esasterawan.net

 

amohdfahmi

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Aidil Farmi bin Mohamad

Email
aidil_farmi@yahoo.com

Laman web lain
http://amohdfahmi.blogspot.com/

Laman web kegemaran

weblog • 87 • lihat arkib weblog

Rabu, 3 Februari 2010
wawancara online untuk warga pendidik

Nama responden:
Umur responden:
Sekolah responden:

1. Adakah anda mengajar matapelajaran Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu di sekolah anda? Jika tidak, sila nyatakan nama matapelajaran itu.

2. Apakah pendapat anda tentang Kesusasteraan Melayu?

3. Secara amnya, di manakah kedudukan guru dalam perkembangan sastera Melayu?

4. Apakah usaha yang telah dilaksanalan oleh pihak sekolah untuk menarik minat pelajar kepada pelajaran sastera Melayu?

5. Secara peribadi, apakah yang telah cikgu lakukan untuk tujuan yang sama seperti di soalan 5?

6. Adakah di sekolah anda menubuhkan kelab Bahasa Melayu/Sastera? Bagaimana sambutan pelajar tentang kelab ini?

7. Apakah aktiviti utama kelab ini?

8. Apakah kayu ukur kejayaan kelab dan sejauh mana pencapaian mereka?

9. Adakah anda bergiat dengan aktiviti sastera di luar sekolah? Jika ya, namakan pertubuhan itu.

10. Apakah pencapaian terbaik anda setakat ini?

11. Sedahkah karya anda diterbitkan/dibukukan?

12. Apakah pendapat anda tentang penulisan novel popular yang terdiri dari kalangan guru?

13. Apakah cita-cita anda dalam bidang penulisan?

14. Apakah pandangan anda tentang pengajaran sastera di sekolah?

15. Apakah langkah pembaikan yang boleh dicadangkan?



Disumbangkan pada 10:56:28 AM • Lihat komen (3) / Tambah komen


Isnin, 25 Januari 2010
Mengumpul karya II - emel sajak

Saya pernah memberitahu anda tentang keadaan bilik saya yang tidak kemas dalam entri yang lalu. Saya mengambil langkah mengasingkan karya kepada beberapa fail.

Dua tiga minggu selepas itu saya membuat anggaran sajak-sajak yang saya tulis lebih daripada seratus. Saya pasti akan hal itu. Saya cuba mengumpul beberapa sajak yang difikirkan menarik dan berpotensi untuk diperbaiki. Hasilnya, ada 99 sajak yang dikumpul. Untuk menjadikannya lebih daripada 100, saya mengambil beberapa sajak yang lain secara sembrono dan akan mengeramkannya sekali lagi untuk tujuan penerbitan.

Setakat ini saya sudah menyimpan 70% sajak-sajak tersebut untuk tujuan pengeraman ke dalam emel saya sendiri. Tujuan saya ialah supaya mudah mencarinya nanti selain mengelakkan dijangkiti virus.

Agrhhh!!! Pen-drive saya kena virus dan semua kerja microsoft office saya hilang!!!



Disumbangkan pada 11:16:14 AM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Rabu, 13 Januari 2010
AZAM BARU
nak beli komputer (desktop/notebook/netbook), printer dan kamera.

Disumbangkan pada 12:57:21 PM • Lihat komen (4) / Tambah komen


Selasa, 29 Disember 2009
Jalan Gambier 1 - prolog

Tengahari tadi saya makan tengahari di Liza Coffee Shop, Jalan Haji Taha. Tempatnya bolehlah nak kata jauh dari tempat saya kerja iaitu di Jalan Petanak. Kalau nak dibanding KL, mungkin anda bandingkan dengan Bangsar Utama (dekat LRT Bangsar) lepas tu makan tengahari di kawasan Jalan Ipoh atau Hilton PJ atau Bukit Bintang.

Ketika balik, saya tersalah jalan kerana rupanya jalan masuk ke Lebuh Market melalui Balai Polis Sentral ditutup. Tak tahu pula kenapa, namun saya terpaksa mengambil jalan pusing melalui Wisma Saujana. Saya mendapat ilham lalu masuk ke celah lorong yang menghala ke REX lama tembus ke Lebuh Market tanpa melalui Masjid Bahagian. Selepas itu saya sampai ke kawasan berhadapan dengan India Street yang juga ditutup atas sebab pembangunan kawasan Tebingan Sungai Sarawak. Sebagai warga Kuching, saya teruja dan ingin tahu bila agaknya ia akan siap dan bagaimana pula wajah bandaraya ini nanti. Siapa pula yang berjaya mengaut keuntungan hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang berbilion-bilion ringgit itu?

Apabila tiba di Jalan Gambier, saya berdebar-debar kerana teringat tentang kebakaran yang berlaku minggu lepas. Saya ingin bercerita lebih lanjut tetapi saya sendiri tidak berada di sana tengahari tadi. Saya cuma berlalu denga perlahan diatas motorsikal sambil cuba mengecam kedai mana yang terkena musibah itu.

Serentak hati saya berkata, "Mak. Kedai borong tempat membeli bekalan kedai runcit kita dulu dah hangus."

Sayu mengenangkan hal itu.

 

p/s: beberapa gambar boleh didapati di Facebook dan laman web lain.



Disumbangkan pada 4:22:55 PM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Khamis, 24 Disember 2009
Mengumpul karya

Ibu saya 'ngerepak' bila masuk ke dalam bilik saya yang berselerak dan sangat tidak teratur. "Macam tongkang pecah," katanya. Saya cuma diam saja sambil memikirkan sesuatu untuk dilakukan.

Selepas beberapa hari kemudian, saya mula mengasingkan buku, kertas, fail dan sebagainya mengikut kategorinya tersendiri. Setakat hari ini, saya berhasil mengumpulkan sajak dan lain-lain karya kepada beberapa kategori: 1. WIP (Kerja dalam proses), 2. Untuk diedit, 3. Karya dihantar, 4. Karya tersiar, 5. sajak eSastera.com

Walaupun tidak banyak, sajak yang dihantar ke eSastera.com terpaksa disimpan di dalam satu fail tersendiri. Terima kasih kepada eSastera.com kerana sudi menerima dan menelaah karya saya yang tidak seberapa ini.

Karya yang ada dalam simpanan saya hanyalah setakat dari tahun 200. Saya akan cuba untuk mengumpul karya sebelum tahun 2007 pula.

 

Terjemahan:

Ngerepak (bahasa Melayu Sarawak) - membebel



Disumbangkan pada 11:34:56 AM • Lihat komen (5) / Tambah komen


Rabu, 16 Disember 2009
Sejarah Sarawak - bahagian 1

Sejak kembali ke bumi kelahiran beberapa bulan yang lalu, saya semakin tertarik dengan sejarah Sarawak yang misteri dan berwarna-warni. Hal ini demikian kerana tidak banyak dokumen yang mencatatkan tentang sejarah Sarawak terutamanya bangsa Melayu Sarawak.

Kita sudah biasa dihidangkan dengan tarian ngajat, adat ngayap serta cawat hingga ada orang beranggapan orang Sarawak tinggal di atas pokok, pergi sekolah naik sampan dan bermacam-macam kemunduran lain. Ada! Malah masa di matrikulasi pun ada rakan yang bertanya samada saya naik sampan ke sekolah sedangkan saya berulangkali memaklumkan kepada mereka saya bersekolah di MRSM Kuching, sekolah rendah di SRK Buntal, kira-kira 30 minit dari bandaraya Kuching. Memang ada yang terpaksa berhadapan dengan kesukaran hidup tetapi itu di kawasan pedalaman... dan saya pasti perkara yang sama turut dialami oleh masyarakat pedalaman di Semenanjung Malaysia.

Oh ya! Terkeluar topik pulak.

Saya ingin membawa peradaban bangsa Melayu Sarawak ke persada nasional kerana keunikan budaya berbanding Melayu di Semenanjung. Namun begitu, apa yang lebih penting ialah tentang sejarah Sarawak itu sendiri.

Tak ramai yang tahu bahawa pada masa dahulu kawasan pemerintahan Sarawak bermula dari Santubong hinggalah ke Samarahan. Di sepanjang sungai itulah orang Melayu membuat penempatan dan membentuk kebudayaan sendiri.

Setakat ini saya dapat tahu bahawa kerajaan yang mentadbir ketika itu bernaung dibawah kerajaan kesultanan Brunei. Saya masih belum pasti bagaimana perkaitannya membawa kepada kesultanan brunei, bagaimana pula dengan kerajaan Sambas di Indonesia.

Saya masih belum memahami bagaimana pada satu ketika dahulu Santubong pernah menjadi pusat pemerintahan Sarawak kemudian ia berpindah ke Kuching yang terletak lebih ke hulu. Apa sebenarnya yang menyebabkan penghijrahan manusia ke sana? Apakah peranan pedagang Cina dalam perkembangan bandar Kuching dan pengaruh masyarakat India Muslim dalam penyebaran agama Islam?

Saya masih tak tahu pula bagaimana bentuk karya yang akan ditulis nanti. Novel, esei, atau sebuah buku ilmiah. Barangkali saya perlu belajar selok belok menulis novel sejarah dengan pak Abdul Latif Talib. :D

Cerpen pun susah nak buat inikan pula novel.



Disumbangkan pada 3:40:05 PM • Lihat komen (0) / Tambah komen


Khamis, 10 Disember 2009
Miri, Disember dan HESCOM.

Pada hujung minggu lepas saya telah menyertai satu Perkampungan Pengarang Sarawak di Hotel Telang Usan, Miri. Perkampungan tersebut berlangsung selama dua hari iaitu 5 dan 6 Disember 2009. Ramai pengarang dari beberapa buah persatuan penulis di sekitar Sarawak menghadirinya. Turut serta ialah beberapa orang penulis dari Sabah dan Brunei. Antaranya ialah sdr Jasni Matlani, penulis yang saya kagumi cerpennya.

Ya, saya terlupa pula nak memaklumkan sdr Roslan Jomel tentang perkampungan tersebut. Saya cuma menghantar sms kepadanya semasa salah satu sesi pembentangan berlangsung.

Saya bertolak dari Kuching pada hari Jumaat, jam 8 malam. Bas tersebut tiba di Miri pada jam 10 pagi keesokan harinya dan saya tiba di Hotel Telang Usan pada jam 10.30 pagi. Saya terlepas ucaptama oleh Sasterawan Negeri Sarawak, Datu Adi Badiozaman Tuah.

Sebenarnya saya tak ingin mengupas terlalu banyak tentang perkampungan tersebut di sini kerana saya bercadang untuk menulis esei yang lebih teratur keadaanya supaya ada garapan ilmu untuk dikongsi bersama. Apa yang penting di sini ialah program tersebut telah berjaya memberi kesan kepada diri saya bahawa pada tahap ini saya masih lagi bukan siapa-siapa dalam bidang penulisan. Satu perkara yang saya masih terngiang-ngiang di telinga ialah kata-kata Dr. Jeniri Amir yang lebih kurang bermaksud: "Jangan mengaku diri pengarang kalau satu buku pun tak pernah terbit."

Selain itu perjalanan jauh ini telah mengembalikan nostalgia saya pada tahun 1996. Pada tahun itu saya sedang bercuti menunggu keputusan PMR. Saya telah ke Miri untuk tinggal beberapa minggu bersama keluarga pakcik saya, Yan Kelana. Di akhir Disember 1996, berlaku juga satu perkampungan penulis yang disertai oleh karyawan sekitar Sarawak. Kemudiannya apabila mereka balik ke Kuching, saya telah menumpang bas mereka... sama seperti kes kali ini.

Oh! Saya ada bertemu dengan salah seorang yang terlibat di program pada tahun 1996 tersebut iaitu En. Basri dari DBP. Saya tak ingat pula dari bahagian mana namun kalau ada kesempatan akan dimaklumkan kemudian.

Perkara kedua ialah bulan Disember sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi bulan kembara buat diri saya. 2009 - Miri, Perkampungan Pengarang Sarawak; 2008 - tiada; 2007 - Kuala Lumpur, urusan kerja ASSAR dan HESCOM pertama yang saya sertai; 2006 - Kuala Lumpur, urusan kerja di ASSAR; 2005 - tiada; 2004 - tiada; 2003 - tiada; 2002 - Temerloh, urusan peribadi; 2001 - USM, urusan peribadi; 2000 - tiada.

Esok bakal berlaku HESCOM yang pertama di Kota Bahru... saya berharap semuanya berjalan lancar dan semoga cikgu Rima dapat membuat jualan lukisan yang baik di sana nanti. Sayang saya tak dapat hadir.

Ah! Kalau nak diikutkan memang tak habis catatan ini. Biarlah saya berehat dulu untuk mengatur strategi baru menghadapi 2010 dan berusaha untuk hadir ke HESCOM 2010 pula.

 

KEPADA WARGA KERJA HESCOM 2010, SELAMAT MAJU JAYA.



Disumbangkan pada 6:19:13 PM • Lihat komen (5) / Tambah komen


Selasa, 22 September 2009
Raya di kampung

Alhamdulillah tahun ini saya berkesempatan berhari raya di kampung. Tahun lepas di pagi raya saya ketika itu sedang bertugas di kaunter KFC Drive-Thru, Kajang. Suasananya sungguh berbeza sekali.

Pagi itu selepas solat sunat Aidil Fitri, kami sekeluarga memohon maaf kepada Ayah. Perasaan saya selepas itu amat sayu kerana tahun lepas saya tak sempat melakukannya. Saya melihat air mata ibu yang mengalir membuatkan hati saya sebak saat itu juga.

Kami kemudian mengambil gambar, seperti yang dilakukan pada tahun-tahun lepas. Gambar raya kami tahun ini tak cukup seorang ahli iaitu adik saya, Aidilia yang beraya di rumah suaminya di Sabah. Warna tema kami pula ialah merah-maroon.

Mak menghidangkan juadah raya untuk kami jamu bersama-sama. Ada ketupat nasi dan kelupis (kalau tak salah di Semenanjung ia dinamakan Ketupat Palas) serta kuah sate (kuah kacang) dan kari ayam. Di atas meja pula dihidangkan biskut, kekacang, manisan dan tak lupa kek yang menjadi amalan hari raya di Sarawak. Cuma tahun ini ibu tak membuat atau membeli kek lapis.

Selepas itu kami ke rumah Pak Ngah dan beraya di sana sehingga Zohor. Kami ke kubur bersama-sama selepas itu.

Sebelah petangnya pula keluarga kami ke Santubong untuk beraya dengan keluarga sebelah Ayah pula.

Semalam kami sekeluarga bersama-sama beraya di rumah adik Nenek di Jalan Pedidi, Astana. Selepas itu kami ke rumah tunang saya.

Hm, kalau nak ceritakan lebih terperinci tentang beraya di sini, ceritanya agak panjang jadi insya-Allah saya akan menceritakan di tempat yang lebih sesuai.

 

Buat semua warga eSastera, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN.



Disumbangkan pada 11:15:08 AM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Selasa, 8 September 2009
Esastera di Sarawak II

Minggu lalu saya berada di Tebingan Kuching. Tujuan saya seperti minggu lepas untuk mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli esastera.

Malangnya seperti saya sangkakan tiada sambutan. Saya sekadar menunggu selama sejam sebelum balik kerana tak mahu membuang masa terlalu lama.

Barangkali tak ramai ahli esastera yang berada di Kuching. Kalau ada pun mungkin tak tahu tentang perjumpaan tersebut. Kalaupun mereka tahu, mungkin juga mereka tak berminat dengan pertemuan ini.

Mungkin juga yang paling utama ialah: ESASTERA BELUM POPULAR DI SARAWAK.



Disumbangkan pada 4:55:49 PM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Jumaat, 21 Ogos 2009
Esastera di Sarawak

Saya bercadang untuk bertemu ahli esastera yang berada di  Kuching. Justeru itu, saya berharap sesiapa yang mempunyai kelapangan waktu dan keikhlasan untuk meluangkan sedikit masa bersama-sama sila datang untuk pertemuan pertama kita di masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh/Hari: 5 September 2009/ Sabtu

Masa: 11 am - 2 pm

Tempat: Tebingan Kuching (sekitar Pangkalan Batu Sapi)

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian berikut: 019-2313 851.

Sebarang komen amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

 

 

KEMASKINI 26 OGOS 2009 



Disumbangkan pada 2:25:42 PM • Lihat komen (8) / Tambah komen




Mukasurat dari 9


Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 2/3/2010 10:56:28 AM • Bilangan pelawat 8471