| |
Naimisa Yusof
|
info
Nama penuh
Laman web lain
http://www.naimisayusof.com
Laman web kegemaran |
weblog 214 lihat arkib weblog
| Isnin, 3 September 2012 |
Pindah
Terima kasih kerana melayari weblog ini. Saya sudah berpindah ke www.naimisayusof.com
|
|
Disumbangkan pada 12:03:36 AM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|
| Rabu, 30 Mei 2012 |
Mereka kata merangsang
Rangsang itu
Rangsang ini
Yang teransang rasa gembira
Sedang dalam leka terlebih rangsang
Mereka pasti rasa kecewa
Awas dengan satu kalimah ini
Ransang
Ransang atau rancang
Tidakkah rancang adalah strategi?
Dan strategi adalah permainan politik
--Naimisa, Intana Ria 2, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
|
|
Disumbangkan pada 10:02:20 PM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|
| Selasa, 13 Mac 2012 |
Bicara Buku Prof. Shaharir M Zain
Program Bicara Buku Kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum karya Prof. Shaharir M Zain berlangsungn pada 11 Mac 2012. Majlis bermula jam 9.30 dan berakhir jam 1.00 petang.

Acara berlangsung di tingkat 4, Pustaka Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Seramai 60 peserta hadir.
|
|
Disumbangkan pada 11:03:28 PM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|
| Rabu, 26 Januari 2011 |
Projek Penulisan Zine 2010
Baca di sini. Percuma.
|
|
Disumbangkan pada 5:07:20 PM
Lihat komen (6) / Tambah komen
|
| Khamis, 30 September 2010 |
Perjuangan rakyat tertindas
Daerah Beta by Azizi Haji Abdullah
My rating: 4 of 5 stars
Buku yang diangkat daripada peristiwa ARE yang beroperasi di Bukit Merah, Perak. Syarikat Jepun yang menyebabkan banyak mangsa radiasi.
Mengisahkan perjuangan seorang budak Melayu yang 'sesat' dalam masyarakat Cina. Dia tidak sekali-kali menyangka perjuangannya mendapat ujian yang besar. Apakah May isterinya akan menjadi saksi penting dalam perbicaraan di mahkamah?
View all my reviews
|
|
Disumbangkan pada 10:47:29 PM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|
| Jumaat, 18 Jun 2010 |
Lelaki bertali leher di pintu masjid
Terpacak menghadap kiblat
mengangkat takbir
tanpa menunggu bilal selesai
menghabiskan fungsinya
Tali leher bergantungan
kala rukuk seolah
itulah tarikan duniawi
atau jasadnya nanti kaku
ditarik bumi
(megahkah dia begitu?)
Apakah dia peduli
pahala seekor unta
seekor kibas
seekor ayam
atau sebiji telur
Khatib berkhutbah panjang
dia duduk mengangguk
mata pejam seperti khusyuk
dalam sengguk melawan letih
(hadamkah dia isi khutbah?)
Imam memberi salam
dia lekas membuka langkah
mengejar wang berlari seiring masa
sebelum sempat mengaminkan doa
--------------
Naimisa, 18062010, Sentul.
|
|
Disumbangkan pada 3:06:51 PM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|
| Rabu, 28 April 2010 |
Duka dalam dada, siapa yang nampak?
 Ceritanya di sini...
|
|
Disumbangkan pada 10:13:47 AM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|
| Isnin, 26 April 2010 |
Baca@LRT; 25 April 2010.

|
|
Disumbangkan pada 10:25:40 AM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|
| Khamis, 8 April 2010 |
Satu ayat untuk dikongsi ceritanya.
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata. (12)
Surah Yaseen. Dalam ayat ini, terdapat kalimah Aastarahum (bermaksud kesan mereka). Suatu hari nabi mendapat tahu Bani Salamah ingin berpindah agar mereka lebih dekat dengan Masjid Nabawi. Jarak perkampungan Bani Salamah kira-kira tujuh kilometer. Nabi memaklumkan ketua Bani Salamah bahawa kesan tapak kaki mereka, meski ditimbus angin yang bertiup di padang pasir tetap akan dicatat malaikat. Dan kesan-kesan ini menjadi saksi di akhirat. Semua catatan dimasukkan dalam Imaamin Mubiin. Dikatakan kitab itu berupa gulungan apabila dibentangkan panjangnya sejauh mata memandang. Hari ini (dalam konteks semasa) kesan itu boleh dikatakan bilangan pusingan roda kenderaan bagi yang berkenderaan dan bilangan langkah bagi yang berjalan kaki. Catatan pendek kuliah tafsir, Ustaz Rohaili, Masjid al-Hidayah, Sentul, 6 April 2010.
|
|
Disumbangkan pada 9:35:45 AM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|
|