esasterawan.net

 

azmi rahman

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Mohamad Azmi Ab. Rahman

Email
azmi214@uum.edu.my

Laman web lain
http://azmirahman.esasterawan.net

Laman web kegemaran

MINDA SASTERA SIBER (MINSASBER) PKPGB 2011 (1)
Sebuah Pendapat yang disumbangkan pada 4/21/2011 2:49:41 PM


 


MINDA SASTERA SIBER (MINSASBER) PKPGB 2011 (1)


Apa yang anda faham dengan makna  kesusasteraan? Kemukakan contoh-contoh karya sastera yang pernah anda baca dan hayati.

Nota:
Pendapat anda hendaklah antara  150 hingga 200 patah perkataan.  Anda hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang persih dan berkesan. Sila tulis nama dan nombor matrik anda selepas noktah terakhir pendapat anda; contohnya Azmi Rahman
(56789)


Komen (20)

Abdul Majid Abdullah 5/19/2011 6:28:28 AM Hantar email
Pantun Sejahtera Malaysia

Kaum Melayu, Cina, dan India,
Menjadi tunggak warga negara,
Dalam semangat 1 Malaysia,
Negara makmur hidup gembira.

Menjadi tunggak warga negara,
Dalam semangat 1 Malaysia,
Negara makmur hidup gembira,
Hidup sepakat itulah rahsia.

Dalam semangat 1 Malaysia,
Negara makmur hidup gembira,
Hidup sepakat itulah rahsia,
Kejayaan dicipta untuk negara.

Negara makmur hidup gembira,
Hidup sepakat itulah rahsia,
Kejayaan dicipta untuk negara,
Menjadi bualan seluruh dunia.

Hidup sepakat itulah rahsia,
Kejayaan dicipta untuk negara,
Menjadi bualan seluruh dunia,
Kecemerlangan bangsa tidak terkira.

Kejayaan dicipta untuk negara,
Menjadi bualan seluruh dunia,
Kecemerlangan bangsa tidak terkira,
Teknologi inovasi itulah punca.

Menjadi bualan seluruh dunia,
Kecemerlangan bangsa tidak terkira,
Teknologi inovasi itulah punca,
Dengan sokongan pemimpin tercinta.

Kecemerlangan bangsa tidak terkira,
Teknologi inovasi itulah punca,
Dengan sokongan pemimpin tercinta,
Hidup bagai di dalam surga.

Teknologi inovasi itulah punca,
Dengan sokongan pemimpin tercinta,
Hidup bagai di dalam surga,
Kemakmuran dikurnia oleh Pencipta.

Dengan sokongan pemimpin tercinta,
Hidup bagai di dalam surga,
Kemakmuran dikurnia oleh Pencipta,
Itulah rahmat yang Maha Esa.

Hidup bagai di dalam surga,
Kemakmuran dikurnia oleh Pencipta,
Itulah rahmat yang Maha Esa,
Negara makmur hidup sejahtera.

Kemakmuran dikurnia oleh Pencipta,
Itulah rahmat yang Maha Esa,
Negara makmur hidup sejahtera,
Menjadi lambang 1 Malaysia.


Pantun Empat Kerat.
Jenis Pantun: Pantun Berkait
Tema: 1 Malaysia.
Jumlah rangkap: 12 rangkap.
Ciptaan: Abdul Majid bin Abdullah
No. Matrik: 201384
Nama Pensyarah: Azmi Rahman.

Mohd Asri b Shuib 5/14/2011 1:51:28 PM Hantar email
Tajuk cerpen : Gila Ranking
Saya telah membaca sebuah karya sastera, iaitu cerpen..Cerpen yang paling terkini yang saya baca ialah ‘Gila Ranking’.Cerpen ini ditulis oleh H.Fansuri dan disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia pada 1 Mei 2011. Ianya menarik untuk dibaca kerana penulis menggabungkan kreativiti dan imaginasinya. Penulis kemudian mengaitkannya dengan isu-isu semasa pada masa kini. Tajuk cerpennya saja telah membangkitkan keinginan saya untuk membaca ‘Gila Ranking’.Cerpen ini berkisar tentang tema dilema seorang wartawan dan juga editornya yang berjuang untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sensasi bagi menjadikan surat khabar keluaran syarikat mampu bersaing dan lebih mutakhir.
Persoalan yang ditekankan ialah berkenaan wabak terkini dan sikap .Nilai yang cuba ditekankan ialah kegigihan seorang wartawan mencari bahan yang terkini untuk bersaing dengan wartawan syarikat lain.Kepekaan seorang editor terhadap maklumat yang terkini.Sikap pekerja bawahan dan golongan atasan. Watak yang terdapat dalam cerpen ini hanyalah tiga iaitu Hakim,seorang wartawan muda yang masih belum cekap. Editornya,Haji Abdul Wahub, seorang ketua yang tegas tetapi masih memberi peluang kepada pekerja bawahannya. Dato’Prof. Madya Dr Haji Sulaiman Akhlaken,seorang pengamal perubatan yang menyiasat tentang virus E-Coli,bakteria C-Seluar Dalam dan juga orang yang memberitahu penemuan vaksin bagi virus tersebut yang dinamakan E-Reformasi dan juga E-Evolusi. Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami kerana pemilihan diksinya sesuai dengan tema dan jalan cerita. Cerpen ini juga mudah dihayati kerana banyak menyelitkan penggunaan loghat utara contohnya seperti bongok,bengap,boroi,hang,pekena dan gatai. Pengajaran yang cuba di selitkan ialah kita hendaklah mengawal nafsu,berusaha mendapatkan apa yang kita hajati dan tidak menerima sesuatu itu dengan mudah.

Mohd Asri b Shuib - 201395

Rahimah Banun Mohd Saaid 5/13/2011 12:04:30 PM
KESUSASTERAAN
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu :
Su indah, baik,, lebih berfaedah
Sastera huruf atau buku
(ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya
Kesusasteraan adalah hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Kita sendiri menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya ia juga merupakan kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak,prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi,dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan, dan citramasyarakat.
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak,prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi,dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan, dan citramasyarakat.
Suatu hasil karya baru dapat dikatakan memiliki nilai saastra bila di dalamnya terdapat kesepadanan antara bentuk dan isinya. Bentuk bahasanya baik dan indah, dan susunannya beserta isinya dapat menimbulkan perasaan haru dan kagum di hati pembacanya.
Bentuk dan isi sastra harus saling mengisi, yaitu dapat menimbulkan kesan yang mendalam di hati para pembacanya sebagai prwujudan nilai-nilai karya seni. Apabila isi tulisan cukup baik tetapi cara pengungkapan bahasanya buruk, karya tersebut tidak dapat disebut sebagai cipta sastra, begitu juga sebaliknya.

Contoh karya sastera
Tajuk : Cerpen ‘Terima kasih Mardiana’
Karya : Maria Kajiwa
Kelolaan : netty@karangkraf.com.my
Sinopsis cerpen ini mengisahkan persahabatan yang telah lama terpisah setelah tamat zaman persekolahan di sekolah menengah. Watak dalam cerita ini ialah Zie, Mardiana, Cikgu Fatimah, Syamsul, Maisarah dan Aina . Aina adalah anak kepada Mardiana. Amira pula adalah anak kepada Azie.
Pada suatu hari, dua sahabat ini bertemu semula setelah sekian lama terpisah selepas tamat tingkatan lima. Dua sahabat ini bertemu apabila salah seorang daripadanya iaiatu Zie hendak menghadiahkan baju sekolah kepada anak kecil yang bernama Aina.Aina rakan sekelas anaknya memakai baju sekolah yang lusuh pada hari pertama mengingatkan kisah silamnya.Zie mengambil keputusan untuk menghantar kanak-kanak tersebut dan ingin berjumpa dengan ibunya seterusnya ingin menghadiahkan baju sekolah untuk kanak-kanak tersebut. Tampa disangka ibu Aina adalah sahabatnya yang telah terpisah sejak sekian lama. Pertemuan ini mengingatkan kisah silam Zie dizaman persekolahan.Zie adalah seorang pelajar miskin yang tinggal bersama ibu saudara sejak berumur lima tahun. Keadaan hidup miskin menyebabkan ibu saudaranya tidak mampu membeli baju sekolah baru. Baju yang dipakainya berwarna kekuningan tidak seperti baju murid lain yang putih bersih. Pada suatu hari Zie terlibat dengan rakaman di TV. Cikgu Fatimah yang terlibat dalam aktiviti itu telah memberitahu kepada Zie supaya tidak memakai baju tersebut. Zie mengambil keputusan untuk meminjam baju dari Mardiana. Tampa banyak persoalan Mardiana meminjamkan bajunya kepada Zie. Jasa Mardiana tidak dilupakan oleh Zie. Perbuatan Zie meminjam baju dari Mardiana tidak disukai oleh makciknya. Zie dimarah dan dipukul. Dari peristiwa itu Zie terus bertekad untuk belajar hingga berjaya dan keluar dari kemelut kemiskinan yang dihadapinya. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia mereka terpisah. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Mardiana berkahwin dengan orang seberang . Perkahwinannya tidak mendapat persetujuan dari ibu bapanya. Zie pula meneruskan cita-cita dan akhirnya dia diterima bertugas sebagai pengacara di RTM . Sejak tamat tingkatan lima mereka terpisah dengan haluan masing-masing. Mereka telah bertemu semula apabila Zie ingin menghadiahkan baju sekolah kepada rakan sekelas anaknya. Zie tidak menyangka bahawa anak itu adalah anak sahabat baiknya yang pernah meminjamkan baju sekolah kepadanya. Peristiwa itu mengingatkan kembali peristiwa yang lampau.
Cerpen ini membawa tema persahabatan. Cerpen ini sesuai dijadikan tatapan untuk pembaca tidak kira muda ataupun tua. Persoalan yang timbul selepas membaca cerpen ini ialah persoalan hubungan persahabatan yang terpisah kerana keadaan. . Persoalan mengenai kemiskinan telah mejadikan seseorang itu merasa insaf dan kemiskinan bukanlah menjadi penghalang untuk berjaya. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup menolong ketika kita dalam kesusahan. Plot cerpen ini disampaikan secara imbas kembali. Cerpen ‘Terima kasih Mardiana’ ini telah didukung oleh beberapa watak yang menarik. Watak utamanya ialah Zie. Latar tempat dalam cerpen ´Terima kasih Mardiana” ialah di rumah Mardiana. Cerpen ini mempunyai beberapa nilai dan pengajaran yang universal. Penonjolan nilai baik hati, kerajinan dan kejujuran ditonjolkan menerusi watak Zie. Walaupun Zie telah berjaya dia tidak melupakan jasa sahabatnya yang pernah meminjamkan baju sekolah untuk dia menghadiri aktivit di RTM. Nilai mulia seperti kasih sayang, kesyukuran baik hati diketengahkan melalui watak Zie. Pengajaran dalam cerpen ini ialah kita mestilah tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan. Zie tabah menghadapi rencah kehidupan yang dialaminya sejak berumur lima tahun semasa tinggal bersama ibu saudaranya . Pengajaran lain ialah kita setiap yang berusaha pasti akan mencapai kejayaan.
Kesimpulannya, cerpen ini memberi manfaat kepada pembaca. Nilai ketabahan yang terpapar dalam cerpen ini dapat dijadikan teladan untuk segenap lapisan masyarakat. Nilai sedia membantu ketika orang lain dalam kesusahan patut menjadi amalan kita. Selain itu, Cerpen ini menyemaikan pemikiran kritis dan kreatif serta merangsang pembentukan peribadi remaja yang mulia. Oleh itu, cerpen ‘Terima kasih Mardiana’ karya Maria Kajiwa wajar dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat.

muhammad faisal bin mustapa 5/9/2011 9:57:36 PM Hantar email Lawat laman web
Definisi kesusasteraan
Kesusasteraan dan sastera merupakan dua perkara yang berbeza. Perkataan sastera merupakan satu pengertian untuk sastera secara umum iaitu boleh ditakrifkan sesuatu yang bersifat ‘non science’. Bidang Geografi atau sejarah atau ekonomi merupakan bidang sastera. Termasuk dalam bidang sastera iailah kesusasteraan itu sendiri. Begitu juga dengan seni lukis atau muzik. Ianya berada dalm bidang sastera. Manakala matematik, biologi, fizik, kimia dan seumpamanya itu adalah di dalam bidang sains. Secara mudahnya, kesusasteraan adalah sub bidang yang berada di bawah komponen bidang sastera.
Annas Haji Ahmad (1975:9);
Perkataan sastera berasal dari bahasa sanskrit ‘Castra’ (dibaca: Syastra) yang bererti seni persuratan. Tambahan “su” dalam bahasa Sanskrit bererti “baik” atau “indah”. Jadi kesusasteraan adalah kata terbitan dari susastera dengan membawa erti kesenian persuratan. Ada juga pendapat penambahan awal “ke” dan penambahan akhir “an” membawa maksud “banyak” atau “berbilangan”. Yang dikatakan seni sastera kita ialah hasil-hasil dari kesusasteraan.

Dalam bahasa yang mudah kita boleh katakan bahawa Annas Haji Ahmad telah merumuskan bahawa kesusasteraan ialah seni persuratan atau hasil-hasil karya sastera. Walau bagaimanapun pengertian pengertian ini masih samar kerana ianya dirujuk dari kitab suci Hindu dan hanya menitikberatkan atau tumpuan kepada perkara-perkara yang tercatat sahaja pada zaman berkenaan sahaja.
Hari ini karya sastera telah didefinisikan dengan ruang lingkup yang lebih luas dengan mengambil kira hasil karya yang bersurat, lisan dan juga hasil karya siber telah mula mengambil peranan dalam dunia sastera. Hasil siber juga mempunyai bentuk yang boleh dikategorikan kepada bentuk digital video dan digital audio. Bentuk sastera ini sedang dikembangkan dengan pesat kerana ianya tidak lagi terhad kepada sastera bercetak kertas tetapi satu bentuk baru yang tiada satu ketika dahulu seperti ebook atau buku digital. Karya ini tidak boleh dipegang dalam alam nyata kerana bentuknya telah ditranformasikan kepada bentuk baru. Ini merupakan perkembangan yang sihat dan sejajar dengan teknologi masa kini.





Tajuk : Sutan Baginda
Pengarang : Shahnon Ahmad


Sutan Baginda merupakan sebuah novel lama daripada pengarang tersohor negara, Shahnon Ahmad. Diterbitkan kali pertama pada 1989 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Secara sinopsisnya, novel ini berkisah tentang seorang ahli politik yang diberi nama Sutan Baginda. Watak Sutan Baginda digambarkan sebagai seorang politikus yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya memegang tampuk pemerintahan negara. Segalanya sanggup beliau lakukan termasuk menggadaikan maruah diri serta maruah isteri-isteri beliau juga.

Apa yang dikata sastera Islami itu turut diterangkan oleh beliau dengan menyatakan bahawa teori sastera Islami itu mementingkan tujuan atau matlamat dalam penghasilan sesebuah karya. . Jika begitu memang layak dikatakan novel Sutan Baginda sebuah novel bercorak Islami. Shahnon Ahmad memulakan novel dengan penceritaan dari sudut pandang beberapa orang yang rapat dengan watak Sutan Baginda seperti isteri pertama dan kedua serta perempuan simpanannya. Menerusi penceritaan mereka itu kita (pembaca) dikenalkan kepada siapa itu Sutan Baginda dari sisi orang sekelilingnya. Dan diakhir bab baru dimasukkan ke dalam diri Sutan Baginda itu sendiri supaya lebih memahami watak Sutan Baginda ini apabila Shahnon Ahmad menulis tentang monolog dalaman Sutan Baginda kepada pembaca.

Bila Pak Shahnon menuliskan Sutan Baginda dengan penuh aksi erotika serta seks di hampir setiap helaian muka suratnya, seolah mahu memberitakan tentang kebobrokan politikus-politikus yang sedang berpolitik semasa zaman beliau. Dan perlu untuk setiap karya yang baik itu disuguhkan peleraiannya, Pak Shahnon telah menamatkan kisah Sutan Baginda ini dengan tragis sekali. Segala tipu helah dan muslihat yang cuba dimainkan oleh Sutan Baginda dalam usaha beliau untuk menjatuhkan pemimpin tertinggi telah menemu jalan buntu. Rancangannya gagal secara total! Dan kerana kegagalan itu beliau menjadi kurang siuman dan disisihkan pula oleh isteri-isteri dan kawan-kawannya. Pak Shahnon akhirnya ‘menghukum’ watak Sutan Baginda ini dengan menamatkan riwayatnya dengan kematian yang paling jijik.

Novel ini sebuah bacaan yang memperlihatkan kepada kita tentang keadaan politik tanah air pada masa ia ditulis iaitu sekitar tahun akhir 80 an. Bahkan realiti itu masih tetap berlaku sehingga ke hari ini. Menjadikan novel Sutan Baginda ini tidak tenggelam di makan usia.

Mohd Asri b Shuib 5/9/2011 1:09:38 AM Hantar email
Makna Kesusasteraan
Pengenalan

Sastera bukan hanya merupakan ekpresi peribadi pengarangnya, tetapi juga merupakan suatu alat untuk berkomunikasi kepada masyarakatnya. Fungsi sastera sebagai alat komunikasi telah mengalami perubahan yang pesat dalam masyarakat. Sastera dalam sesebuah masyarakat wujud sepanjang proses pengaliran yang dialami masyarakat berkenaan bermula daripada masa adanya penulisan. Sesungguhnya sastera memberi tumpuan kepada manusia.
Kesusasteraan adalah sebagai salah satu cabang kesenian ianya adalah manifestasi dari kehidupan iaitu ucapan atau tulisan terhasil dari tamadun peradaban manusia yang memenuhi syarat-syarat etika dan estetik menurut penilaian islam. (h 154); buku sastera dan sasterawan .
Jamilah Hj Ahmad (1981,h.97) menyatakan sastera adalah pengucapan atau ekspresi yang paling individual dari seorang pengarang serta tinggi dan mulia sifatnya. Karya-karya sastera bersifat khusus, menggambarkan individu atau wakil-wakilnya yang tertentu dalam satu-satu daerah yang tertentu pula.

Definisi
Istilah “kesusasteraan” dalam bahasa Melayu/Indonesia berkembang daripada kata Sanskrit sastra. Akar kata sas- adalah kata kerja terbitan bermakna ‘mengarahkan,mengajar,memberi petunjuk’ atau instruksi. Akhiran tra menunjukkan alat atau sarana. Sastra memberi erti alat untuk mengajar,buku petunjuk, buku instruksi atau pengajaran. Kata kesusasteraan dalam bahasa Melayu/Indonesia berasal daripada bahasa Sanskrit. Sastera yang diperkembangkan menjadi susas. Imbuhan ke dan an ditambah untuk memperlengkapkan bentuk kata terbitan yang memberikan makna yang padu dan menyeluruh.(h.2) buku Kesusasteraan Melayu Tradisional,edisi kedua.

Jenis-jenis kesusasteraan
Secara ringkasnya Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama iaitu:
1. Prosa Melayu Tradisional, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang
2. Puisi Melayu Tradisional ialah puisi yang dihasilkan pada zaman dahulu oleh masyarakat Melayu



Kesimpulan
Akhirnya kesusasteraan adalah sesuatu yang berbentuk pengucapan yang bernilai sastera secara lisan atau bertulis. Ia boleh dipersembahkan dalam bentuk pembacaan, penulisan, penceritaan. Kesemua bentuk kesusasteraan ini boleh didokumentasikan dan dijadikan bahan rujukan.

Karya sastera yang telah dibaca
Saya telah membaca sajak yang tersiar di Mingguan Malaysia pada 8 Mei 2011, hasil karya Ezani Haji Daud, Kota Bharu,Kelantan bertajuk Perahu Kecil. Sajak ini menceritakan kisah seorang nelayan yang bergantung rezeki dilaut. Ikan adalah sumber rezekinya. Dengan perahu dan berbekalkan peralatan tradisional, pada setiap hari turun kelaut membawa harapan untuk mencari rezeki bagi memlihara anak dan isteri.walau pun dilambung ombak laut, apabila mendapat hasil maka kegembiraan segera terpancar dengan rezeki yang diperolehi. Harapan anak-anak yang menanti dapat dipenuhi. Perahu kecil adalah sahabatnya yang memberi khidmat .
Mohd Asri b Shuib ( 201395 )
Rujukan
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kueh,
Jamilah Hj Ahmad.(2000) Kesusasteraan Melayu Tradisional, Edisi kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sejarah Kesusasteraan Melayu.(2006).Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prof.Khoo Kay Kim, Mohd Fadzil Othman.(1980).Sastera dan Sasterawan. Persatuan Sejarah
Malaysia.
Azman Wan Cik.(1981). Prinsip dan Kaedah Mengajar kesusasteraan Melayu. Utusan
Publication,Distributor.Sdn.Bhd.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan#Jenis-jenis_kesusasteraan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan

nama Abdul Majid bin Abdullah 5/9/2011 12:44:29 AM Hantar email
Makna Kesusasteraan.
Kesusasteraan adalah gabungan dua perkataan daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘su’ dan ‘sastera’. ‘ Su’ membawa maksud indah, baik, dan lebih berfaedah manakala sastera (castra) membawa maksud tulisan atau bahasa. Kesusasteraan dapat didifinisikan sebagai karya asal bertulis yang berunsur keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Kesusasteraan juga ditafsirkan sebagai karya seni yang dihasilkan melalui penulisan berbahasa yang mengambarkan atau mencerminkan aktiviti atau peristiwa kehidupan anggota masyarakat yang sebenar.
Hasil karya seni ini telah dihasilkan sejak zaman berzaman. Pada mulanya karya seni sastera ini hanyalah dalam bentuk lisan yang mana penceritaannya diturunkan dari jenerasi ke jenerasi baru. Setelah sistem penulisan berbahasa mula digunakan, karya kesusasteraan mula didokumentasikan dan dibukukan. Kesusasteraan juga didifinisikan kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
Kesusasteraan boleh dikategorikan kepada dua kategori yang besar iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Hasil karya ini akan ditulis dalam ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa yang mudah. Penceritaannya berkisar perihal kehidupan harian, aktiviti kemasyarakatan dan pergolakan kemanusiaan. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya. Jika dibandingkan prosa dengan puisi, ternyata sesusasteraan yang dilahirkan melalui prosa adalah lebih mudah difahami.

Manakala hasil karya kesusasteraan bentuk puisi pula ditulis atau didokumentasikan dengan tidak menuruti hukum tatabahasa. Penulisan dan penceritaannya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Kelazimannya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca atau disampaikan mestilah menngikut rentak dan iramanya yang tersendiri. Contoh bagi kesusasteraan puisi adalah sajak, syair, pantun, gurindam, lirik, seloka, mantera dan sebagainya.
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya dan aktiviti manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri yang dizahirkan melalui prosa atau puisi.

Contoh-contoh karya sastera yang saya hayati.

Kesusasteraan merupakan satu bidang yang amat luas. Ianya terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi. Dalam prosa mengandungi beberapa pecahan kecil yang terdiri daripada novel, cerpen, skrip, essei dan sebagainya. Cerpen atau cerita pendek merupakan karya yang amat saya minati. Antara cerpen yang telah saya baca dan hayati ialah Nur Ain oleh Ummu Hani Abu Hassan.

Cerpen ini mengisahkan sepasang suami isteri iaitu aku dan Aina. Mereka belum lagi dikurniakan anak. Antara usaha yang mereka lakukan adalah dengan mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah. Mereka juga pergi ke kota Madinah untuk menziarahi makam Rasullullah SAW. Ketika di Mekah aku dan isterinya berdoa semoga Allah mengurniakan mereka zuriat kerana sudah lebih 20 tahun usia perkahwinan mereka namun mera masih belum punya anak. Cerpen ini diakhiri peristiwa yang mengembirakan apabila pasangan tersebut pulang ke tanah air, ketika mendarat di KLIA Aina telah sakit dan dimasukkan ke bilik kecemasan. Menurut doktor, aku akan bergelar ayah. Pada keseluruhannya Ummu Hani berjaya menyampaikan idea melalui bahasa yang lancar dan cantik.

Manakala dalam bidang puisi pula saya amat meminati bidang sajak. Antara sajak yang
telah saya baca dan hayati ialah Ke Makam Bonda yang ditulis oleh Dr. Usman Awang. Sajak ini mengisahkan makam bonda yang telah lama tidak diziarahi. Kehadiran anak-anak disambut dengan wangian bunga kemboja. Nisan yang usang tidak terpelihara dan dicacatkan pemandangan oleh lalang yang tumbuh panjang.
Anak-anak mengambir keputusan membersihkan makam bonda mereka dan mengantikan batu nisan yang baru. Sebelum pulang mereka mendoakan bonda mereka dan menyiram makam tersebut dengan wangian air mawar. Abdul Majid bin Abdullah (201384)

Ganthiahmah a/p Ragavan 5/8/2011 1:13:46 PM
KESUASTERAAN
Kesusasteraan bermaksud kumpulan buku atau karya yang cantik bahasa dan isinya .
Perkataan su dalam kesusasteraan pula bermaksud indah , baik dan berfaedah.sastra bermaksud
huruf atau buku. Dalam bahasa melayu,kesuasteraan bermaksud perpustakaan atau persuratan.
Kesusasteraan sesuatu bahasa melambangkan ketamadunan dan kegemilangan sesebuah bangsa.
Maju atau mundur sesebuah tamadun itu diukur dari segi tahap pencapaian kesusasteraan
sesuatu bahasa atau bangsa dalam sesebuah tamadun.

Bentuk-bentuk kesusasteraan
Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh
dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni:
• Prosa
• Puisi

Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan
menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam
bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding
dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan
sebagainya.

Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia
sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa
yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang
berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi
termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.

Jenis-jenis kesusasteraan
Sekiranya, hasil kesuasteraan dikategorikan secara semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan
boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar, yakni:
• Naratif
• Bukan Naratif

Kesusasteaan Naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan
kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur
watak, masa berlaku dan tempat berlaku. Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk
prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang
dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah.Kesusasteraan naratif adalah satu
hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat
menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya.

Kesusasteraan bukan Naratif merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi
plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan
kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi

Struktur teks kesusasteraan
Kesusasteraan boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu cara yang biasa ditemui
adalah dalam bentuk teks, yakni dalam bentuk tulisan yang tersusun. Teks kesusasteraan
merupakan satu bentuk binaan yang terdiri daripada unsur-unsur seperti apa yang sebut di
bawah:
• Tema
• Gaya Bahasa
(Yang berikutnya untuk sastera naratif sahaja)
• Plot
• Watak dan Perwatakan
• Sudut Pandangan
• Latar
Kehadiran unsur-unsur ini dalam teks kesusasteraan membezakan teks kesusasteraan dengan
bentuk tulisan yang lain seperti tulisan sains.

Kesusasteraan Melayu Klasik
Kesuasteraan Melayu Klasik ialah sastera yang tertua yang disampaikan secara lisan dan
diturunkan dari satu generasi ke generasai lain. Ia wujud sebelum ada mesin pencetak. Ia
dihasilkan sebelum tahun 1800. Kesusasteraan Melayu Klasik disampaikan dalam bentuk lisan
dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan tangan.

Kesusasteraan Lisan.
Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi yang
sastera berbentuk i) sastera lisan berbentuk cerita:
a. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
b. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
c. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
d. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
e. cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
ii) sastera berbentuk peribahasa
iii) sastera berbentuk pantun
iv) sastera berbentuk mantera
v) sastera berbentuk teromba
vi) sastera berbentuk gurindam
vii) sastera berbentuk seloka
viii) sastera berbentuk Teka –Teki

Kesuasteraan tulisan
i)Novel
ii)Cerpen
iii)drama
Sastera bertulis berbentuk bukan cerita
i)cerita
ii)esei
iii)sajak










Pedamaran Rimba

Cerita ini ditulis oleh Tuah @ Fadilah b,Ithnin lebih dikenali dengan nama H.M. Tuah
Iskandar. Tulisanya meliputi novel,cerita kanak-kanak,skrip drama radio,rencana,kritikan dan
kartun. Cerita ini diambil dari buku antologi cerita kanak-kanak diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1993.
Ubin ,seorang seorang anak lelaki berumur 15 tahun yang tinggal dirumah panjang
disentulang ,yang ingin mengubah cara hidup setelah selalu ke Bandar menjual hasil
hutan dan melihat pembangunan yang sedang pesat berlaku di Bandar. Keinginanya
itu,bagaimanapun tidak direstui oleh ayahnya,Apai Nuek.”Anak rimba,anak rimba juga”, kata
Apai Nuek. Semasa berniaga Ubin berkenalan dengan anak Bandar yang bernama Izam Shah.
Hidup mereka di rumah panjang sering diancam oleh pengganas komunis.Suatu
hari,pengganas membunuh penghuni dan membakar rumah panjang mereka.Ubin dan
beberapa orang lain sempat menyelamatkan diri,sementara ibubapa serta adik-adiknya
ditawan.Mereka mendapat bantuan dari pasukan keselamatan, yang akhirnya dapat
menumpaskan pengganas itu. Didalam pertempuran bapanya meninggal dunia.
Cita-cita Ubin untuk mengubah cara hidupnya akhirnya mendapat galakan dan sokongan
dari kerajaan. Dia gembira kerana akan dihantar belajar dibandar,dengan harapan,apabila tamat
kelak dia akan dapat membantu membangunkan daerah pedalaman dan memajukan kaumnya.
Cerita ini membawa persoalan mengenai rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam diri
seorang anak daerah pedalaman yang ingin mengubah kehidupan dalam menghadapi cabaran
hidup.Dia ingin menjadi pemimpin dan perintis kearah kemajuan masyarakatnya.Ubin amat
berusaha untuk menyelamatkan orang-orangnya dan dia sanggup membawa perahu seorang diri
didalam sungai yang dikelilingi oleh banyak buaya. Dia berani mengharungi hutan-hutan yang
tebal. Dia sanggup membawa Pak Cik Haili bapa Izam Shah kedalam hutan setelah meminta
kawan Izam Shah memberitahu kepada pihak berkuasa. Dia Disamping itu diperlihatkan juga
hubungan baik dan mesra antara Ubin dengan Izam Shah. Walaupun bapanya telah meninggal
dunia dalam pertempuran dengan pengganas komunis dia tetap tabah dan mahu menjaga ibu dan
adik-adiknya dengan pertolongan bapa Izam Shah. Penghulu rumah panjang sentulang amat
berani dan tidak takut kepada pengganas komunis walaupun diacukan ‘riflel” kepadanya .Beliau
berjuang untuk menyelamatkan anak buahnya sehingga ditembak mati.

Secara keseliruhannya,cerita ini menarik daripada segi teknik pengolahan cerita dan
pemilihan temanya.Namun begitu ,bahasa dan pemikiran watak Ubin agak dewasa yang agak
ketara pada bahagian akhir cerita.















Rujukkan
ms.wikipedia.org/wiki/kesuasteraan
bobezani.tripod.com/sastera.htm
Tuah @ Fadilah b. ithnin. 1993. Dewan Bahasa dan Pustaka

kamalaselvi 201391 5/8/2011 12:24:16 PM
KESUSASTERAAN
Kesusasteraan adalah susunan karya-karya yang sangat halus dari segi bahasa dan maknanya. Karya-karya ini biasanya mempunyai mesej pemikiran yang hendak disampaikan kepada pembaca.
Menurut Ali Ahmad (1994), perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit ‘castra’ yang disebut ‘syastra’ yang bermaksud kitab suci.
Kesusasteraan merupakan satu wacana yang sangat luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Ia diwarisi sejak turun-temurun yang mempunyai unsur-unsur tokoh tambah. Ia diturunkan ataupun dikembangkan melalui pertuturan dan perceritaan secara lisan dari generasi ke generasi. Karya-karya kesusasteraan biasanya mempunyai unsur-unsur setempat.
Fungsi utama kesusasteraan pada awalnya adalah untuk memberikan pendidikan atau pengajaran dan kepuasan. Kesusasteraan memberi pendidikan melalui pengalaman pengarang yang telah menimpa banyak pengalaman sepanjang hidupnya. Pengalaman mereka diceritakan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka mempunyai unsur-unsur pengajaran dan ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Karya-karya tersebut akan secara tidak langsung menyerap unsur-unsur pengajaran dan pengetahuan untuk membentuk personaliti yang baik.
Kesusasteraan juga memberikan kepuasan kepada penulis dan juga pembaca. Penulis cerita merasa puas dan tenteram apabila dapat menghasilkan cerita yang mampu menyentuh perasaan pembaca. Pembaca pula menikmati kepuasan yang tidak terkata apabila dapat membaca karya yang dapat mempamerkan keindahan aspek isi dan juga bahasa. Kesusasteraan adalah satu khazanah yang tidak ternilai dan patut diwarisi selama-lamanya.

Novel : Perlumbaan kedua
Novel yang saya baca ialah novel yang berbentuk satira iaitu ‘Permulaan Kedua’ yang ditulis oleh pengarang yang bernama Marwilis Haji Yusuf. Beliau berasal dari Ulu Bernam, Selangor.
Kisah ini bermula apabila kancil mencabar arnab putih untuk berlumba dengan kura-kura. Arnab putih menerima cabaran tersebut untuk menebus kekalahan nenek moyangnya dahulu.
Kura-kura yang tua dapat mengalahkan arnab putih yang terkenal dengan kepantasannya. Kura-kura menggunakan kebijaksanaan akal fikiran untuk mengatasi kekuatan fizikal yang ada pada arnab putih.
Kura-kura tua melambungkan dirinya dari satu batu ke batu yang lain seterusnya melantunkan diri ke garisan penamat untuk memenangi perlumbaan tersebut.
Kura-kura pandai memilih tempat perlumbaan di lereng bukit supaya mudah menggulingkan dirinya bagi memenangi perlumbaan itu. Novel itu mengajar pembaca supaya bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan. Kita juga tidak boleh bersikap sombong dan angkuh dengan kekuatan yang dimiliki sehingga sanggup menghina orang lain.

Rujukan
http://bobezani.tripod.com/sastera.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan
Marwilis Haji Yusuf. 2000. Perlumbaan Kedua. Marwilis Publisher & Distributor Sdn. Bhd. Shah Alam.

Zailani Mahmood 5/6/2011 12:08:48 AM Hantar email
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.



1. Keluarga Gerilya
Sebuah novel yang pernah saya baca dan hayati ialah Keluarga Gerilya, karya Pramoedya Ananta Toer. Sebut sahaja Keluarga Gerilya masih terbayang dibenak fikiran saya watak Amilah yang berbaju kebaya, Sa`aman, Salamah dan lain-lain. Pramoedya berjaya menggarapkan kisah tragis sebuah keluarga pejuang kemerdekaan Indonesia menentang Belanda di Daerah Merdeka dan terpaksa mengorbankan segala-galanya demi sebuah kebebasan.
Amilah seorang wanita yang mengalami penderitaan batin setelah anaknya Sa`aman ditangkap dan dipenjara. Sa`aman telah membunuh bapanya kerana menjadi tali barut Belanda. Kehilangan Sa`aman sebagai tunjang keluarga menyebabkan kehidupannya berubah. Amilah menjadi tidak waras. Salamah, seorang gadis sunti, terpaksa mengambil alih tempat abangnya Sa`aman untuk meneruskan kehidupan dan bergantung belas kasihan daripada tunangnya Darsono. Kartiman, adiknya, memiliki kawalan emosi yang agak lemah dan pemarah.melibatkan diri dalam perjungan menuntut kemerdekaan menentang Belanda. Canimin, abang kepada Kartiman dan adik kepada Sa`aman, yang berpangkat koperal dalam pasukan Gerilya, memiliki muka yang cacat kerana pertempuran di Mediun.
Keupayaan pengarang mengolah dan mengungkap kembali zaman revolusi memberi peluang kepada pembaca untuk turut sama merasai pengalaman yang dilaluinya.

2. Sungai Mengalir Lesu
Selain itu, saya juga ingin berkongsi tentang mesej kemanusiaan, penderitaan dan kekejaman di zaman perang yang digarapkan oleh A. Samad Said melalui novelnya Sungai Mengalir Lesu. Novel ini popular ketika saya masih di bangku sekolah.
Sungai Mengalir Lesu berkisar antara pondok-pondok buruk, bilik-bilik buruk dan shelter-shelter di sebuah kampung kecil berdekatan dengan sebatang sungai di zaman pendudukan Jepun. Watak-wataknya amat banyak sekali.
Sayeed Ayub, seorang tua yang berumur 50 tahun berkahwin dengan gadis Melayu, Zainab, yang berumur 17 tahun. Sifat cemburunya menyebabkan Zainab mencari simpati dengan orang lain. Zainab menjalinkan hubungan sulit dengan Ahmad Jani hingga mengandung walaupun dalam situasi merbahaya. Zaman perang ikatan tradisional terungkai. Tuminah sanggup menyerahkan tubuhnya kepada Basir, sebagai tukar makanan yang diberikan.
Pelbagai watak lagi dari pelbagai bangsa telah diungkapkan oleh A. Samad Said untuk menggambarkan penderitaan, kekejaman, hilang harga diri serta kehanyiran dan kejijikan suasana yang menutupi penghuni-penghuni dekat sungai tersebut.
Zailani bin Mahmood
No. Matrik : 201410

Ahmad Reswan bin Shaari 5/5/2011 10:27:31 PM Hantar email
Makna Kesusasteraan.
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) membincangkan dengan lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrit castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.
Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian
iaitu su dan sastera
Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.
Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.
Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.
Pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan. Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Bentuk-bentuk kesusasteraan
Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, iaitu:
i. Prosa
ii. Puisi
Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah:cerpen, novel,skrip deama, essei dan sebagainya.
Puisi merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi ialah seperti sajak,syair,pantun, gurindam, lirik seloka, mentera dan sebagainya

Jenis-jenis kesusasteraan
Sekiranya, hasil kesuasteraan dikategorikan secara semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar, iaitu:
i. Naratif

ii. Bukan Naratif
Kesusasteaan Naratif
Merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat berlaku. Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti: Syair Siti Zubaidah Kesusasteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya.

Kesusasteraan bukan Naratif
Adalah merupakan hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puis

Struktur teks kesusasteraan
Kesusasteraan boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu cara yang biasa ditemui adalah dalam bentuk teks, yakni dalam bentuk tulisan yang tersusun. Teks kesusasteraan merupakan satu bentuk binaan yang terdiri daripada unsur-unsur seperti apa yang sebut di bawah:
 Tema
 Gaya Bahasa
 Plot
 Watak dan Perwatakan
 Sudut Pandangan
 Latar
Kehadiran unsur-unsur ini dalam teks kesusasteraan membezakan teks kesusasteraan dengan bentuk tulisan yang lain seperti tulisan sains.


Beberapa contoh hasil karya sastera yang telah dibaca dan dihayati ialah:
Sajak
Tajuk: Penggilap Rezeki
Karya: Mohd Hashim Osman
Sajak ini menceritakan mengenai pengalaman penyair yang pernah kesumatera. Di sana penyair dapat merasai nasib kanak-kanak yang terpaksa bekerja sebagai pengilap kasut ntuk mencari rezeki. Walaupun dimarah mereka tetap menawarkan perkhidmatan, Dengan upah yang diperolehi menjadi bekalan kesekolah. Disamping itu mereka bercita-cita berhijrah kenegara jiran untuk mencari rezeki yang lebih lumayan,

Novel
Tajuk: Kau Laksana Bulan
Karya: Aina Emir

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dan dunia kehidupan seorang wanita yang bernama Adrianna. Adrianna seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 20an.Perjalanan cinta yang di lalui olehnya tidak mudah seperti yang di bayangkan.

MuhammadAriffBakhtiarYusoff 5/5/2011 5:56:34 PM Hantar email
Perkataan sastera berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Castra, yang membawa erti : kitab suci Hindu. Sementara Susastera bererti : seni sastera atau biasa juga dikenal sebagai seni persuratan. Tambahan ‘su’ adalah dalam bahasa Sanskrit yang membawa maksud baik atau indah. Kesusasteraan adalah kata terbitan dari susastera yang membawa erti kesenian persuratan. Sebahagian berpendapat bahawa apitan ‘ke’ dan ‘an’ membawa maksud banyak dalam bilangan.
Hasil kesusasteraan bukanlah sesuatu yang boleh dihasilkan secara sembrono, tetapi mestilah mempunyai ciri-ciri khusus, seperti keindahan isi dan bentuk penyampaiannya dan mengesankan serta dapat dibanggakan oleh sesebuah masyarakat yang diwakili oleh ahli sastera. Sasterawan ialah orang yang dapat menerbitkan hasil-hasil seni atau penulisan dalam lapangan kesusasteraan.
Dalam kita memperkatakan tentang kesusasteraan, kita tidak dapat melupakan bahasa, sebab bahasalah yang menjadi penghubung antara sasterawan dengan ahli masyarakat. Kesusasteraan dalam menceritakan kisah-kisah manusia dalam bentuk seni, tidak dapat lari dari mengutamakan penggunaan bahasa yang mempunyai sifat-sifat keindahan dan kesempurnaan pada bentuk dan isinya. Bila sesebuah masyarakat menyelusuri sesuatu hasil karya yang bernilai seni, maka keindahan serta kesempurnaannya dapat dirasai. Karya-karya yang termasuk dalam kesusasteraan adalah berbentuk prosa, puisi, lirik dan drama.
Sastera Melayu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu sastera Melayu Tradisi dan sastera Melayu Moden. Kesusasteraan Melayu berubah serta berkembang mengikut zaman. Dikatakan di awal kurun Masihi yang pertama, pengaruh Hindu telah tersebar dan memberi kesan kepada karya-karya sastera Melayu Tradisi yang dihasilkan di zaman tersebut.
Di antara karya-karya seni yang pernah dibaca ialah:
a. Seorang Tua di Kaki Gunung
Karya Hj. Azizi b. Abdullah yang mengisahkan seorang tua, Tukya, suami kepada Besah, yang menghadapi tekanan dengan sikap anaknya di bandar, yang tidak menghargai dengan kehidupan lamanya di pergunungan. Dia mengharapkan anaknya, Fikri, menantu serta cucunya, dapat mewarisi serta menghormati kehidupan di gunung Bongsu, serta mewariskan kepada anak cucunya di kemudian hari. Saya cukup teruja dengan gaya penulisan penulis ini, bagaimana personafikasi serta metafora digarap dengan baik sekali oleh beliau di dalam novel ini.
b. Biru Warna
Awang Had Salleh telah menghasilkan sebuah novel yang mengisahkan konflik yang berlaku kepada Ramli, seorang yang cintakan seni dan ilmu pengetahuan dilatarkan dengan kisah percintaan. Dia tersepit antara pilihan pasangan hidup, iaitu Mariam anak tok guru Haji Ahmad, yang cantik tetapi bersikap kekampungan serta tradisionalis, dan Siew Lan, seorang gadis cina, anak pekedai bernama Ah Kau. Dihalaunya Ramli oleh bapanya kerana ingkar dengan kehendaknya. Akhirnya dia bertekad untuk mengambil pilihan hatinya iaitu Siew Lan, bukan pilihan bapanya.
c. Protes
Karya Shahnon Ahmad mengisahkan pertembungan antara dua falsafah hidup iaitu falsafah barat yang didukung oleh Ferdaos dan kebenaran tentang Islam yang ideal yang dipegang oleh Lokman. Ferdaos beranggapan manusia beragama Islam adalah seorang yang mengutamakan khayalan, tidak berakal dan tak mahu menggunakan fikiran. Malah di peringkat awalnya dia menganggap penganut Islam seperti seekor haiwan, tidak menggunakan akal, menelan semua ajaran dalam Islam seperti dosa, pahala, hari kiamat, syurga dan neraka tanpa bukti-bukti yang kukuh dan logik. Ini berbeza dengan Lokman yang sentiasa berusah dengan memberi hujah-hujah bertujuan untuk menyedarkan dia tentang Islam ialah sesuatu yang indah dan iman itu bukan boleh dicapai dengan semata-mata menggunakan akal logik. Akhirnya Ferdaos tunduk kepada Islam.
MuhammadAriffBakhtiarYusoff(s201412)

mohdmahazir201396 5/3/2011 11:42:02 PM
Kesusasteraan
Kefahaman saya tentang kesusasteraan ialah satu ciptaan seni yang diolah, disusun,diucap dan ditulis. Ianya pula disampaikan melalui bahasa. Orang-orang yang memahami dan menguasai sesuatu bahasa itu sahaja yang dapat menghayati serta menghargainya, indahnya sastera.
Cuba kita bezakan antara `Sajak Pengantin Laut’dan penyataan `penerangan tentang bahaya laut’. Kedua-dua penyataan ini menceritakan tentang bahayanya laut kepada nelayan. Sajak `Pengantin Laut’ ciptaan J.M. Aziz merupakan penerangan yang berbentuk sastera manakala penyataan tentang bahaya laut bukanlah berupa sastera. Ini adalah kerana sajak itu berbentuk pengisahan, mempunyai baris-baris ayat, rangkap dan keharmonian antara isi cerita serta penggunaan bahasa. Manakala penyataan penerangan pula berupa satu keterangan biasa dan penggunaan bahasa yang mudah difahami tanpa unsur-unsur seni. Pendekata hanya ` jauhari mengenal manikam’.
Mengikut Ali Ahmad (1994) dalam bukunya Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Pustaka. Dalam bab 1: Definisi kesusasteraan, beliau menyatakan bahawa perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad lagi keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.
Kesusasteraan ini wujud dalam bahasa yang boleh dikelaskan pada 3 bentuk; yang ditutur berbentuk lisan (sastera lisan) yang ditulis berbentuk tulisan (sastera tulisan) dan yang terkini berbentuk internet (sastera siber).
Kesusasteraan terbahagi pada dua bentuk iaitu bentuk puisi dan prosa.
Bentuk Puisi
Ianya dalam karangan berangkap, disampaikan dalam berbagai gaya pengucapan berirama, terdiri dari baris, rangkap dan ayat-ayat yang tidak lengkap. Terdapat juga hasil puisi biasanya dilahirkan dalam bentuk yang abstrak, kiasan dan imaginatif oleh penulisnya.Contoh puisi Melayu ialah pantun, seloka, teka-teki, gurindam, peribahasa, mentera, sajak, syair dan lain-lain.
Bentuk Prosa
Ianya adalah dalam bentuk karangan yang terdiri dari ayat-ayat, perenggan dan halaman. Ianya boleh terdiri dari 100 halaman. Prosa lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh prosa Melayu ialah novel, novelet,cerpen dan sebagainya.
Antara karya sastera yang pernah dibaca ialah seperti berikut:
1.Cerpen
Judul: Seorang Perempuan, Sungai Dan Senjakala – Karya Baharin Ramly.
Cerpen ini mengisahkan kesusahan seorang ibu tunggal Imah yang kematian suami. Bertarung hidup dengan kemiskinan di kampung untuk membesarkan 2 orang anaknya. Imah hanya mencari nafkah di sungai tercemar. Akhirnya membakar perahu dan berhijrah ke tempat lain.
2. Pantun siber empat kerat
Judul: Rindu-rinduan - Karya Azmi Rahman 24/6/2009.
Sebuah pantun siber 4 kerat yang menarik dengan penggunaan warna-warni. Menceritakan perasaan pasangan kekasih yang berjauhan. Untuk mengubat sedikit kerinduan itu mereka berhubung dengan pelbagai medium perhubungan untuk meluahkan perasaan rindu yang mendalam itu.
3. Sajak
Judul: Guru Oh Guru - Karya Usman Awang 1979.
Sebuah sajak mengesahkan pengorbanan dan keperitan seorang guru untuk mendidik anak muridnya. Betapa eratnya hubungan guru dan murid ibarat ibu bapa dan sahabat mereka. Hasil didikan mereka ada yang berjaya menjadi golongan intelek dan profesional malah pemimpin negara. Semuanya adalah hasil didikan seorang guru biasa sahaja.
4. Gurindam siber
Judul: Gurindan Terperi Anak Dara - Karya Azmi Rahman Selasa, 24 November 2009.
Dalam gurindam ini penyair mengesahkan betapa istimewanya seorang hawa yang masih bergelar anak dara. Penyair mempamirkan ciri-ciri seorang anak dara yang solehah, kemelayuan, bermaruah dan bercita-cita dalam hidup.Coretan ini disiberkan agar menjadi pendoman kepada mereka yang masih bergelar anak dara. Ciri-ciri ini sebenarnya semakin pupus dikalangan anak dara di zaman siber ini. Maruah adalah aurat mereka.
Rujukan
http://afnan-adnan.blogspot.com/2011/03/ali-ahmad-1994-pengantar-pengajian.html#
http://bobezani.tripod.com/sastera.htm
http://www.esasterawan.net/esasterawan/1_karyalist.asp?uid=170

AzmiRahman 5/3/2011 9:55:54 PM
Salam sdr. Tajarazhar bin Abu bakar,
Sdr. tidak masukkan sastera siber dlm. huraian makna kesusasteraan.
Huraian tentang bentuk/ jenis sastera terkeluar dari skop makna kesusasteraan. Maklumat itu bermanfaat utk khalayak siber lain.
Selain itu, contoh karya sastera yg diberi sudah memadai. Terima kasih.

Nordin Abdullah 5/3/2011 1:37:58 AM Hantar email
Perkataan sastera dalam bahasa Inggerisnya ‘literature’ itu berasal daripada bahasa Sanskrit Castra yang membawa erti kitab suci Hindu. Perkataan “castra” itu ada yang memberi makna tulisan atau bahasa (Zuber Usman, 1978:2). Susastera pula bererti bahasa yang indah, maksudnya hasil ciptaan bahasa yang indah atau seni bahasa. Maksud kesusasteraan ialah hasil kehidupan jiwa yang terjelma dalam tulisan atau bahasa yang menggambarkan atau mencerminkan peristiwa kehidupan atau sesuatu anggota masyarakat itu. Secara umum, kesusasteraan adalah satu bentuk aktiviti manusia. Ia merupakan satu bentuk penulisan yang dicipta manusia dengan bantuan bahasa bagi tujuan menikmati penerokaan ke dalam pengalaman-pengalaman penghidupan. Kesusateraan juga adalah bentuk ilmu kerana ia hanya pengalaman individu terhadap sesuatu realiti.

Mengambil huraian yang terdapat dalam buku Kesusasteraan Melayu Tradisional ed. Zalilah Sharif dan Jamilah Ahmad (1993:2), istilah “kesusasteraan” dalam bahasa Melayu berkembang daripada kata Sanskrit sastera. Perkataan ini berasal daripada kata dasar yang merujuk kata kerja terbitan yang bermakna “mengarahkan, mengajar, memberi petunjuk. Oleh itu perkataan sastera dapat dimengertikan sebagai alat untuk mengajar, buku petunjuk, buku pengajaran. Kata susastera, terdapat kata awalan su yang bermakna baik atau indah. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan susastera dalam bahasa Sanskrit. Ini bermakna istilah susastera dicipta oleh masyarakat Melayu Nusantara. Oleh itu kata “kesusasteraan” yang diberi imbuhan apitan “ke” dan “an” dalam bahasa Melayu bermaksud segala yang tertulis, yang bernilai seni dan mempunyai unsur estetik serta mempunyai peranan sebagai panduan, petunjuk dan pengajaran.
Istilah kesusasteraan ini digunakan dengan pendekatan yang luas iaitu meliputi segala hasil penciptaan yang menggunakan alat pertuturan atau bahasa dan tulisan sebagai alat penyampaiannya. Kesusasteraan atau sastera digunakan seiringan dengan maksud yang sama iaitu hasil-hasil penulisan yang mengandungi pengajaran, arahan atau petunjuk cara bagaimana sesuatu patut dilakukan. Istilah kesusasteraan juga membawa maksud keindahan iaitu keindahan bahasa yang asalnya tertera dalam istilah Sanskrit susastra. Dengan demikian, makna yang difahami untuk istilah kesusasteraan di sini adalah selari dengan definisi yang diberikan oleh Ismail Hussein :
Literature in the Malay or Nusantara concepts include everything that uses words or language in a creative way, creative in a broad sense. There is no boundary between mythical fiction and a historical description for example, and there is sometimes no boundary between an emumeration of the adat law with a love poem.

Jadi kumpulan buku yang indah bahasanya itu kerap disebut sebagai ciptaan sastera. Hasil tulisan lain yang tergolong dalam kesusasteraan ialah karangan-karangan bercorak prosa, puisi, lirik dan drama. Bentuk-bentuk prosa selalunya terdapat jenis karangan biasa seperti dalam hikayat, novel, cerpen dan lain-lain.








Contoh karya sastera
Tajuk : Cerpen Kekosongan
Karya : Shahnon Ahmad

Cerita bermula dengan seorang pemuda bernama Dali yang tidak mempunyai pekerjaan. Hidup sehari-hari cuma memerap dalam bilik dan pada jam 4.00 petang keluar rumah untuk bersembang dan berborak dengan kawan-kawannya di tepi jalan hingga larut malam. Dali hanya mempunyai kelulusan Sijil Sekolah Menengah Melayu. Sijil yang dimilikinya tidak melayakkan beliau mendapat sebarang pekerjaan. Sijilnya tidak berharga dan tidak bernilai.

Tajuk : Tenang Dalam Gelora
Karya : Dr. Talib Samat

Tenang Dalam Gelora mengisahkan perjuangan, penderitaan dan pergolakan hidup masyarakat peneroka tanah rancangan Felda Tenang, Labis Segamat Johor. Kehidupan mereka terancam kerana penyerangan dan pendaratan tentera Indonesia di kampung mereka pada zaman konfrontasi mencetuskan ancaman keselamatan dan kedamaian yang mereka kecapi selama ini. Perintah berkurung dikuatkuasakan dan mereka tidak boleh menoreh pokok getah seperti biasa. Pertempuran dan pertumpahan darah berlaku di antara tentera Indonesia dan Malaysia yang mengorbankan tentera masing-masing. Kemenangan berpihak kepada tentera Malaysia apabila tentera Indonesia pimpinan Leftenan Sutikno menyerah diri dalam satu majlis tahlil di Felda Tenang dan mereka ditawan sepenuhnya sebelum dihantar pulang ke Indonesia. Felda Tenang kembali aman dan peneroka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tajarazhar bin Abu bakar 5/1/2011 9:09:57 AM Hantar email Lawat laman web
Kesusasteraan ialah satu hasil karya seni yang menggambarkan keindahan bahasa yang dilahirkan dalam bentuk lisan dan tulisan. Perkataan kesusasteraan itu sendiri bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Sejak zaman berzaman Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Saban hari kita menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan. Selain daripada itu, kita mendengar dan menikmati lagu yang mengandungi lirik lagu yang juga merupakan hasil sastera.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Dari segi bentuk pula, Kesusasteraan boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi.

Kesusasteraan bentuk Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

Manakala kesusasteraan bentuk Puisi pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.

Contoh karya sasteraan yang telah dibaca ialah seperti novel, cerpen, sajak pantun.
Karya yang pernah dibaca ialah
i. Badai Semalam karya Khadijah Hashim sebagai karya wajib untuk Peperiksaan SPM dahulu. Novel ini mengisahkan perjuangan seorang gadis bernama Masni dalam menempuh kehidupan demi mencapai cita-citanya.
ii. Keluarga Gerilya sebuah kayra Pramoedya Ananta Toer yang menjadi karya teks bagi peperiksaan STPM.Keluarga Gerilya adalah kisah tragis sebuah keluarga pejuang yang mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan negara.
iii. Perjudian karya S. Othman Kelantan ,sebuah lagi novel yang menbawa tema perjuangan manusia dalam menempuh hidup. Mengisahkan seorang petani tua yang menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan semasa mengusahakan tanah hutan. Diuji dengan kematian anak-isteri, binatang buas, kerajaan dan kemusnahan ladang. Juga mengisahkan seorang hamba Allah yang amat kuat keimanannya.
iv. Esok Yang Cemilang . Sebuah Antologi Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru 2004. Memuatkan sebanyak 48 buah cerpen yang terbaik dipilih peraduan yang dianjurkan.

AzmiRahman 4/28/2011 2:34:41 PM
Salam sdr. Nazzir Hussain Mydeen,
Huraian makna kesusasteraan yang diberikan dapat diterima. Namun, huraian selepas itu sudah meliputi kpd. subtopik kesusasteraan, iaitu ciri-ciri atau jenis dan genre.
Contoh karya sastera hanya novel Melayu. Novel Seorang Tua Di Kaki Gunung adalah karya Azizi Haji Abdullah bukan spt. yang sdr. tulis itu. Ejaan /...berserakan/ bukan /berserakkan/.
Komen saya yang lain - perlu dinyatakan sumber yg. jelas; tahun dan halaman rujukan. Apa judul buku rujukan sdr? Kamus Dewan yang mana; tahun dan halamannya?
Moga dapat respons dpd. khalayak sastera yang lain. Terima kasih.

Nazzir Hussain Mydeen 201400 4/27/2011 3:33:25 PM Hantar email
Kesusasteraan

DEFINISI
Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu :
Su indah, baik,, lebih berfaedah
Sastera huruf atau buku
(ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya

Menurut pandangan J.S Badudu sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi iaitu gaya pengolahan bahasa dan isi serta pandangan yang mahu disampaikan kepada masyarakat.
Hashim Awang pula menyatakan kesusasteraan adalah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Menurut Kamus Dewan kesusasteraan adalah hasil seni iaitu karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN.

Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :
a) Intelek - menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah karya sastera.
b) Emosi - membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
c) Imaginasi - melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadap satu-satu benda dan peristiwa.
d) Teknik - merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain.
Kesusasteraan Melayu Klasik
Kesusasteraan Melayu Klasik merupakan sastera tua yang disampaikan secara lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain dengan adanya unsur tokok -tambah.
Kesusasteraan Melayu Klasik dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama iaitu:
1. Prosa Melayu Tradisional
2. Puisi Melayu Tradisional

Prosa Melayu Tradisional

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan sebagai kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut merangkumi seluruh nusantara. Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
1. Naratif
2. Bukan naratif

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu:
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat yang juga terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan.

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:
1. Sastera sejarah
2. Sastera hikayat
3. Sastera sastera panji
4. Sastera kepahlawanan / epik
5. Sastera agama

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :
1. Sastera undang-undang
2. Sastera kitab
3. Sastera ketatanegaraan
4. Kepustakaan ilmu tradisional



Puisi Melayu Tradisional

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:
1. Naratif
2. Bukan naratif

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.

Manakala yang bukan naratif ialah :
1. Pantun
2. Gurindam
3. Endoi
4. Rejang
5. Dikir/Zikir
6. Rubai
7. Nazam
8. Masnawi
9. Ghazal
10. Berzanji
11. Qit'ah
12. Seloka
13. Teromba
14. Talibun
15. Peribahasa berangkap
16. Mantera

Ciri Kesusasteraan
Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:

Lisan
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi. Pastilah juga dalam zaman tradisional yang bermula dengan animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya mereka. Maka hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh 'sasterawan-sasterawan' zaman itu iaitu mengungkapkan karya mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para sasterawan zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja.

Tulisan
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana. Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak golongan istana.

Kreatif
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.

Bukan kreatif
Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan sebagainya

Estetik
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis.

Contoh Karya Sastera
1. Tulang-tulang yang berserakkan – Usman Awang. Kisah pergolakan jiwa seorang pemuda yang bertugas sebagai anggota polis di bawah Kerajaan British, antara kerjaya dan perjuangan kemerdekaan. Turut digambarkan pengorbanan dan penderitaan anggota polis dan keluarga mereka menentang ancaman komunis.

2. Seorang tua di kaki gunung – Azizi Hj Muhammad. Kisah perjuangan seorang tua, Tuk Yah yang gigih mengekalkan cara hidup lamanya walaupun usia sudah lanjut.


3. Interlok – Abdullah Hussain. Kisah perjalanan hidup tiga watak dari tiga kaum yang berbeza, yang berhubung kait dan mempengaruhi perjalanan hidup antara satu sama lain.

4. Ahad – ( ). Kisah hidup 3 saudara sebaya yang membesar di zaman pra kemerdekaan.

5. Nyawa di hujung pedang – ( ) Kisah seorang pemuda yang ditahan pada hari perkahwinannya dan disiksa oleh tentera jepun atas angkara fitnah teman sekampungnya.
Rujukkan

http://bobezani.tripod.com/sastera.htm
http://kalimahbestari.blogspot.com/

AzmiRahman 4/26/2011 5:32:28 PM
Terima kasih sdr. mohdmahazir atas info itu. moga anda semua terus menulis dan menyiapkan tugasan penulisan biografi. Panduannya di komuniti BIOGRAFI di eSastera.com. Sila lawati komuniti itu. Salam ilmu. Terima kasih.

mohdmahazir201396 4/26/2011 9:02:32 AM Hantar email
Salam,
Bersama ini saya sertakan tajuk biodata sasterawan bagi PKBGB kohort 4 2011.

Asri - Ismail Restu
Zailani - Lim swee Tin
Reswan - Abdullah Husin
Nazir - Usman Awang
Arif - Shahnon Ahmad
Gathiamah - A. Samad Said
Faisal- J.M Aziz
Rahimah - Khatijah Hashim
Nordin - Rejab FI
Tajar - Khalid Salleh
Kamala - Arena Wati
Majid - S. Othman Kelantan
Mohd Mahazir - Pyan Habib

AzmiRahman214 4/25/2011 11:30:25 AM
Kesusasteraan luas maknanya...





Bagi mengelakkan spam, sila tuliskan perkataan di dalam imej ini ke dalam ruang yang disediakan.





Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 12/20/2013 9:26:56 PM • Bilangan pelawat 127466