esasterawan.net

 

Naimisa Yusof

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh

Email
hanafi.mohamad@gmail.com

Laman web lain
http://naimisa.blogspot.com

Laman web kegemaran

Artikel DK Jun dan Julai 2006
Sebuah Esei pelbagai yang disumbangkan pada 6/26/2006 9:20:11 AM


Sila rujuk ruangan Al-Quran dan Sains DK jika ingin membaca teks bergambar.


 


Bahagian 1. DK Jun 2006.


 


            Kejadian manusia sering kali dibincangkan di peringkat pendidikan tinggi dari segi falsafah yang pelbagai. Namun begitu perbahasan di peringkat universiti masih mengagungkan fahaman Darwin yang terkenal dengan Teori Evolusi.


            Perkara pokok dalam kepercayaan Darwin ialah keimanan kepada perkara ghaib. Mereka yang tidak beriman kepada perkara ghaib tidak mungkin percaya terdapat alam roh, alam rahim yang ditiupkan roh di dalamnya. Justeru Darwin cuba membuktikan bahawa kejadian manusia bermula daripada pemeringkatan atau kemajuan dalam keluarga beruk. Asas fahamannya ialah makhluk bertukar daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dalam kitaran evolusi yang tersendiri. Darwin turut mengemukakan teori kejadian manusia yang berasal daripada beruksia atau manuberuk. Model peralihan ini dinamakan sebagai Homo Sapiens. 


Dongeng kejadian manusia.


            Menurut Darwin dan pengikutnya, manusia moden telah melalui perubahan dalam masa empat hingga lima juta tahun yang lampau. Sebelum manusia wujud, terdapat beberapa zaman seperti Australopithecus, Homo Habilis, Homo Erectus dan Homo Sapiens. Menurut kajian dua orang pakar anatomi terkenal dari Britain dan Amerika Syarikat, Lord Solly Zuckerman dan Professor Charles Oxnard; sebenarnya Australopithecus adalah sejenis speasis beruk yang sudah pupus dan tidak mempunyai sebarang persamaan dengan manusia.


            Kemudian, dalam fasa perkembangan seterusnya Darwin mengelaskan beruk yang mengalami perubahan sebagai ‘homo’ atau manusia. Darwin mendakwa manusia dalam siri ini lebih maju berbanding dengan Australopithecus. Darwin juga membentangkan tulang fosil makhluk yang berbeza ini sebelah menyebelah, dan menyusun satu rajah evolusi melalui khayalannya. Namun begitu, Ernst Mayr, seorang penyokong terpenting teori evolusi abad ke-20 berpendapat bahawa rantai kejadian manusia yang didakwa oleh Darwin  mencecah sejauh homo sapiens sebenarnya telah hilang.


            Pendapat Ernst Mayr amat penting kerana memperlihatkan ketidaktentuan Teori Darwin. Menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan, Darwin menyusun empat fosil beruk dan empat fosil manusia secara berjujukan. Pada rangka model Homo Sapiens itu, Darwin menggabungkan tulang rahang beruk pada tulang muka manusia. Sebenarnya tulang rahang manusia boleh dicabut, dan pemadanan seperti ini tidaklah sukar. Memandangkan pada ketika teori tersebut dikembangkan, teknologi DNA belum wujud. Hal ini menyebabkan teori tersebut terbatal apabila analisis kod DNA model Homo Sapiens menunjukkan perbezaan kod DNA di antara bahagian rahang dan muka.


Kejadian manusia menurut Islam


            Dalam al-Quran, Allah bertanya kepada manusia yang bermaksud, “..dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak memerhati (kebesaran dan keagungan Allah)?”


Bertitik tolak daripada pertanyaan ini, manusia yang diberi akal memikir dan mengkaji keajaiban ciptaan Allah di dalam diri. Al-Quran menceritakan kepada manusia melalui penciptaan nabi Adam. Manusia pertama diciptakan daripada tanah liat yang ditiupkan roh. Firman Allah dalam ayat 71 dan 72 surah Shaad yang bermaksud,


“Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia daripada tanah. Maka apabila telah sempurna kejadiannya, Aku tiupkan roh ke dalamnya. Hendaklah kamu sujud  (hormat) kepadanya.”


            Ayat di atas menegaskan bahawa asal penciptaan manusia (Nabi Adam) daripada unsur tanah liat dan manusia selepas itu juga dicipta daripada unsur tanah. Bagaimana kesinambungan ayat ini dengan ayat lain yang mengatakan manusia dilahirkan ke dunia daripada percantuman sperma dan ovum yang disenyawakan di dalam rahim? Persoalan ini boleh dijawab dengan membandingkan sebuku roti. Kita sedia maklum roti dibuat daripada gandum. Adunam gandum dan bahan lain untuk membuat roti dibakar sehingga masak dan dipanggil roti bukannya gandum kerana sudah bertukar rupa. Begitu juga manusia, walaupun selepas nabi Adam manusia dilahirkan hasil daripada persenyawaan telur lelaki dan perempuan, namun unsur tanah masih terdapat di dalam badan manusia.


            Kajian saintifik tentang perkara mendapati unsur kimia dan logam bumi wujud dalam tubuh manusia. Tisu masnusia hidup mengandungi 26 unsur, 95% daripadanya adalah fosforus, hidrogen, karbon, nitrogen, oksigen dan sulfur.   


            Ayat lain pula menceritakan asal usul kejadian manusia daripada air mani seperti firman-Nya:


(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: Dari apa dia diciptakan. Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim). Yang keluar dari (dua tulang iaitu di antara) tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan. (At-Thoriq: Ayat 5-7)


            Kajian sains moden tentang kejadian manusia menepati firman Allah dalam al-Quran. Dalam surah at-Thoriq, Allah menggunakan kalimah ‘baini’ yang membawa maksud ‘di antara’.  Menurut Dr. Jamnul Azhar Mulkan lagi, ayat ini menunjukkan kedudukan punca penghasilan telur manusia di dalam tubuh lelaki dan perempuan. Kedudukan ash-sulbi pada seorang lelaki hampir dengan tulang cenonggeng (coccy), manakala at-taraaib pada seorang wanita terletak di bawah tulang rangka dada (diapghram). 


            Firman Allah lagi, “Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” (14 surah Al-Mukminuun)


            Setelah berlaku hubungan kelamin di antara manusia lelaki dan perempuan, telur yang dihasilkan berinteraksi dan bersenyawa. Persenyawaan bermula apabila satu sperma berjaya menempel pada ovum dan bergumpal seperti pacat yang bergantung pada tubuh manusia ketika kenyang. Gumpalan darah ini dipanggil alaqah berkembang dalam masa 40 hari pertama kehamilan. Kemudian alaqah berkembang menjadi mudhghoh atau dalam bahasa Arab perkataan ini membawa makna daging yang digigit.


            Ketika ini mudhghoh mempunyai tulang-tulang awal yang dikenal dalam istilah sains sebagai tapak endapan kalsium berbentuk kesan gigitan gigi. Kesan ini akhirnya bercantum membentuk tulang belakang dan bahagian bawah mudhghoh yang bulat mula terpisah menjadi seolah-oleh bentuk ‘C’.  Ketika ini manusia tersebut dipanggil ‘izomah iaitu tulang yang dibalut daging. Fasa mudhghoh dan ‘izomah berlaku pada peringkat 40 hari kedua kandungan. Kemudian bentuk manusia berkembang membentuk kejadian yang lain apabila mempunyai bentuk-bentuk fizikal dan organ dalaman yang boleh berfungsi.


            Bentuk lain dalam ayat 14 surah al-Mukminuun merujuk kepada fetus yang belum ditiupkan roh. Selepas mencapai usia 120 hari kandungan, barulah ditiupkan roh ke dalam fetus tersebut. Kedudukan manusia ketika ini diliputi oleh tiga lapisan iaitu lapisan omnion (uri), rahim dan perut ibu. Ibnu Katheer menafsirkan tiga kegelapan yang dihadapi manusia ialah ketika manusia berada di dalam kandungan. Betapa di sebalik kegelapan ini Allah menciptakan sistem keselamatan kepada bayi di dalam kandungan. Omnion berfungsi sebagai sistem penyerapan hentakan, disokong pula oleh rahim yang menyokong kekuatan omnion.


  


Bahagian 2. DK Julai 2006.


 


Firman Allah yang bermaksud,“…Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu(berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasanayang gelap-gelita..”(Az-Zumar: 6).


Manusia yang digelar sebagai makhluk lain seperti yang telah dinyatakanmenunggu waktu untuk ditiupkan roh ke dalamnya. Roh manusia berlegar-legar dialam yang dipanggil alam arwah bersama para malaikat. Ketika itu, roh ditanyatentang ketuhanan. Apabila diajukan persoalan tentang kepercayaan roh kepadaAllah yang menjadi Tuhan penguasa alam, semua roh bersaksi. Mereka mengakuibahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Apabila tiba waktu salahsatu daripada roh ini dipilih untuk ditiupkan ke dalam rahim ibu, Allahmemerintahkan malaikat rahmat untuk membawanya.


Selain itu, malaikat juga mencatat beberapa perkara lain tentang bayi didalam kandungan. Hal ini diceritakan oleh nabi sebagai mana sabda baginda: DariAnas r.a, dari Nabi S.A.W sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskanMalaikat berhubung peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan ibunya dankeadaan-keadaan yang akan dilalui. Apabila air benih (sperma dan ovum) jatuh kedalam rahim, malaikat bertanya: ‘Ya Tuhanku! Air benih ini akan disemournakankejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakankejadiannya atau tidak?’ Maka apabila Allah hendak sempurnakan kejadiannya,malaikat bertanya lagi, ‘Ya Tuhanku! Adakah dia lelaki atau perempuan? Adakah dia bahagia atau celaka?Bagaimana rezeki dan ajalnya?’ Setelah malaikat mendapat jawapannya, ditulissebagaimana yang telah diperintahkan (ketika anak itu berada di dalam perutibunya.)” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad).


Proses pembesaran manusia terus berlaku. Apabila bayi dalam kandunganbernafas, organ-organ penting mula berfungsi. Bayi berkongsi segala-galanyadengan ibu yang mengandungkannya. Makan, minum, pernafasan dan perkumuhandikongsi dua insan dalam satu badan. Ruang yang selesa di dalam rahim ibutidakkah sama dengan keadaan kapal di laut? Seorang saintis bernama GeraldineLux Flanagan mengatakan setiap hari 24 liter darah beredar daripada bayi keplasenta. Setiap kitaran pertukaran darah dan bahan buangan daripada bayi keplasenta kemudian dikeluarkan melalui ibu mengambil masa 30 saat. Sepanjangproses ini, darah mula mengambil oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh bayi.


Keadaan ini digambarkan di dalam surah Yaasin melalui ayat 41 yangbermaksud,“Dan satudalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluargamereka dalam bahtera yang penuh sarat.”Sebagai menguatkan lagihujjah ini, saya kongsi pandanganKeithL. Moore dalam bukunyaTheDeveloping Human. Menurut beliau, sejajar denganperkembangan fetus, amuan bendalir amnion meningkat sehingga 30 ml pada minggukesepuluh, 350 ml pada bulan kelima dan satu liter pada bulan ketujuh. Namunbendalir ini berkurang separuh ketika bayi dilahirkan. Bendalir ini amat pentinguntuk menyediakan persekitaran suhu yang seimbang kepada bayi.


Setelahfetus mendapat persediaan rapi untuk dunia luar, sekumpulan ‘kerja berpasukan’dicipta yang dikendalikan oleh organ-organ penting. ‘Kerja’ yang dibuat sesuaidengan keperluan bayi di luar rahim, mata yang tidak pernah berkedip akandigunakan untuk menghadapi kematan cahaya dunia, telinga yang tidak pernahmendengar digunakan untuk mendengar bunyi-bunyian. Pada waktu yang sama, perutdan organ pencernaan lain dibina dalam sistem fisiologi untuk berfungsi denganbahan nutirisi. Sel-sel dalam sistem pencernaan telah diprogramkan untukmencerna makanan yang belum pernah ditemui. Di samping keupayaan mengenal pastikarbohidrat dan lemak, sistem fisiologi juga diberikan ‘kebolehan’ untukmenentukan organ yang akan menerima nutrien dan nutrient ini dihantar dengantepat ke sel-sel yang khusus.


Selaindaripada sistem fisiologi dan pernafasan, fetus di dalam kandungan juga berubahkedudukan bagi memastikan kelahiran yang selamat. Perkara ini terjadi secaraterancang bagi kandungan normal. Kedudukan fetus mesti berada di sebelah kanan,hal ini bermakna kaki bayi bergerak secara perlahan-lahan sehingga kepalanyamenghala serviks. Dengan kata lain, bayi tertonggeng ke bawah dengan keadaankaki di bahagian atas dan kepala di bawah. Persoalan yang masih menghantui duniaperubatan ialah bagaimana fetus ‘mengetahui’ masa yang sesuai untuk dilahirkandan kedudukan yang betul? Perkara ini tertakluk di bawah aturan Tuhan yang MahaMengetahui.


Sehinggakini perkara ini tidak boleh dibuktikan secara saintifik kitaran masa demi masakerana tempoh kandungan tidak sama di antara seorang manusia dengan manusia yanglain. Hubungan di antara bayi dan ibu semakin rapat, anak dalam kandungan dapatmerasa belaian ibu, mendengar percakapan tanpa dia memahami apa-apa. Justeru ibuyang mengandung digalakkan dalam Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran. Amalanmembaca surah tertentu untuk mendapat ciri-ciri anak yang bakal lahirmenunjukkan hubungan di antara anak di dalam kandungan dengan dunia danpersekitaran ibu tidak terpisah.


Jika mahu anak yang cerdik,digalakkan membaca surah Luqman, mahu anak yang comel, dianjurkan membaca surahYusuf. Ingin memiliki anak yang kuat semangat, digalakkan membaca surah Maryam.Begitulah anjuran yang dibuat oleh ahli agama memandangkan zuriat yang bakalkeluar sudah berkongsi jiwa dengan ibu. Perkara ini adalah sebahagian daripadarahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yangberiman.


Kelahiranmanusia menjadi bukti penciptaan satu kuasa agung sekali gus menunjukkankepalsuan teori evolusi. Pada akhir abad ke-19, seorang ahli Biologi yangmenyokong teori evolusi iaitu Ernst Hackle menulis tesis bertajukOnthogeny Recapitulates Phylogeny.Beliau mendakwa proses kehidupan embrio merupakan pengulangan dalam prosesevolusi. Tidak berapa lama selepas pengkajiannya, beberapa pendokong aliranneo-Darwinisme menyangkal Hackle iaitu George Gaylord Simpson dan W. Beck.Menurut mereka Hackel tersilap konsep tentang evolusi.


Kejadianmanusia dalam Islam memperihalkan keimanan kepada Allah selaku Pencipta. Tujuankejadian manusia sebagai hamba kepada Allah dimulakan dengan persaksianketuhanan Allah S.W.T di alam arwah bersama malaikat. Apabila manusia dimasukkanke dalam rahim, dua dimensi kejadian berlaku. Pertama dari sudut fizikal, keduadari sudut alam ghaib. Hal ini bermakna sebagai orang Islam, kita dikehendakimempercayai perkara ghaib yang berlaku di sebalik kejadian manusia. Perkaraseperti roh, pengutusan malaikat yang tidak boleh dilihat dengan mata merupakansimbolik kekuasaan Tuhan Yang Maha Mencipta untuk menguji sejauh mana keimananmanusia kepada perkara ghaib.


Namun begitu, dunia perubatanmuttakhir ini seolah-olah mendakwa malah memperakui kebolehan menentukan jantinaanak. Atau kemungkinan juga penentuan anak melalui teknologi genetik bagimenentukan anak yang terbaik. Hal ini perlu disedari oleh setiap muslim bahawafenomena ini bukanlah berlawanan dengan perancangan Allah. Tidak berlawanankerana saintis hanya menentukan berdasarkan congak kira yang diberikan Allah.Jika tepat dengan congak kira manusia, ia hanyalah kebetulan dengan ketentuanAllah sekiranya ia betul-betul berhasil. Manusia sekali-kali tidak bolehmendabik dada mengakui mampu menentukan jantina di dalam rahim.


 



Komen (6)

naimisa 7/11/2009 3:29:43 PM
firdaus, Muhd Abd. latif, Dzainuddun, Nurul Atikah ::: -:) itu sahaja yang termampu saya coretkan.. Maha Luas Ilmu-NYA.

Terima kasih juga atas apresiasi anda.... -:)

nurul atikah bt rosmadi 6/4/2009 5:01:36 PM Hantar email
thanks,artike lini byk mbantu saya menyiapkn assignment

nurul atikah bt rosmadi 6/4/2009 4:59:20 PM Hantar email
thanks,artike lini byk mbantu saya menyiapkn assignment

namaDzainuddin M.Yakub 12/18/2007 4:17:46 PM Hantar email
Maha Suci Allah, Tuhan yang maha pencipta dan mengurniakan ilmu yg banyak, semoga penulis beroleh Rahmat kerana menyebarkan tulisan ini. Amin.

nama MUH. abdul latif 5/3/2007 11:03:12 PM Hantar email
SETELAH MEMBACA TULISAN INI TENTU SAJA KEYAKINAN SAYA BERTAMBAH KUAT TENTANG KEBERADAAN TUHAN SANG PENCIPTA ALAM SEMESTA SEKALIGUS KANDUNGANNYA

namamohd firdaus bin ibrahim 8/9/2006 3:45:03 PM Hantar email
sy sgt berpuas hati terhadap artikel ini.kalau boleh, tlg banyakkan lagi artikel2 yg seperti ini





Bagi mengelakkan spam, sila tuliskan perkataan di dalam imej ini ke dalam ruang yang disediakan.





Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 6/18/2010 3:06:51 PM • Bilangan pelawat 35833