esasterawan.net

 

.Al-Quran Online

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh

Laman web lain
http://

Laman web kegemaran

weblog • 27 • lihat arkib weblog

Selasa, 6 Oktober 2009
Pelajaran 27

Terdahulu dibincangkan kaedah membariskan huruf alif hamzah washol; iaitu menyerupai kaedah bahasa Arab bagi kalimah amar (kata perintah).

Namun begitu, terdapat enam pengecualian.

Baca seterusnya.



Disumbangkan pada 8:34:56 AM • Lihat komen (4) / Tambah komen


Rabu, 21 Mei 2008
Pelajaran 26

Tulisan ini tergendala sehinggalah saya menemui ralat yang tidak disengajakan dalam tulisan saya dalam pelajaran 24. Mohon maaf.

 

Sebagai pembetulannya, berikut dinyatakan semula bahawa, ‘terdapat dua tempat di dalam al-Quran yang mengandungi kalimah lafzu al-jalalah yang bermula dengan huruf alif hamzah istifham.

Ayat-ayat yang terlibat ialah ayat 59 surah Yunus dan An-Naml.

 

 

Wallahu 'alam.



Disumbangkan pada 8:49:11 AM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Khamis, 3 April 2008
Pelajaran 25

Pada pelajaran yang lalu, dinyatakan tentang kalimah lafz al-Jalalah yang mengandungi huruf alif hamzah istifham. Kalimah tersebut terkandung dalam ayat 59 surah An-Naml.

Basmalah.

Kalimah basmalah – Bismillaahi al-Rahmaani al-Rahiimi

(Baca Bismillaahirrahmaanirrahiim) adalah sebahagian daripada ayat 30 surah An-Naml.

Pun begitu, menurut Imam Shafie, Basmalah juga merupakan ayat pertama dalam surah Al-Fatihah. Kalimah basmalah di tempat-tempat lain di dalam al-Quran diletakkan sebagai petanda yang menunjukkan pemisahan di antara satu surah degan surah yang lain, kecuali di permulaan surah At-Taubah (juga dikenal sebagai surah al-Baraa-ah).

Hukum membaca Basmalah.

Wajib – membaca basmalah pada permualaan surah al-Fatihah adalah wajib.

Sunat – membaca Basmalah sebelum memulakan mana-mana surah di dalam al- Quran sama ada di permulaan atau di tengah-tengah surah.

Haram – membaca Basmalah di permulaan surah At-Taubah adalah haram kerana mengambil ibrah kemurkaan Allah. Menurut ulama tafsir, At-Taubah merupakan pengisytiharan secara terbuka tanpa sebarang tolak ansur sedangkan basmalah mengandungi makna perdamaian dan kasih sayang.

Membaca basmalah di awal surah.

Bacaan boleh sahaja dibaca secara bersambung-sambung di antara ayat terakhir surah sebelumnya, basmalah dan ayat pertama sesuatu surah (jika nafas anda panjang).

Bacaan yang biasa kita baca iaitu berhenti pada ayat terakhir satu surah dan kemudian membaca Basmalah, kemudian wakaf, seterusnya membaca ayat pertama surah berikutnya. Kaedah bacaan ini dinamakan sebagai Qat’u al-Jami’.

Membaca basmalah dengan menyambung terus dengan ayat pertama sesuatu surah. Perlu diperhatikan, kebanyakan orang akan melakukan kesilapan menggunakan kaedah penandaan baris bacaan alif hamzah washal apabila membaca dengan kaedah ini. (Sila rujuk semula kaedah pembacaan secara washal bagi alif hamzah washal yang diterangkan dalam pelajaran terdahulu).

Kita tidak boleh menyambung ayat terakhir sesuatu surah dengan basmalah kemudian berhenti di akhir kalimah basmalah. Larangan ini adalah untuk mengelakkan seseorang pembaca daripada menyangka bahawa Basmalah dikira sebagai ayat dalam surah tersebut.

 

Wallahu'alam.



Disumbangkan pada 10:22:59 AM • Lihat komen (0) / Tambah komen


Khamis, 27 Mac 2008
Pelajaran 24

Kalimah Lafzu al-Jalalah: Bahagian 3.

 

Kalimah Allah di dalam al-Quran dibaca dengan tebal sekiranya kalimah sebelumnya berbaris fathah (baris di atas) atau dhommah (baris depan). Dan dibaca dengan nipis (melewehkan suku kata ‘laa’, seperti membaca Basmalah, Bismillaahi Al-Rahmani Al-Rahim).

 

Satu kalimah Allah di dalam al-Quran dimulai dengan huruf ‘alif hamzah istifham’ iaitu merujuk kepada ‘alif’ yang membawa maksud ‘adakah’, yang memperihalkan pertanyaan Allah kepada manusia tentang suatu perbuatan yang mereka lakukan. Alif ini ditandakan dengan tanda mad (~) di atasnya. Dalam kes ini, panjang bacaan ‘alif hamzah istifham’ tersebut ialah enam harakat. Dan hukum tajwidnya ialah mad farqi.

 

Inilah satu-satunya lafz al-Jalalah yang istimewa berbanding dengan kalimah seumpamamnya di tempat lain lain al-Quran.

 

Qul Allahu adzinalakum......

 

Huruf ‘A’ yang bergaris mewakili Alif Hamzah Istifham dibaca dengan kadar enam harakat, iaitu Qul Aaaaaallahu

Sebutan ‘a’ dibunyikan sepanjang enam harakat sebelum dicantumkan bunyinya dengan huruf lam yang pertama dalam kalimah Allah.

 

Ini bermakna bacaan seperti Allllllaahu  adalah salah, kerana memanjangkan dengung pada huruf lam yang bersyaddah (bertanda sabdu).

 

Wallaahua'lam.... 



Disumbangkan pada 11:21:22 AM • Lihat komen (0) / Tambah komen


Jumaat, 22 September 2006
Pelajaran 23.

Kalimah Lafzu al-Jalalah (2)

 

Perlu diulang sekali lagi, bahawa semua kalimah Allah di dalam al-Quran ditulis dengan tidak meletakkan tanda alif kecil di atas huruf lam yang kedua. Walhal kadar bacaan kalimah ini dibaca dengan kadar satu alif @ dua harakat.

 

Sistem penulisan mushaf Uthmani memang membuat penetapan ini, dan semua pembaca perlu maklum terhadapnya. Hal ini jelas sebagai membezakan keadaan-keadaan pada kalimah lain yang mempunyai permulaan huruf lam dihadapannya seperti kalimah

‘Al-Laa’ibuuna’ atau ‘Al-Laata’ atau ‘Al-Laa’inuuna’.

 

Ada orang berpendapat, apabila sesuatu kalimah mengandungi dua huruf lam yang berturutan, maka kalimah itu dibaca secara tafkhim. Tetapi dalam kaedah bacaan yang kita ikuti (Lafzu al-‘ashim) hanya kalimah al-Jalaalah sahaja boleh dibaca dengan cara ini. Rujuk Pelajaran 22 untuk memahami kaedah bacaannya.

 

Selain kalimah Allah yang ditulis secara tidak bersambung dengan huruf lain, terdapat lima tempat huruf ‘ha’ yang bersambung dengan ‘miim’ menjadikannya ‘Allaahumma’.

iaitu

ayat 26 surah aali-‘Imraan. (dibaca secara tarqiq)

ayat 114 surah al-Maaidah. (dibaca secara tafkhim)

ayat 32 surah al-Anfaal. (dibaca secara tafkhim)

ayat 10 surah Yunus. (dibaca secara tafkhim)

ayat 46 surah az-Zumar. (dibaca secara tarqiq)

 

Wallahu’alam.



Disumbangkan pada 9:25:30 AM • Lihat komen (3) / Tambah komen


Rabu, 23 Ogos 2006
Pelajaran 22

Kalimah Allah @ lafzu al-Jalaalah (lafzul Jalaalah).

 

Pada asalnya huruf lam bersifat tarqiq (nipis) kerana huruf lam tergolong dalam kategori huruf istifal. Istifal bermakna huruf-huruf dalam kumpulan yang lemah. Maka huruf istifal tidak boleh dibaca tafkhim (tebal) kecuali pada kalimah Allah.

 

Terdapat dua cara bacaan atau penyebutan bagi kalimah ini.

 

i.                     at-Tafkhim (tebal)

 

      iaitu kalimah Allah disebut dengan tebal apabila huruf sebelum kalimah ‘lafzul jalaalah’ ini berbaris fathah (baris di atas) dan dhommah (berbaris di hadapan). seperti menyebut Abdullah, atau masyaaAllah, rasulullah dan lain-lain.

 

 

ii.                   at-Tarqiq (nipis)

 

      dilembutkan bunyi pada huruf lam yang kedua apabila huruf sebelum kalimah ‘lafzul jalaalah’ berbaris katsrah (di bawah).

seperti membaca Bismillaahi, ‘indillaahi, lighairillaahi, qulillaahumma, dan lain-lain.

 

Mad Farqi.

 

59 surah yunus

 

Satu kes khas yang tersendiri melibatkan kalimah Allah iaitu lafaz pada ayat 59 (surah Yunus). Alif hamzah qatho’ yang pertama sebelum ‘lafazul jalaalah’ dipanggil alif hamzah istifham iaitu alif soal/tanya. ‘aa’ dengan makna hal/adakah.

Hukum tajwid pada kalimah ini ialah mad Farqi iaitu dibacakan ‘aa’ dengan panjang enam harakat.



Disumbangkan pada 11:06:19 PM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Sabtu, 5 Ogos 2006
Pelajaran 21

Alif Lam (2)

 

Berikut disertakan jawapan yang diberikan oleh pelawat Laman AQO ini. Jawapan yang tepat.

 

jwpn

 

Terima kasih diucapkan oleh pemberi jawapan.

 

Diulang sekali lagi, kalimah-kalimah isim makrifah ini, apabila dimulakan @ ibda’ (pada awal bacaan), huruf alif hamzah washol dibariskan dengan baris fathah.

 

 

Dalam banyak-banyak kalimah yang bermula dengan huruf alif lam, terdapat satu kalimah yang disebut lafzu al-jalalah iaitu kalimah Allah. Gaya penulisan resan Uthmani, kalimah Allah ditulis tanpa meletakkan tanda alif kecil di atas huruf lam yang kedua. Sedangkan bacaan kalimah ini adalah pada kadar dua harakat (1 alif). Hal ini kerana sistem penulisan resam Uthmani menerima ketetapan bahawa setiap orang mesti faham dan tahu, kalimah Allah dibaca dengan kadar dua harakat pada sebutan Lam yang kedua.

 

Ok, selepas ini kita akan bincangkan Lafzu al-Jalalah secara spesifik. Apakah perbezaan bacaan yang perlu diketahui oleh kita dalam keadaan-keadaan seperti;

 

  1. apabila huruf sebelum kalimah Allah berbaris fathah dan dhommah.
  2. apabila huruf sebelum kalimah Allah berbaris katsrah.
  3. dan beberapa kes apabila Alif dalam kalimah Allah itu merupakan alif hamzah Istifham.

 

Tunggu perbincangan selanjutnya, insyaAllah.



Disumbangkan pada 12:05:20 PM • Lihat komen (3) / Tambah komen


Jumaat, 14 Julai 2006
Pelajaran 20

Alif Lam. (1)

 

Bab Alif Lam merujuk kepada kalimah isim makrifah iaitu setiap kalimah yang bermula dengan huruf ‘alif hamzah washol’ dan ‘lam’.

 

Terdapat dua kategori hukum bacaan iaitu

  1. Alif lam Qamariyah
  2. Alif lam Syamsiah

Bagi tujuan perbincangan, mari kita teliti surah Asy-Syams

 

contoh

Jika diperhatikan ayat-ayat di atas, kalimah yang bergaris biru mewakili kategori (1) manakala kalimah bergaris hijau mewakili kategori (2).

 

Menyebut kalimah dalam kategori (1)

Bunyi lam sukun dizahirkan, iaitu dengan menyebut wal-qamari, wal-Ardhi.

 

Menyebut kalimah dalam kategori (2)

Bunyi baris huruf sebelum kalimah yang mempunyai huruf alif lam dimasukkan terus ke dalam huruf ketiga. Iaitu menguatkan bacaan (syaddah) seperti wasy-syamsi (bukan wal syamsi), wannahaari (bukan wal-nahaaari), wallaili, was-samaaai.

 

Manakala kalimah yang bergaris merah tidak termasuk dalam ketegori alif lam kerana alif hamzah qatho’ terdapat dalam kalimah tersebut.

 

Selamat membaca.

 

Soalan pemahaman: Berapakah huruf-huruf hijaiyyah yang menyebabkan hukum menjadi

i.                     alif lam qamariyah

ii.                   alif lam syamsiah

 

Selamat menjawab.



Disumbangkan pada 6:48:17 PM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Ahad, 25 Jun 2006
Pelajaran 19

Alif: Alif Hamzah Washol (5)

 

Bacaan Naqal.

 

Naqal maknanya pindah. Sebelum alif hamzah washol  terdapat alif lam qamariah. Pindahan itu dibuat dengan memindahkan baris katsrah pada alif hamzah washol dalam kalimah ismi kepada lam sukun (mati). Menurut riwayat Hafs, terdapat satu tempat sahaja bacaan naqal dalam al-Quran iaitu pada ayat 11 surah al-Hujurat.

 

Untuk makluman menurut qiraat lain seperti Wars, bacaan naqal terdapat pada banyak tempat. Memandangkan saya tidak belajar secara khusus ilmu qiraat lain, maka saya tidak boleh memperturunkan ilmu qiraat selain bacaan Lafz Imam al-‘Ashim iaitu anak murid Imam Hafs. Qiraat yang sedang dibincangkan oleh kita selama ini ialah Qiraat Lafz al-‘Ashim.

 

11 al-hujurat

 

kalimah “bi’sa dan al-Ismu” dalam ayat 11 surah al-Hujurat. Kebanyakan orang biasanya membaca “bi’sal – ismu” sedangkan bacaan yang sebetulnyabi’salismu”.

 

Wallahu 'alam.



Disumbangkan pada 11:48:51 AM • Lihat komen (4) / Tambah komen


Jumaat, 2 Jun 2006
Pelajaran 18

Alif ::: Alif Hamzah Washol (4)

Dalam perbincangan ini, mari kita lihat kaedah untuk membaca kalimah yang berakhir dengan huruf bertanwin (baris dua), selepasnya terdapat kalimah yang bermula dengan huruf AHW. Perhatian: Fungsi yang dibincangkan ini khusus sekiranya bacaan dibaca dalam keadaan washol (sambung).

Tanwin setara dengan gabungan huruf berbaris tunggal dengan nun sukun (mati). Apabila kalimah yang berakhir dengan huruf bertanwin,

(i) huruf nun sukun dihidupkan dan dibariskan dengan baris katsrah (bawah) secara automatik.

(ii) sekiranya kalimah tersebut berakhir dengan huruf alif, maka huruf alif tersebut dinasakhkan (dimansuhkan) dan huruf sebelum alif digabungkan terus dengan nun sukun, nun sukun dibariskan seperti perkara (i) di atas.

Contoh (i)

Bagi kaedah bagi perkara (i), kita ambil contoh dalam ayat 30 surah At-Taubah. Dalam ayat ini, kita dapati kalimah 'uzairun bertemu dengan kalimah ibnu, maka bacaanya menjadi 'uzairunibnullaahi. Bagi ayat 6 surah Ash-Shaaffaat, bacaannya menjadi bizinatinilkawaakib. Manakala dalam ayat 61 surah Al-Baqarah, bacaannya menjadi khairunihbithuu.

contoh (ii)

Bagi kaedah (ii) pula, kita lihat contoh dalam ayat 164 dan 177 surah al-A'raaf. Kalimah qauman dan Allaahu dibaca qaumanillahu (ma-1 harakat) bukan qamaanillaahu. Manakala dalam ayat 177, ia dibaca matsalanilqaumu (la-1 harakat).

Dan insyaAllah, selepas ini kita akan bincangkan bacaan naqal di dalam al-Quran yang melibatkan kalimah yang mempunyai AHW.



Disumbangkan pada 8:25:26 AM • Lihat komen (2) / Tambah komen




Mukasurat dari 3


Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 10/14/2009 11:49:10 PM • Bilangan pelawat 32113