katak di atas titi,
Katak bersuara bermacam bunyi;
Selagi kakak masih di sisi,
Pasti adik tak kan sunyi.

Katak melompat termengah-mengah,
melompat dari kanan ke kiri;
Mujur ada abang yang gagah,
adik yang manja sentiasa dilindungi.

khusyuk melompat terlanggar batu,
Batu terletak di hujung titi;
walau berjauhan beribu batu,
kasih yang bersemi tak mungkin mati.

terdapat kesilapan dalam pantun sebelumnya.
mohon maaf.

zahilah khairudin (129332) 8/22/2009 3:24:59 PM
PANTUN KELUARGA

Penat sungguh ke ladang anggur,
ladang terletak di seberang titi;
ibu menasihat ayah menegur,
itulah tanda kasih sejati.

Ada katak di atas titi,
katak bersuara bermacan bunyi;
selagi kakak masih di sisi,
pasti adik tak kan sunyi.

katak melompat termengah-mengah, melompat dari kanan ke kiri;
mujur ada abng yang gagah,
adik yang manja sentiasa dilindungi.

Khusyuk melompat terlanggar batu,
batu terletak dihujung titi;
walau jauh beribu batu,
kasih yang bersemi tak mungkin mati.

Kong Lee Haw (130009) 8/22/2009 3:22:13 PM
Pantun Patriotisme

Bulan terang sinar rembulan
Bulan purnama indah berseri
Bulan Ogos bulan kemerdekaan
Sama-sama kita hayati

Indahnya lenggok tari cik inang
Menari bersama si jejaka idaman
Berkat pahlawan tidak terbilang
Aman dirasai berzaman-zaman

Kepuk bukan sebarang kepuk
Kepuk penuh didalam ladang
Anak bukan sebarang anak
Anak Malaysia lagi terbilang

Hendak kemana dibawa hati
Hati kecewa meredam rasa
Hati-hati menabur budi
Hilang jati diri, hilanglah bangsa

florena 8/22/2009 2:24:13 PM Hantar email
en azmi
saya salah tema pantun pula..nanti saya buat pantun yang lain. saya ingat tema pantun tu bebas...minta maaf..

florena 114421 8/22/2009 2:20:47 PM Hantar email
Pantun Cinta Remaja
Jangan kita bermain kata,
Akan dapat padahnya nanti,
Mulanya saying dari mata,
Lahirnya cinta dalam jiwa.

Anak ikan si anak berudu,
Berenang-renang di dalam perigi,
Siksa sungguh menanggung rindu,
Umpama terpijak bara api.

Kalau ke pekan lalu titi,
Titi terletak di tepi kolam,
Kalau ada rindu di hati,
Rajin-rajinlah titipkan salam.

Dua hati menjadi satu,
Itulah dia hukum dunia,
Bunga merindu kumbang yang satu,
Sehari tak jumpa bagai sepurnama.

Mari kita memancing keli,
Dibuat lauk petang Sabtu,
Janji terikat tersemat dihati,
Kalau diizinkan pasti bersatu.

Goh May Syia (128713) 8/22/2009 12:20:56 PM Hantar email
Salam sejahtera saya ucapkan,
Utamakan kesihatan tabiat terpuji;
Wabak penyakit hendak saya utarakan,
Influenza A H1N1 gejala terkini.

Demam, selesema harus berhati-hati,
Rujuk ke hospital untuk mengenal pasti;
Selesema Babi senang dijangkiti,
Vaksin pemusnah baru dikaji.

Virus yang aktif pantas sekali,
Sahabat dan keluarga jauh berdiri;
Pemusnah paru-paru amat digeruni,
tersangat pantas terhenti nadi.

Menopengkan hidung dan mulut sekali,
Di tempat awam harus berhati-hati;
Mencegah virus dari dijangkiti,
Sudah dimaklumi sukar diubati.

Goh May Syia (128713)

Goh May Syia (128713) 8/22/2009 12:19:46 PM Hantar email
Salam sejahtera saya ucapkan,
Utamakan kesihatan tabiat terpuji;
Wabak penyakit hendak saya utarakan,
Influenza A H1N1 gejala terkini.

Demam, selesema harus berhati-hati,
Rujuk ke hospital untuk mengenal pasti;
Selesema Babi senang dijangkiti,
Vaksin pemusnah baru dikaji.

Virus yang aktif pantas sekali,
Sahabat dan keluarga jauh berdiri;
Pemusnah paru-paru amat digeruni,
tersangat pantas terhenti nadi.

Menopengkan hidung dan mulut sekali,
Di tempat awam harus berhati-hati;
Mencegah virus dari dijangkiti,
Sudah dimaklumi sukar diubati.

Goh May Syia (128713)

wan nurul huda (130005) 8/22/2009 11:38:12 AM
pantun patriotisme

Bunga kertas pelbagai warna,
Cantik dihias sekeliling teratak,
Marilah adik marilah saudara,
Berjuang untuk anak bangsa kelak.

Buah manggis sedap dimakan,
Sangat manis enak rasannya,
Penjajah komunis harus dilawan,
Agar negara aman hendaknya.

Pen biru mahal harganya,
Dibeli dari kedai Salleh,
Wahai taulan marilah bersama,
Menegakkan keadilan sentiasa bersih.

Sudu dan garpu pasangan sesuai,
Untuk diguna santapan pagi,
Maruah bangsa jangan digadai,
Insyaallah hidup akan diredhai.

nor emy azira (130003) 8/20/2009 5:18:33 PM
pantun patriotisme

Sirih junjung sirih pinang,
Sirih kami susun bertingkat,
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup muafakat.

Sirih junjung sirih pinang,
Sirih kuning diberi nama,
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Hidup berbudi muafakat bersama.

Sirih kuning sirih dara,
Sirih tanya berserta cincin,
Hidup beradat aman sejahtera,
Budaya lama tetap terjamin.

Sirih kuning diberi nama,
Sirih tanya berserta cincin,
Hidup berunding muafakat bersama,
Bangsa mulia budaya dijamin.

NOORUL AIN MOHD ASRI (128704) 8/15/2009 8:52:32 PM
Assalamualaikum...
Ini adalah pantun pertama yang saya karang...
Salah dan silap harap diperbetulkan...

KELUARGA BAHAGIA...

Bunga melor dipetik ibu,
Dipetik bersama si anak dara;
Bertuah sungguh hidup ibu,
Dapat anak iman di dada.

Anak haruan ditangkap Pak Man,
Tunggu sebentar si anak kelisa;
Ayah beriman anak budiman,
Tanda keluarga aman sentosa.

Serai ditanam dimakan lembu,
Si ibu marah si anak ketawa;
Sayang ayah kepada ibu,
Sayang ibu kepada semua.

Angsana terbang ditiup puteri,
Kuda berlari dikejar putera;
Ayah dan ibu mengajar kami,
Keluarga berilmu keluarga bahagia.

siva sanggita (111967) 8/15/2009 5:44:26 PM
salam sejahtera..
saya minta maaf kalau ada silap apa -apa dan saya tidak pernah buat pantun, walaupun saya suka membacanya..
KASIH IBU
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Perdu bambu tiga ruas,
Diraut-raut jadi terendak;
Kasih ibu saujana luas,
Bagai laut bertepi tidak

Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelah dua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula

Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih saudara masa berada
sekian.....

rosilahanin zahari (128715) 8/14/2009 2:17:28 PM
assalamulaikum.. saya harap pantun saya menghiburkan lah. almaklum lah... saya tak pernah mencpta pantun..

Dunia pelajar kampus

Dalam laci penuh barang,
Dalam almari penuh buku.
Macam mana hati tak berang,
Kalau tugasan orang sapu.

Ikan di parit nampak lesu,
Kucing di darat menanti mula,
pelajar uum berpusu-pusu,
Menanti pesta bila ingin mula.

Buah saga di curi Tuan,
Nasi putih menjadi gelap,
Masa berlajar main-main,
Bila exam terhandap-hendap.

Cuaca hari mendung suasa,
Anak melati sakit rebah,
Menangguh tugasan pekara biasa,
Bila nak hantar mula tergelabah.

Rosilahanin Zahari (128715)

NURSHAMIMI ZAINUDDIN (128714) 8/14/2009 1:24:49 AM
Assalamualaikum En.Azmi dan rakan-rakan seperjuangan,.
Diharap semua terhibur dengan pantun yang tak seberapa ini. =>

PANTUN KASIH SAYANG KELUARGA.

Anak teruna memikat janda,
Kasih tercipta bahagia dipinta,
Terima kasih bonda ayahanda,
Tanpamu berdua siapalah anakanda.

Maharaja memanggil gundik,
Untuk menari di pesta ria,
Sayang abang sayang adik,
Kerana mereka hidup ceria.

Raja sehari tersenyum mesra,
Begitu manis dipandang mata,
Cubit kanan kiri terasa,
Begitulah lumrah hidup berkeluarga.

Cantik sungguh si anak dara,
Jalan melenggang berbaju kebaya,
Petua untuk keluarga bahagia,
Bertolak ansur jadikan budaya.

nama siti hajar 130008 8/13/2009 1:58:04 PM
Pantun patriotisme ( Majulah saudara seagamaku..tentanglah musuh Islam yang gila menjadi tuan. khas untukmu saudaraku di medan juang.. maju juang untuk agama, bangsa dan dunia... )

Genap jalan peluru bertabur,
Darah segar mengalir masih baru,
Hati hancur jiwa lebur,
Melihat saudara diserang genap penjuru.

Kata dusta banyak yang sinis,
Merobek rasa keluhuran insan,
Kenapa zalim laknat Zionis,
Kau robek daging hidup tanpa ihsan.

Menanti mentari di balik rimba,
Entahkan muncul di balik paya,
Derita saudara derita hamba ,
Hamba menangis dalam tidak upaya.

Untukmu mujahid dalam kenangan,
Di dunia tiada tetap dikenang,
Hanya doa sebagai penangan,
Hadiah ketenangan kepada saudara dalam ketegangan.

lumrah sudah memang begitu,
Yang lemah tak pernah takhta di atas,
Siapkan jiwa saudaraku yang jitu,
bayangkan saat kemenangan teratas.

nik rosilawati(111528) 8/13/2009 7:51:55 AM
en.Azmi, saya ingin perbetulkan pantun saya yang ke-dua.terdapat sedikit kesalahan ejaan pada rangkap pertama.pantunnya sepatutnya berbunyi begini:

Terbang debu di balik pohonan,
Jatuh rebah askar upahan,
Sayang ibu ingat pesanan,
Sayang abah patuh arahan.




NikRosilawati(111528)

Nik Rosilawati9111528) 8/13/2009 7:43:10 AM
assalamualaikum, salam sastera dan salam ilmu kepada en azmi dan teman-teman yang lain.saya pernah didedahkan oleh guru tentang cara menghasilkan pantun.pantun ini saya kemukan selepas ia disemak semula oleh beberapa teman orang teman saya.segala kesilapan harap en.Azmi sudi perbetulkan.

PANTUN KASIH SAYANG.

Engkar dayang Sultan pun murka,
Menutup lubang di pohon kera,
Kenapa sayang bermasam muka,
Bisa abang menghapus lara.

Terbang debu di balik pepohon,
Jatuh rebah askar upahan,
Sayang ibu ingat pesanan,
Sayang abah patuh arahan.

Negara dijajah beralih kitaran,
Sabar menanti hadir purnama,
Cantik wajah bukan ukuran,
Indah pekerti syarat utama.

Rentak putera pendekar silam,
Keris belia lincah dilayang,
Hati gembira terhapus kelam,
Jiwa mulia semua pun sayang.


Nik Rosilawati(111528)

normaizatul farahin (129802) 8/12/2009 4:01:30 PM Hantar email
assalamualaikum.. saya tidak pernah mencipta pantun sebelum ini. ini lah rasanya kali pertama saya mencipta pantun.terima kasih kepada encik azmi kerana memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk mencuba. jadi pohon kemaafan jika tersilap bahasa di mana-mana.

PANTUN KELUARGA

masak lemak dengan kelapa,
kelapa dicari oleh sang kera;
cintai ibu sayangi bapa,
pasti hidup aman sejahtera.

buah naga masak merah,
sedap dimakan oleh Bibah;
dengan ibu bapa jagan marah-marah,
takut di akhirat terima musibah.

daun pandan wangi baunya,
boleh dibuat bunga rampai;
tolong menolong sesama keluarga,
hubungan erat ukhwah tercapai.

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu;
apa diharap masa hadapan,
doa keluarga pohon restu.

noramaizatul farahin (129802)

azmi rahman 8/12/2009 2:51:52 PM
sdr. tan lay koon,
terima kasih kerana menjadi pelajar pertama paparkan pantun. saya teliti pantun sdr. ada ruang kelemahan pantun. rangkap pertama; tidak seimbang bentuknya - agak janggal bentuk. begitu juga dengan rangkap kedua, ketiga dan keempat; kurang unsur muzikal/ bunyi bahasa yang sama, dan baris-baris yang kelihatan tidak puitis dan mantap. apa-apa pun, terima kasih dan tahniah kerana mencuba.
salam pantun.

TAN LAY KOON (128711) 8/12/2009 10:11:25 AM Hantar email
Dunia pelajar:

Bunga raya bunga kebangsaan,
Haruslah kita cintai;
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan,
Haruslah kita pelajari.

Bunga mawar tumbuhan berduri,
Bahasa Inggeris bahasa asing;
Bahasa asing perlu juga dipelajari,
Agar tidak jadi katak bawah tempurung.

Bunga matahari berwarna kuning,
Bahasa sastera bahasa indah;
Tuntut ilmu jangan sampai pening,
Rajin berusaha masa depan cerah.

Bunga raya bunga kebangsaan,
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan;
Berjaya ialah impian setiap insan,
Berusahalah untuk mencapai impian.

TAN LAY KOON (128711)

azmi rahman 8/9/2009 11:50:52 AM
Contoh pantun:

GULA

Puyuh betina bebayang sama,
Gilis patuk, tempua nak ke mari;
Mengeluh pengguna tentang gula,
Habis stok mana hendak dicari.

Laman bunga jadi singgahan,
Redup rehat kembali bangkit;
Kurangkan gula jadi amalan,
Hidup sihat jauhi penyakit.

Lada bawang solok lada,
Demikianlah lazat citarasa;
Ada orang yang sorok gula,
Merekalah pengkhianat negara.

Peria muda dimakan dara,
Dimakan pula sama sirih;
Gula oh gula bulan puasa,
Fikirkan pula aneka kuih.

AzmiRahman (901234)





Bagi mengelakkan spam, sila tuliskan perkataan di dalam imej ini ke dalam ruang yang disediakan.





Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 12/20/2013 9:26:56 PM • Bilangan pelawat 127334