esasterawan.net

 

InsanYalin

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Nor Azlinawati Binti Yaacob

Email
nenek2000@hotmail.com insanyalin81@gmail.com

Laman web lain
http://yalinainsan.blogspot.com/

Laman web kegemaran

weblog • 107 • lihat arkib weblog

Rabu, 28 April 2010
sufi nur iman
sufi nur iman kini penyeri hidupku...

Disumbangkan pada 10:05:04 AM • Lihat komen (0) / Tambah komen


Jumaat, 23 Oktober 2009
keluargaku syurgaku..

 

Salam hari Jumaat buat semua...



Disumbangkan pada 8:11:25 AM • Lihat komen (0) / Tambah komen


Rabu, 30 September 2009
Syawal yang Mengembirakan..
Tahun ini satu kelainan buat saya. Berhari raya sebagai seorang isteri bersama suami yang tersayang. Letih berkejaran dari rumah bonda tercinta ke rumah mak mertua di Ijok, Batu Kurau. Segalanya indah. Syukran buat suami yang memimpin tanganku melalui taman keindahan itu. Salam aidilfitri, salam kemaafan buat semua warga esastera dan anak murid yang berkunjung ke sini. Teristimewa buat Pak Cik Aj yang pernah menterjemahkan nama pena suamiku MK Riza sebagai Mamat Keling Riza. Hehehe sabarjelah. Salam n Wasalam

Disumbangkan pada 10:55:55 AM • Lihat komen (0) / Tambah komen


Khamis, 3 September 2009
BANGUN

 

sedang menapak bangun dari lena yang panjang...



Disumbangkan pada 8:35:56 AM • Lihat komen (3) / Tambah komen


Rabu, 22 Julai 2009
Salam dari Insan Yalin.

Lama, bukan hilang tapi diam.

Memerhati tanpa jiwa.

Keripuhan menyekat.

Kebebasan terikat.

Kesabaran akhirnya berbalas.

Kursus KPLI diharungi selamat.

Alhamdulillah... kini cuti-cutiku akan lebih bermakna.

 

 



Disumbangkan pada 8:25:34 AM • Lihat komen (1) / Tambah komen


Selasa, 19 Mei 2009
Alhamdulillah... segalanya selesai..

 

Segalanya telah selesai. Alhamdulillah. Sekalung perhargaan buat insan-insan yang menjayakan kenduri saya dan juga suami.

Pada sahabat handal yang mengirim ucapan dan hadiah ( Adik Tuah Saujana syukran ya ;-)) syukran atas ingatan dan doa buat kami berdua. Doakan agar percintaan kami kekal hingga ke syurga.

Buat suami tersayang terima kasih atas relamu menerimaku seadanya. Moga kekuranganku ditampung olehmu dan kekuranganmu ditampal olehku.

Buat anak murid di MTI yang turut bersusah payah untukku. Syukran, ustazah amat menghargainya dan terima kasih atas segalanya.

Buat sahabat-sahabat yang melapangkan diri dan masa untuk memeriahkan hari istimewa tersebut... aku amat menghargainya.

Doakan agar kasih dan cinta ini tiada penghujungnya...amin 



Disumbangkan pada 2:36:42 PM • Lihat komen (3) / Tambah komen


Rabu, 6 Mei 2009
9 Mei Di Sg Air Jernih

Alhamdulillah saya selamat bergelar isteri kepada suami tersayang iaitu MKRiza. 9 Mei nanti kenduri di rumahnya. Jemput sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk hadir..

Syukran juga atas doa kalian. Amat menghargainya.

Kampung Sungai Jernih, Ijok, 34510 Batu Kurau ( 05-880 2709)



Disumbangkan pada 11:02:11 AM • Lihat komen (1) / Tambah komen


Isnin, 27 April 2009
JEMPUTAN KE MAJLIS SAYA...

Assalamualaikum,

Pada 2 Mei ini, InsyaAllah Insan Yalin bakal mengukuhkan ikatan percintanya bersama-sama insan tersayang iaitu MKRiza. Insan Yalin berharap agar ikatan ini berkekalan hingga ke syurga dan berharap agar sahabat sahabat sekalian sudi datang memeriahkan majlis kami yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Doa restu kami pohonkan, kehadiran kalian kami alukan-alukan, agar majlis itu sempurna dengan iringan doa dan rahmat dari Tuhan.

Saya menjemput semua rakan-rakan esastera yang berkelapangan terutama Dr Irwan, Cikgu Hasimah yang saya hormati, Saudara Anbakri, Saudara Kalamutiara yang baik hati, Saudara Jebat yang mengkagumkan, Saudara AbdullahJones yang disayangi, Saudara Ode, Saudari Nissa Yusuf, Saudara Salha, Pak Latip, Saudara Bihi, Saudara Naimisa, Saudara Hani, Saudari Embun, Saudari Tinta, Saudara MFA (my Sifu), Saudara Ramy dan semua warga esastera.

Juga buat rakan BS (dalam kenangan), sifu saya Encik Rodin, sifu baru saya Encik Wanzu (PTS), adik PAC, Nile, Apple, Puteri Lestari Iman, Bikash Nur Idris, Rhea, Sangbogoroyo, Perindu yang dirindui, Jakalll dan semua.

Jemput ya, kehadiran anda dinanti. :)

kadnya boleh dilihat di sini.  http://mkriza.blogspot.com/ atau http://mkriza.blogspot.com/2009/04/undangan-perkahwinan.html

Doakan saya ya..



Disumbangkan pada 10:17:42 AM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Khamis, 9 April 2009
Bukit Gantang...

 

Saya berada dilinkungan kawasan ini, saya melihat ratusan entahkan ribuan bendera yang membanjiri di sekitar kawasan ini. Saya juga secara tidak langsung melihat akan ceretera pilihanraya yang berlansung di kawasan ini. Tiba-tiba dalam suatu masa yang terdekat sebelum pilihanraya, sekolah saya berada dalam lingkungan kawasan yang 'bertuah' kerana diberi perhatian untuk menjadi penerima bantuan pakej ransangan ekonomi. saya tersenyum.. dan hanya tersenyum apabila diarahnya untuk membuat buku cenderhati bertaraf pamplet bagi program tersebut.

itu sebab wajah saya perlu ditutup separuh. dan sehari selepas pilihanraya dibukit gantang..tiba-tiba dilangit biru kelihatan awan yang berkumpul membentuk bulan..

sekali lagi saya tersenyum bahana saya insan yang kaya dengan senyuman..

 



Disumbangkan pada 8:55:39 AM • Lihat komen (4) / Tambah komen


Khamis, 5 Mac 2009
Salam Bahagia..

Syukran buat sahabat yang sentiasa menjenguk yalin. Syukran ya. Yalin baru tahu yang ramai sahabat di esastera yang ingat Yalin dah kahwin. Sebenarnya Yalin baru sahaja buat surat akuan BUJANG yakni belum lagi pernah berkahwin.

Yalin tengah mencari alamat sahabat-sahabat di esastera, KBMUPM, UPM, Kolej Taj, SKKG, SMC BERNADETTE'S CONVENT BATU GAJAH, dan semua sahabat yang ingat Yalin.

Yalin ada sesuatu yang ingin dikirimkan pada kalian.

Esastera.com memang best, di sini Yalin berjumpa dengan sahabat Yalin yang paling baik iaitu MKRiza.. Terima kasih Esastera! Terima kasih buat Dr Irwan dan Cikgu Hasimah... Hehehe

Terima Kasih Pak Cik Aj... (tiba-tiba jer nama ni tersebut :))



Disumbangkan pada 4:11:32 PM • Lihat komen (4) / Tambah komen




Mukasurat dari 11


Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 4/28/2010 10:05:04 AM • Bilangan pelawat 10060