esasterawan.net

 

Wan Azli

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Wan Azli Wan Jusoh

Email
taktibau@yahoo.com

Laman web kegemaran

Gedebe
Sebuah Drama yang disumbangkan pada 12/24/2006 9:56:46 PM


 


GEDEBE


oleh Nam Ron, Wan Azli dan Hariry Abdul Jalil.


 


 


FRAGMEN 1


 


INTRODUCTION


Lokasi: di port


 


1 (House Light)


FRAME SATU


2 budak punk sedang berkumpul sambil menyusun kerusi. Muncul 2 budak skinheads mengganggu dan menendang kerusi menimbulkan kemarahan budak punk.


 


BLACKOUT


 


2 (House Light)


FRAME DUA


2 budak skinheads berdepan dengan satu budak punk. Terjadi pergaduhan. Muncul beberapa budak punk dan skinheads. Pergaduhan makin hebat. Akhirnya budak skinheads menang.


 


LAGU 1


Oi Oi Oi Caesar, he makes waves


They ask him to be leader


He’s not sure


I know he wants


This fellow he forgets himself


There are rules and regulation


Hot! You follow him


I got no time, man


To fan his arse


Caesar, he makes waves


Hey, give him proper – hoho hoho ho ho oi oi


He beat Pomper


Terror-lah! Haah!


Big show off


Come here you, I bash you up


Hoi Caesar, hoi Caesar


You big head, hoi Caesar


You big head, hoi Caesar....... hoi Caesar


You big head


Just you wait


For nothing only you die


 


LIGHT SLOWLY FADE. MUSIC CARRY ON.


 


2. ANNOUNCEMENT (VOICE OVER)


Selamat datang ke pementasan teater GEDEBE. Bagi memastikan kelancaran persembahan, anda diminta untuk mematikan telefon bimbit dan alat kelui anda. Penggunaan `flash camera’ dilarang sama sekali.


 


MUSIC CARRY ON AND FADE.


 


 


FRAGMEN DUA


 


Dalam Balai (Buat Laporan)


1


CASSIUS


Nak buat macam mana dah jadi macam tu. Saya tak ada niat sebenarnya. Tapi saya rasa itu tindakan paling baik.


 


FAST CROSS-FADE (X FADE)


LIGHT STILL ON BRUTUS.


 


2


BRUTUS


(Count 4 Seconds)


 


FAST X FADE


LIGHT STILL ON BRUTUS


 


3


CASSIUS


Masa tu, saya dengar budak-budak banyak yang kecoh. Kata diorang, Caesar nak dilantik jadi ketua. Saya kenal Caesar ni dah lama. Bukan boleh kasi kuasa kat dia. Nanti punah satu dunia.


 


FAST X FADE


LIGHT STILL ON BRUTUS


 


4


BRUTUS


(Count 6 Seconds)


 


FAST X FADE


LIGHT STILL ON BRUTUS


 


5


CASSIUS


Aku tak berapa baik dengan Caesar. Hebat jugak mamat tu. Tapi ramai kata dia tak sesuai jadi ketua.


 


FAST X FADE


LIGHT STILL ON BRUTUS


 


6


BRUTUS


(Count 8 Seconds)


 


LIGHT STILL ON BRUTUS


 


 


FRAGMEN TIGA


 


1. ANNOUNCEMENT


Alternative Stage Company dengan kerjasama Akademi Seni Kebangsaan dengan bangganya mempersembahkan... GEDEBE.


 


 


FRAGMEN EMPAT


 


DI BILIK SOAL SIASAT


1


BRUTUS


Pada 21 Februari 2001 jam 1:45 tengahari. Hari tu ada gig kat Death Centre di Bangsar.


 


DI BILIK FOTOGRAFI


2 (Insert Flashes)


CASSIUS


(Bergambar posisi depan)


 


3


BRUTUS


Saya, Caesar dan dua tiga orang budak jalan kaki dari stesen LRT ke Death Centre. Jalan raya pada ketika itu, sesak. Sibuk – mungkin time orang office keluar makan tengahari.


 


4 (Insert Flashes)


CASSIUS


(Bergambar posisi kiri)


 


5


BRUTUS


Tengah jalan ada seorang budak punk jerit kat Caesar... “Hoi! Caesar! Hati-hati pada 15 haribulan Mac...!”


 


6 (Insert Flashes)


CASSIUS


(Bergambar posisi kanan)


 


7 (Insert Spot Light)


BOY (BUDAK PUNK)


“Hoi! Caesar! Berhati-hati pada 15 haribulan Mac!”


 


LIGHT SLOWLY FADE BUT STILL ON BRUTUS


 


8


BRUTUS


Kuat dia laung. Dua kali. Caesar berhenti tengok tepat pada budak tu. Saya pun berhenti, pandang muka Caesar. Caesar relaks, tak ada perasaan takut, tak cemas. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Caesar pandang saya. Terhenti nafas saya,...kering tekak. Saya cakap pada Caesar saya nak pergi tandas kat stesen minyak... nak kencing.


 


FAST X FADE


 


9


CASSIUS


Gig dah nak main dah. Caesar memang kaki gig. Laju semacam dia jalan. Saya dengan Brutus ikut. Caesar diam. Brutus diam. (Insert Light to Brutus) Masa tu, saya terfikir apa sebenarnya Caesar dan Brutus fikir. Tapi saya tak dapat agak.


 


BLACKOUT ON CASSIUS


 


10


BRUTUS


Bila sampai tandas, saya basuh muka. Saya cuba kuatkan semangat. Saya tengok muka saya dalam cermin... pucat. Saya basuh muka saya lagi. Saya angkat kepala dan buka mata, saya nampak Cassius dah tercegat belakang saya. Dia tanya saya... (Insert Light on Cassius)


 


“Hoi Brutus... Kenapa dengan kau? Kau tak ikut Caesar pergi gig ke?... Saya toleh belakang...


 


11


CASSIUS


(Tergelak)


 


12


BRUTUS


Saya cakap kepala saya pening. Rasa macam nak pitam.


 


13


CASSIUS


(Tergelak besar)


 


14


BRUTUS


Cassius tersengih – lain macam je.


 


BLACKOUT ON BRUTUS


 


15


CASSIUS


(Tergelak... pecah berderai) Hah... pitam. Mana encik tau. Betul, saya tak tipu. Oh... saya tak ikut... saya tengok dari jauh. Ya! Tapi mamat yang laung “berhati-hati pada 15 haribulan Mac ni saya kenal. Kenal sangat. Pelik. Saya ingat si Caesar ni ada hutang dengan dia. Nak kena bayar 15 haribulan kot.


 


FAST X FADE


 


16


BRUTUS


Saya rasa Cassius tak percaya bila saya kata kepala saya pening, rasa macam nak pitam. Dia macam syak yang saya ada masalah dengan Caesar. Masa tu lah Cassius mula cucuk jarum, cuba hasut saya. Cassius sebenarnya tak puas hati sebab Caesar baru lepas gaduh dan dapat kawasan baru. Makin besarlah kuasa dan pengikut dia. Lagi pulak Caesar nak buat sistem baru, nak gabungkan puak punk dengan puak skinheads. Sebenarnya sebelum ni kalau diorang nak buat plan kena bincang sama-sama. Sekarang Caesar bertindak sorang diri. Cassius ada kata..


 


“Betul gu. Caesar buat kita macam kuli. Bebas tapi.. yalah, kuli. Merdeka tapi sempit. Gelap. Kita bertempik, berteriak, tak ada orang sambut. Diorang tu tengok je. Tengok kosong. Pekakkan telinga, buat dono je. Diorang cakap ni lah nasib. Takdir. (Insert Light On Cassius) Ini diri kita. Kita kena jaga diri kita. Ini tidak. Yang kita terhegeh-hegeh ikut telunjuk Caesar, duduk celah kelangkang dia tu buat apa?


 


17


CASSIUS


Betul.


 


18


BRUTUS


Tolong garu telur dia? Nak buat apa?!!


 


BLACKOUT ON BRUTUS


 


19


CASSIUS


Betul, Caesar bukan suka sangat dengan saya ni. Dia kata orang macam saya ni tak boleh pakai. Apa dia ingat dia tu bagus sangat? Memang saya tahu tak baik mengutuk orang mati. Tapi kalau dia hidup, saya tak reti macam mana nak kutuk.


 


Yalah, encik pikirlah sendiri. Kalau saya kata kat encik: Hoi! Muka kau ni macam katak puru! Muka macam ni bukan boleh percaya.


 


Janganlah marah saya, saya bagi contoh je. Hah!


 


Yalah, saya nak bagi contoh apa lagi? Saya nak bagi contoh apa lagi? Muka encik memang macam katak puru.


 


Tengok, encik pun marah kalau kena kutuk. Saya ni? Si Caesar ni kutuk saya depan orang ramai. (Insert Light On Brutus) Malu, malu saya. Yalah, kita ni kan manusia biasa, tak lari dari buat salah. Dia kena terima hakikat tu.


 


BLACKOUT ON CASSIUS


 


20


BRUTUS


(Monolog Portia)


Assalamualaikum..


Awak, apa khabar? Saya harap awak sihat. Saya sihat, alhamdulillah. Tak perlulah awak risaukan tentang saya. Pandai-pandailah saya menjaga diri saya. Bagaimana dengan tugas baru awak? Tentu lebih mencabar dari dulu, kan?


 


Dulu, awak ada kata pada saya – “saya akan berusaha untuk mencapai impian saya walau apa saja rintangan yang datang walaupun terpaksa mengorbankan segalanya. Tentu awak masih ingat kata-kata awak tu, kan?


 


Ketika itu saya terpegun mendengar kata-kata awak itu. Dan sejak itulah saya menjadi pemuja awak – seorang lelaki yang penuh azam, keras, degil, penuh misteri, bijak. Awak juga seorang penyayang, pandai ambil hati, ada ‘sense of humor’ dan yang paling penting, awak seorang yang bertanggungjawab.


 


BLACKOUT


 


MUSIC ON


 


LIGHT ON


 


 


 


FRAGMEN LIMA


 


1. BACKGROUND MUSIC (W/O LIRICS)


 


2. BUDAK-BUDAK PUNK CROSSING PENTAS BAWA SENJATA.


 


BLACKOUT


MUSIC SLOW DOWN


LIGHT ON BRUTUS/CASSIUS


 


3


CASSIUS


Kau tak tengok gig ke? Pergi la tengok. Ke kau dah malas layan gig? Hoi Brutus! Kau ni apasal? Brutus? Kau ada masalah ke?


 


Aku tengok kau dah lain sekarang. Dulu kau tak macam ni. Dulu kau bukan main enjoy kalau ada gig. Kau punya head ‘pogoh’.. terpukau satu dewan. Tu belum kau punya lompat. Pergi la layan gig tu. Buat ‘slam’ ...mesti kau lain macam. Pergi la...


 


Kau ada masalah ni. Kalau tak mesti tak macam ni. Kau, apa cerita ni? Kau ada masalah dengan siapa? Kau cakap la... sebagai kawan. Kalau kau lari-lari macam ni, tak best..


 


FAST X FADE


MUSIC UP


 


4


AKSI BUDAK PUNK BELASAH BOB (BUDAK SKINHEAD)


(10 seconds)


 


FAST X FADE


MUSIC SLOW DOWN


 


5


CASSIUS


Aku dengar ramai orang cerita kau ni hebat. Tapi ada Caesar nak mengaku tu.. Caesar.. aku rasa dia ni selfish la. Dia naikkan nama dia jadi ketua. Apa kau tak rasa macam tu?


 


Kau kena terima kenyataan ni. Kau tak boleh hidup macam ni, hidup di bawah celah kelangkang Caesar. Kau kena sedar, kau pun ada potensi jadi ketua kaum. Nama kau lebih hebat dari Caesar. Tengok sekarang, Caesar main-mainkan kau.


 


Terpulanglah. Kau bukan tak kenal aku. Aku ni tak bahaya. Lain lah kalau aku suka besar-besarkan diri kat tengah gig. Masa berjoget lompat sana lompat sini. Kau kan pernah tengok aku ludah orang, orang ludah aku. Itu tandanya aku sayangkan puak aku. Mana ada aku sepak terajang. Itu baru bahaya.


 


FAST X FADE


MUSIC UP


 


6


PUNK BELASAH BOB


(10 seconds)(Tukar gesture)


 


FAST X FADE


MUSIC SLOW DOWN


 


7


CASSIUS


Kau ada ciri-ciri ketua. Yang pentingnya kehormatan dan tanggungjawab. Entahlah. Aku tak tahu apa kau pikir hidup ni.


 


Aku lahir sebagai manusia merdeka. Macam Caesar. Macam kau jugak. Kita kan kawan baik. Kadang-kadang kita sama-sama turun gelanggang – gaduh! Best wooo..!


 


Hah, cerita pasal bab gaduh ni, aku ingat masa puak Maarof Serdang gaduh sama puak Dollah Cheras kat Pasar Selayang. Caesar cakap kat aku, “Cassius, kita kena masuk campur. Kita mesti leraikan pergaduhan ni. Aku tak nak ada puak kita bergaduh sama sendiri.


 


OK aku kata. Aku setuju. Dengan dada aku bukan main berdebar, tapi bergaduh jugak, demi kesejahteraan kaum. Caesar pun bergaduh sekali.


 


Kau tau apa jadi? Tak sempat nak lerai, Caesar dah laung mintak tolong. “Cassius, tolong aku, Cassius.” Bila aku dengar, aku cepat-cepat tolong. Lebam gila muka dia. Mengaduh dia!


 


Tapi hari ni dia jadi ketua kaum. Aku? Aku jadi apa? Aku ni yang selamatkan dia jadi apa? Hah! Cassius ni hanya manusia celaka, anak haram jadah, perlu.. wajib, nah! Wajib tunduk bila berjalan depan dia...


 


Dulu masa gig kat Singapore, Caesar demam. Caesar yang kau agung-agungkan tu, demam... hahaha.. demam! Betul-betul flat. Tubuh dia menggigil gila babi. Bibir pucat, dah macam mayat dah. Kuyu je mata dia. Macam mamat gian. Dah tu, mengerang! “Bagi aku air.” Hah! Macam budak betina.


 


Aku betul-betul hairan manusia lembik semangat macam ni boleh jadi ketua, ha...?


 


FAST X FADE


MUSIC UP


 


8


PUNK BELASAH BOB


(10 seconds)(Tukar gesture)


 


FAST X FADE


MUSIC SLOW DOWN


 


9


CASSIUS


Betul gu. Caesar buat kita macam kuli. Bebas, tapi, ya la, kuli. Merdeka tapi sempit. Gelap. Kita bertempik. Berteriak. Tak ada orang sambut. Diorang tu tengok je. Tengok kosong. Pekakkan telinga. Buat dono je. Diorang cakap ni lah nasib. Takdir. Ni diri kita. Diri kita yang kena jaga diri kita. Ini tidak. Yang terhegeh-hegeh ikut telunjuk Caesar, duduk celah kelangkang Caesar tu buat apa? Tolong garu telur? Nak buat apa?!


 


Caesar ada apa? Pasal apa nama dia bukan main hebat lagi dari nama kau? Hebat sangat ke dia? Title ketuanya tu bukan sebab dia hebat. Bukan sebab dia berani. Tapi sebab dia takut bayang-bayang dia sendiri. Dia jadi ketua pasal nak sorok segala keburukan yang dia buat pada kita selama ni. Kau tau apa jadi pada kita bila Caesar jadi ketua? Dia ni, mamat sekor ni mesti buat sistem dia dalam puak kita ni. Dia nak gabungkan puak kita dengan segala puak yang ada, supaya kuasa dia lebih besar. Mesti! Aku berani potong jari lah.


 


Lepas tu, kita? Kita jadilah macam barua-barua lain tu semua. Tak kisah kalau kau nak macam tu. Kau nak? Kau nak ke?


 


Puak kita ada prinsip. Prinsip puak kita – kita tentang untuk kebaikan kaum kita. Bukan kepentingan peribadi.


 


MUSIC UP


 


10


BOB MELEPASKAN DIRI DAN LARI LALU DIKEJAR OLEH BEBUDAK PUNK (FAST AND SLOW MOTION)


 


FAST X FADE


MUSIC OFF


 


11


CASSIUS


Gig dah habis. Caesar mesti lalu sini. Aku pergi dulu. Kalau kau ada apa-apa nak cakap, kau datang rumah aku. Tak pun aku pergi rumah kau.


 


CASSIUS OFF STAGE


BRUTUS STAY


 


12


BRUTUS


STAY STILL (SPOT LIGHT)


EXPRESSION ONLY.


 


LIGHT SLOWLY FADE AND BLACK


 


13


BOB LARI CROSS STAGE DIKEJAR OLEH 3 BUDAK PUNK (ZAABA, BERN DAN BOY).


 


14


 BOY STAY ON STAGE WITH HANDPHONE


(DUA LAGI TERUS KEJAR SAMPAI OFF STAGE)


 


BLACKOUT


 


 


 


FRAGMEN ENAM


 


1


CASSIUS


Brutus ni baik sangat la pulak. Sebab tu orang ambik kesempatan. Dulu, kuat semangat dia. Sekarang, macam dah hilang semua semangat dia. Dia, jiwa dia tu aku tau panas gila. Tapi dia diam je. Bingung je.


 


Caesar tak suka aku. Tapi dia sayang Brutus. Kalau aku ni la Brutus, dia Cassius, mesti dia tak hasut aku macam aku hasut dia sekarang ni, ha.


 


Tapi tak apa. Malam ni, aku tulis surat layang banyak-banyak, suruh budak-budak tu spray kat dinding belakang rumah Brutus. Tulis yang ramai orang sokong dia bunuh Caesar celaka tu.


 


Aku nak tengok Caesar mampus. Nak buat sistem.. Hi... ya nak buat sistem! Sistem apa?! Sistem menyusahkan puak aku?!


 


2


BRUTUS


8 Mac. 5:30 petang. Skin Roves Bukit Bintang.


 


Sebelum tu, saya dapat banyak surat layang yang mengatakan sokongan melantik saya membunuh Caesar.


 


Mulanya memang saya rasa surat-surat tu dari budak-budak skin. Tapi bila saya tengok betul-betul, tulisannya semuanya sama, walaupun dia cuba senget-sengetkan. Ada cop dari Selayanglah, Paya Rumputlah, Gombak.. Saya rasa tak sedap hati. Saya syak, mesti si Cassius punya kerja. Lagipun sebelum tu Cassius selalu hilang... buat-buat sibuk. Sebelum ni dia pernah sekali hasut saya. Saya pasti, memang dia.


 


Masa gig, saya jumpa Cassius. Saya kata saya sanggup laksanakan tugas membunuh Caesar demi puak kita.


 


BLACKOUT


MUSIC UP


 


3


DI GIG


LAGU DUA (BEBUDAK SKINHEADS MENARI)


If Caesar becomes head


Oh yeah, he has a big head


Don’t give him face


You all will suffer


 


This S.O.B we cannot trust


For he is a real son of a “B”


If he is dead, our heads will roll


Trouble when we get pulled by the nose


 


MUSIC OFF


 


CASSIUS


(KORUS SLOW MOTION KECUALI BRUTUS DAN CASSIUS)


Celaka Caesar kalau macam ni. Kalau macam ni, dia mesti mati. Aku tak ada masalah peribadi dengan dia. Tak ada. Hanya untuk puak kita. Caesar nak jadi ketua puak? Dah ada bukti, dah pernah jadi, orang kalau guna orang lain untuk naik, dia akan perintah secara zalim. Caesar ada ciri-ciri ni. Aku mesti halang dia.


 


Caesar nak jadi ketua? Dia mesti buat undang-undang dia, sistem dia. Bebas bergerak, bebas berjalan, buat apa saja yang kitorang nak buat. Caesar nak buat sistem? Lepas tu aku nak kena ikut? Naya la puak kita. Ni yang buat aku panas ni. Aku mesti bunuh mamat tu. Mesti!


 


MUSIC CONTINUE AND FADE OUT


 


BLACKOUT


 


 


FRAGMEN TUJUH


 


1


CASSIUS


(STATEMENT UNTUK TV)


Kat mana? Sini? Ha? Situ? Sini? Gelap la ni. Sini? Camera ready dah? Ha. OK. Ha, tak apalah.


 


Saya tau saya bukannya jahat sangat. Itu pasal diorang semua take for granted... ha? Tak boleh cakap orang putih? Bahasa Kelantan pun tak boleh? Kena cakap bahasa standard? Standard tu bahasa apa? Oooo...cakaplah kena menggunakan bahasa Malaysia dengan betul. Hoh payoh demo ni.. nak buat statement pun susah. Oklah, try sekali lagi.


 


Saya tau saya bukannya baik sangat. Itu sebabnya manusia-manusia di sekeliling saya mengambil kesempatan terhadap saya. Dulu semangat saya kuat. Akan tetapi sekarang, semangat saya seakan terkunci. Dalam hatinya, saya tahu, mesti panas. Mesti panas.. bengkak. Dia diam seribu bahasa. Menarik tak bahasa saya? Ha? OK OK lupa, on air.. ni..  ...mulut saya adapun terkuncilah sudah.


 


Ya lah betul-betullah ni. Apa pulak main-main... Kata nak bahasa Malaysia yang betul.


 


Oklah Oklah..


 


Brutus tak suka orang mempermain-mainkan saya. Itu pasal dia hasut saya bunuh si cekadak Caesar. Caesar nak buat sistem baru. Sebelum apa-apa yang tak enak dipandang mata terjadi akibat daripada sistem baru ciptaan Caesar itu, Brutus suruh saya hantar sahaja manusia ini ke alam kubur.


 


Si Caesar ni, dulu bukan main dia, beria-ia benar tentang segala sistem. Tapi sekarang, dia pulak yang nak buat sistem, nak satukan inilah, itulah.. Ada ke patut. Kalau encik-encik semua? Pikir. Pikir. Pakai otak sikit.


 


BLACKOUT


 


 


 


FRAGMEN LAPAN


 


1


BUDAK-BUDAK SKINHEADS TIDUR TINDIH MENINDIH ANTARA SATU SAMA LAIN DAN KEMUDIAN OFFSTAGE SATU PERSATU.


 


2


BRUTUS


14 Mac. 2:30 petang. Cassius panggil semua.. mesyuarat. Kami buat port dekat sebuah gudang tak bernombor berhampiran Bangsar Utama. Cassius bagi cadangan bagaimana nak bunuh Caesar. Kami setuju.


 


3


CASSIUS


Jangan, Brutus. Jangan bersumpah! Tak ada maknanya bersumpah kalau tak bagi semangat untuk berontak. Buat apa bersumpah kalau main-main. Sumpah... boleh ke sumpah tu bunuh ketua bengong, ketua yang tak boleh pakai tu? Sumpah tu kosong. Kata-kata kosong yang ikat dua manusia. Yang penting, Brutus, ialah semangat memberontak!


 


4


INSERT BRUTUS


Dengan penuh semangat saya ajak semua bersumpah akan lakukan kerja dengan baik. Tapi Cassius tak bagi bersumpah. Katanya sumpah tu kosong. Yang penting semangat untuk memberontak.


 


5


CASSIUS


Mari, Brutus. Kita tanam semangat sedalam-dalamnya. Semangat yang tak luntur. Semangat panas! Meluap-luap! Jom... Brutus.


 


6


INSERT BRUTUS


Dengan penuh semangat Cassius provoke saya. Bakar saya!


 


7


CASSIUS


Ni dia semangat perjuangan. Kita pegang ni. Kuat-kuat. Kukuhkan lagi dia. Kita bawak semangat ni, hapuskan penipuan.


 


8


INSERT BRUTUS


Kami jerit dengan penuh semangat: Hidup Skinheads! Hidup Skinheads! Hidup Skinheads!


 


9


CASSIUS


Bagus Brutus, bagus. Harap-harap semangat kau ni tetap kuat...


 


10


INSERT BRUTUS


Saya bagi cadangan, apa kata kalau bunuh Antoni sekali, dia kata jangan...


 


11


CASSIUS


Bahaya tu Brutus. Aku tak nak tujuan kita jadi banjir darah pulak. Tak payah bunuh Antoni. Kau tau, dia tu tak berpengaruh sangat. Hidup dia tu bergantung kat Caesar. Kalau Caesar mati, matilah budak bodoh tu. Maksud aku, akal dia, bukan mati habis nyawa. Akal dia tu mati, Brutus, pasal nanti dia tak tahu nak buat apa.


 


12


INSERT BRUTUS


Dia kata tak payah bunuh Antoni. Kalau marahkan nyamuk jangan kelambu dibakar...


 


BLACKOUT


MUSIC UP


 


FADE IN WHOLE AREA


 


13


LAGU TIGA


The hole is dug for you


Don’t worry, your day is near


That day will change


History will be made


Wait. Wait for your end


I tell you back off


Oh Caesar, I curse you


 


Time and winds change


Caesar waits for his time


Winds bring fire


Caesar, you see us as slaves


Oh you forget


Forget who you are


We don’t like you no more


 


3 BUDAK SKIN AKAN CROSS PENTAS. DIIKUTI BEBUDAK PUNK YANG MEMERHATI SEAKAN INGIN MENYERANG. KEMUDIAN TERJADI PERGADUHAN.


 


SEMENTARA CASSIUS DAN BRUTUS BERDIALOG BISU SAMBIL MEMBUAT GERAK. BERAKHIR DENGAN...


 


14


UBAH KEDUDUKAN


 


BLACKOUT


 


15


UBAH KEDUDUKAN


 


BLACKOUT


 


16


UBAH KEDUDUKAN


 


BLACKOUT


 


17


UBAH KEDUDUKAN


 


BLACKOUT


 


18


(OVERLAP ANTARA DIALOG BRUTUS DAN CASSIUS)


 


CASSIUS


Ini Death Centre. Gig kat tengah-tengah ni. Geng-geng kita head banging tepi ni. Caesar, dah dia ketua, dia mesti duduk tempat lain macam. Ala-ala raja.. Heh.. Aku nanti upah geng-geng lain hias tempat dia. Biar dia takjub tengok kesenian kita. Aku nak dia sedar sebelum dia mati.


 


Bila gig mula, Caesar duduk sini. Sebelah dia Antoni. Agak-agak gig dah separuh, aku akan suruh kawan aku Decius pergi jumpa Antoni. Dia akan bisikkan yang ada orang nak jumpa Antoni kat luar. Bila Decius bawak Antoni keluar, masa tu lah kau ambik tempat Antoni, duduk sebelah Caesar. Masa tu lah kita jalankan operasi kita. Kau sembang macam adik beradik. Jangan lupa cakap aku kirim salam kat dia.


 


Tapi ingat, sebelum Antoni datang balik, kau dah bunuh dia. Kalau ada halangan, aku akan tolong dari belakang. Jangan bimbang. Aku perhati gerak-geri Caesar.


 


Jangan takut, Brutus. Sebagai pemberontak, kau mesti berani tempuh risiko. Sebab, kita berontak untuk kebaikan umum, bukan untuk kepentingan peribadi.


 


BRUTUS


7:30 Malam, 15 Mac 2001. Death Centre Bangsar. Budak-budak lincah bertenaga dengan aksi masing-masing. Walaupun sudah dua jam gig berlangsung. Ada yang buat slam dari atas stage. Lima enam orang lagi sambut di bawah. Ada kelompok kecil seperti tak hiraukan budak-budak yang lain, terus dengan pogoh mereka. Ada yang ‘high’. Duduk tersandar di dinding, mungkin terlalu banyak minum. Ada dua tiga orang duduk tersandar di dinding kerana terlalu mabuk. Seorang lagi terbaring di lantai. Ada seorang mamat muntah, terkena mamat yang tidur di lantai tadi. Berlaku pergaduhan kecil tapi berakhir dengan gelak ketawa.


 


Tapi yang paling pelik, gig malam itu berbeza dengan gig-gig sebelumnya. Puak Skinheads, Punk, Hardcore, Mohawk berada di bawah satu bumbung. Boleh menari bersama, tidak seperti selalu.


 


Gig kali ini diadakan sempena perlantikan Caesar sebagai ketua kepada semua puak yang ada.


 


Di sudut kanan sebelah pintu masuk kanan, Cassius berdiri sebelah kaki.. bersandar di dinding. Kaki kanannya menongkat dinding. Kaki kirinya pijak lantai. Jari-jarinya mengupas kulit kacang. Matanya sekali-sekala menjeling ke arah Caesar dan beralih ke arah saya sambil tangannya melambung kacang ke mulut lalu terus mengunyah.


 


Decius belum muncul seperti yang dijanjikan. Cassius kelihatan resah, sekali-sekala menyeluk saku melihat jam poket. Decius berlari anak ke arah Cassius.. kelihatan macam ada sedikit pertelingkahan. Tiba-tiba Cassius menampar kepala Decius – sempat dia mengelak tapi terkena jugak. Lepas tu Decius terus berlari ke arah Caesar. Sambil berlari kepalanya dipalingkan ke arah Cassius. Tiba-tiba kakinya tersadung tangga lalu jatuh. Darah keluar dari hidung dan mulutnya. Sampai dekat Caesar, Decius bisikkan apa yang kami plan ke telinga Antoni yang duduk di sebelah Caesar. Decius bawak Antoni keluar ikut pintu depan.


 


Caesar tergelak besar. Saya pun sambil ketawa ambil peluang duduk tempat Antoni sebelah Caesar. Kami borak macam adik beradik. Macam-macam kami borak. Ya lah, sementara menunggu waktu yang sesuai untuk saya jalankan operasi 15 Mac. Bunuh Caesar!


 


Caesar lebih banyak cerita pasal diri dia, tentang kekuasaannya, pengaruhnya, tentang kejayaannya. Saya cuma mendengar dan mengangguk. Bila dia buat lawak, saya gelak. Saya gunakan segala kaedah yang saya baca dari buku ‘Persiapan Seorang Aktor’ karya Stanislavski. Tingkah laku saya dapat meyakinkan Caesar bahawa saya adalah pengikutnya yang setia.


 


Caesar ada juga kutuk polis. Saya pun kutuk sama. Bukan polis je, hakim, cikgu, doktor, semua jadi bahan kutukan dia. Yang paling saya sakit hati, bila dia kata “polis tu anjing!”. Macam nak gugur jantung saya. Dia kata polis tak pandai buat kerja. Sebab dulu dia ada belasah sampai mati seorang jaga dekat Ampang. Dia bangga sebab polis tak dapat nak trace dia punya kerja. Dia kata bunuh jaga ni hal kecik je. Jaga tu sound dia “lu kencing macam anjing”. Ya lah, dia kencing kat pondok telefon. Caesar kata pondok telefon tu dah rosak, daripada jadi bahan pameran dan perhiasan, lebih baik dia kencingkan je. Saya tersengih walaupun dalam hati saya menyumpah marah. Saya betul-betul macam nak bunuh dia. Bila dia leka bercerita, saya masukkan tangan dalam jacket.


 


Tiba-tiba dia tepuk paha saya.. cepat-cepat saya keluarkan tangan saya semula. Rupanya dia tunjuk arah satu mamat yang terkehel urat leher pasal pogoh tak ingat dunia. Tapi lepas tu saya ada semangat baru. Semangat yang datang dari dalam. Menurut Stanislavski, itulah “Emotional Truth”. Dengan emotional truth ni, saya rasakan gig macam sunyi sepi. Kepala saya kosong. Memang ada suara berbisik ke telinga “bunuh Caesar!” Saya tilik muka dia dalam-dalam.. kecik semacam saya tengok. Saya tenung mata dia.. Caesar ketawa.


 


Tangan saya seluk dalam jacket. Saya pegang pistol erat-erat. Saya genggam.. satu.. dua.. pang!


 


Gig senyap.. semua diam. Saya toleh kanan, semua orang pandang saya. Saya toleh kiri. Saya tengok Caesar dah mati. Darah membuak-buak keluar dari kepala dia. Mulut dia ternganga. Saya pandang belakang.


 


Cassius tersenyum menuju ke arah saya. Saya hairan.


 


Saya tak sempat bawa keluar pistol dari jacket saya.


 


Siapa sebenarnya bunuh Caesar? Cassius?


 


19


CASSIUS


O... Cekap kau tembak. Sharp shooter. Tepat atas kepala. Tersembur otak dia. Banyak darah binatang ni.


 


20


BRUTUS


Aku tak tembak dia.


 


21


CASSIUS


Aku tengok, aku berdiri kat belakang, aku tengok kau acu pistol atas kepala dia... pang! Tergolek dia jatuh.


 


22


BRUTUS


Sumpah aku tak tembak. Aku tak sempat keluarkan pistol aku.. Ke kau?


 


23


CASSIUS


Kau tak...? Aku pun. Bukan aku. Heh, kau ni.. saja nak kenakan aku...


 


24


BRUTUS


Kalau bukan aku, bukan kau, ...habis, siapa?


 


25


CASSIUS


Ah, peduli lah sapa-sapa tembak pun. Dia dah mati. Tu dia. Caesar dah mati. Kerja kita dah beres.


 


26


BRUTUS


Itulah.


 


27


CASSIUS


Ni, mari sini, aku lumur darah dia atas kepala kau. Ambik berkat. Hoo...smart kau..


 


28


BRUTUS


Bak sini, aku lumur atas kepala kau jugak. Mak aku kata, pelepas badi. Badi Caesar. Hu lawa.. macam balung ayam jantan.


 


29


CASSIUS


Lawa muka kau hahaha... Heh, kau tau, lepas ni polis mesti datang..


 


30


BRUTUS


Mana kau tahu?


 


31


CASSIUS


Kau tak pernah tengok wayang? Aku tengok wayang, cerita hindustan ke, cerita cina ke, cerita melayu ke, cerita orang putih ke.. lepas hero bunuh orang jahat, polis mesti sampai.


 


32


BRUTUS


Ya tak ya jugak.


 


33


CASSIUS


Baik kau naik stage tu. Kau jerit kuat-kuat, merdeka.. Merdeka! Kezaliman dah mati!


 


34


BRUTUS


Kita pergi berdua. Takkan aku sorang..


 


35


CASSIUS


Jom... ah nanti polis sampai, tak sempat nak jerit.


 


BLACKOUT


 


LIIGHTS ON BRUTUS


 


36   


BRUTUS


(Monolog Portia)


Terus terang saya katakan – awak adalah kebanggaan saya. Walaupun kadang-kadang awak cepat marah, sensitif, tak tepati janji. Tapi saya tahu awak jadi macam tu kerana tugas awak. Demi cita-cita awak. Saya faham semua tu. Tapi entah kenapa sejak kebelakangan ini saya jadi begitu risau. Perasaan saya menjadi tak menentu.


 


Awak tahu tak, setiap kali saya mendengar deringan telefon, seakan bergegar jantung ini. Saya berdoa pada Tuhan agar panggilan itu bukannya dari hospital atau balai polis yang mengatakan pada saya bahawa awak tiada lagi di alam maya ini. Tapi, penderitaan yang saya alami, saya pendam, saya tanggung sendiri. Awak ingat tak dulu saya ada katakan “Tinggalkan kerja tu!”. Tapi awak degil. Awak tetap awak. Saya masih lagi bersabar.


 


Tapi kesabaran pun ada hadnya. Kini saya tak sanggup lagi untuk berkongsi hidup dengan tugas dan cita-cita awak tu! Saya dah tak mahu lagi hidup dalam ketakutan – berperang dengan bayang-bayang sendiri. Saya tak boleh memendam rasa setiap masa. Awak faham kan keadaan saya?


 


Apa yang nyata, saya tetap sayangkan awak. Percayalah, sayang. Awak adalah yang pertama dan terakhir dalam hidup saya. Awak – tentu sekali lelaki yang paling istimewa pernah saya kenali.


 


Sebenarnya saya tak berniat nak larikan diri dari awak. Saya cuma memerlukan sedikit ruang untuk memikirkan kesudahan perhubungan kita ini...


 


 


CROSS-FADE


 


 


 


FRAGMEN AKHIR


 


1


BRUTUS


Caesar dah mampus. Kau rasa macam mana puak kita ha bila Caesar mati?


 


2


CASSIUS


Bukan main happy lagi diorang, Tus.


 


3


BRUTUS


Budak-budak syak aku bunuh Caesar. Aku rasa diorang tak OK dengan aku. Kau biar betul..,


 


4


CASSIUS


Itu masalah kecil. Buat apa kau nak runsing. Masa kita nak bunuh Caesar.. tu masalah lagi besar. Apa-apa hal aku backing kau.


 


5


BRUTUS


Kau biar betul. Ni kau nak hasut aku buat apa lagi ni?


 


6


CASSIUS


Mana ada aku hasut kau. Dulu kau yang beriya-iya nak bunuh dia.


 


7


BRUTUS


Aku pulak. Kau yang suruh kan?


 


8


CASSIUS


Dahlah. Dah mati pun mamat tu. Tak payah nak kecoh-kecoh. Kita pun dah bebas. Tapi kau memang terrer lah Brutus. Polis pun tak dapat bukti yang kau bunuh dia.


 


9


BRUTUS


Yang kau tak habis-habis tuduh aku bunuh dia apasal? Kan aku dah cakap bukan aku yang bunuh dia. Tapi aku tak puas hati kalau tak tahu siapa yang bunuh dia.


 


10


CASSIUS


Hak alah.. Kan aku dah cakap, pedulikanlah. Tak kisah siapa bunuh dia. Sekarang kita dah bebas. Si binatang gedebe tu dah tak ada.


 


BLACKOUT


 


11


CASSIUS


Besok aku akan kumpulkan puak-puak kita. Aku akan announcekan kau jadi ketua.


 


12


BRUTUS


Boleh ke diorang terima aku lepas aku bunuh ketua diorang.


 


13


CASSIUS


Kau jangan risau pasal puak kita memang sokong hundred percent! Aku dah brainwash puak-puak tu sebelum kita jalankan operasi bunuh Caesar. Cuma demo tu buat senyap sebab demo tu takut dengan Caesar. Tapi sekarang kau adalah orang yang paling berkuasa. Aku tak suka tengok muka kau runsing. Nanti puak kita hilang keyakinan.


 


BUNYI TEMBAKAN.


 


CASSIUS REBAH, DIIKUTI BRUTUS.


 


BOY MUNCUL.


 


CASSIUS BANGKIT KEMBALI, BERDIALOG DENGAN BOY.


 


14


BOY


Gua tak faham.


 


15


CASSIUS


Apa?


 


16


BOY


Gua tak fahamlah. Betul-betul tak faham. Apa lu bikin.. apa cerita ni? Gua tak dapat tangkap.


 


17


CASSIUS


Kalau lu tak faham, lu pikir pakai otak. Kalau lu tak faham jugak, lu diam. Kasi api...


 


18


BOY


(Sambil cari lighter dari pocket Brutus yang terbaring. Ada) Gua lapar! Dari pagi tadi gua tak soru.. kejap lagi jom pekena teh tarik ke.. roti boom mamak ke.. (Mereka nyalakan rokok)


 


19


CASSIUS


No problem! Hari ni gua happy, gua belanja.


 


MEREKA MAHU BEREDAR.


 


20


BOY


Oppppp.. nanti dulu. Gua nak bagi balik lighter.


 


21


CASSIUS


Ha... ala! Lu angkat je..


 


22


BOY


Ehhh.. tak boleh. Nenek gua cakap, kalau lu angkat barang orang, esok lusa barang lu hilang dua kali ganda.


 


23


CASSIUS


Tu lu punya opah bukan gua punya opah. Gua punya opah tak ada cakap macam tu. Sekarang gua izinkan lu ambik. Opah gua OK, tak macam lu punya opah.


 


24


BOY


Oi! Opah-opah lu jangan main. Kalau tak puas hati, kita settle.


 


25


CASSIUS


Hak alah mamat ni, sensitif pulak.. Lu kata tadi lapar.. Jom pergi makan, terhegeh-hegeh pulak.


 


26


BOY


Kat mana nak soru ni?


 


27


CASSIUS


Tadi lu yang ajak gua. Sekarang lu tanya gua pulak.


 


28


BOY


Gua tak kisah.. Lu yang nak belanja gua... assistant mesti ikut ketua.


 


29


CASSIUS


Eiiiiiii...lu nak makan ke tak nak?


 


30


BOY


Oklah.. Kita makan kat mapelei belakang RHB Bandar Baru. Amacam?


 


31


CASSIUS


Ha, cepatlah.


 


32


BOY


Gua masih tak puas hati...


 


33


CASSIUS


Gua dah cakap, lu kena pikir pakai otak.


 


SETELAH CASSIUS DAN BOY BEREDAR, BRUTUS YANG PURA-PURA MATI BANGUN. KEMUDIAN MENELEFON SESEORANG.


 


34


BRUTUS


Kerja dah selesai, Tuan. Boy dah ambil alih tempat saya. Cassius bawa Boy pergi minum. Nampaknya diorang cepat mesra, Tuan. Saya dengar Cassius nak lantik Boy jadi assistant. Saya tak ada apa-apa, Tuan, OK, cuma, saya nak mintak cuti. Tak, Tuan. Tak apa, Tuan. Terima kasih saja. Saya tak nak bercuti jauh-jauh. Saya nak balik kampung je Tuan. Tapi kalau boleh saya nak bercuti lama sikit. Dalam dua bulan. Bukannya apa, nak jenguk orang tua saya. Iyalah dah lama tak jenguk. Langsung tak dengar khabar berita. Apa Tuan? Kampung mertua? Tak balik kampung mertua? Cadangnya memang saya balik sana dulu. Apa? Ala, Tuan. Sebenarnya saya nak pujuk isteri saya. Rindu pulak rasanya. Dah lama tak makan berhadap. Boleh ke saya ambil cuti ni? Esok start. Terima kasih, Tuan.


 


BLACKOUT


 


1


BRUTUS


Selesai saja awak membaca luahan hati ini, saya sudahpun berada jauh dari sini. Tak usahlah awak mencari saya. Saya akan pulang bila tiba masanya. Yang benar, isterimu Portia. 7:30 malam, 15 Mac 2001. p/s: Sayang.. Tak lama lagi awak akan bergelar ayah.


 


TAMAT.


 


 



Komen (4)

aliff 1/17/2010 11:06:49 AM Hantar email
aq nk msok gak bdk punk

nama irfan 12/15/2009 12:35:40 AM Hantar email
all the best

Wan Azli 1/22/2007 10:58:56 PM
ish, ingat bagi komen ttg struktur drama ke apa ke yg berkaitan dgn skrip :p

elmaaniq 12/26/2006 9:44:22 AM Hantar email Lawat laman web
terima kasih wan. saya amat-amat menghargainya





Bagi mengelakkan spam, sila tuliskan perkataan di dalam imej ini ke dalam ruang yang disediakan.





Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 7/1/2010 7:34:31 AM • Bilangan pelawat 39260