esasterawan.net

 

.Al-Quran Online

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh

Laman web lain
http://

Laman web kegemaran

weblog • 27 • lihat arkib weblog

Rabu, 22 Mac 2006
Pelajaran 7.

 

Tanda alif kecil.  

 

Ketiga-tiga tanda ini merujuk kepada tanda untuk memudahkan pembaca mengecam bacaan panjang atau pendek. Bayangkan jika al-Quran yang mula-mula disalin oleh sahabat nabi tidak mempunyai titik dan baris, mereka masih boleh membaca dengan betul. Sebenarnya al-Quran yang kita tatap hari ini telah ditulis sebegitu rupa dengan menambah titik dan baris semata-mata bagi memudahkan kita membacanya.

 

Tanda alif kecil atau dikenal sebagai alif fathah (atau dieja dengan “alif di atas bunyinya ‘aa’ “ – cara Pengajian lama di kampung) menunjukkan kalimah yang mempunyai huruf alif kecil ini mesti dibaca dengan kadar dua alif.

Contohnya seperti ayat di bawah.

 ayat 4

 

Kalimah maaliki dibaca dengan kadar dua harakat mengikut Imam Hafs, iaitu imam Qiraat yang dirujuk oleh kebanyakan umat Islam.

 

Dalam hal ini jika kita merujuk kepada al-Quran tulisan mushaf lain seperti quran ‘Majiid’, iaitu tulisan lama – kalimah maaliki ditulis dengan memisahkan mim-alif dan lam-kaf. Dengan kata lain huruf alif ditulis bersambung dengan huruf miim yang sebelumnya, seperti di bawah ini.

 maaliki

 

 



Disumbangkan pada 10:00:35 AM • Lihat komen (4) / Tambah komen


Rabu, 22 Mac 2006
Pelajaran 6: Rumusan wakaf-wakaf dalam al-Quran

Menjawab persoalan yang timbul dalam hal membaca surah Yasin berramai-ramai. Pada ayat 76 yang mempunyai waqaf lazim (tanda mim kecil), tidak dibacakan dengan berhenti pada tempat yang sepatutnya berhenti. Maka persoalan ini perlu dilihat dari sudut pandang ilmu, mungkin pengendali majlis yang mengetuai majlis bacaan yasin itu tidak tahu. Jika saya mengetuai majlis seumpama ini, saya akan memperingati ahli jemaah untuk mematuhi beberapa perkara sebagai adab bacaan sebelum memulakan majlis.

 

Inilah rumusan tentang wakaf-wakaf yang tredapat di dalam al-Quran naskah mushaf Uthmani.

 

  1. Pilihan

1.1 – sama ada berhenti atau menyambung bacaan, tetapi berhenti lebih baik iaitu tanda ‘qaaf-lam-ya’.

1.2 – sama ada berhenti atau menyambung bacaan, tetapi menyambung bacaan  lebih baik iaitu tanda ‘shaad-lam-ya’.

     1.3 – harus berhenti atau menyambung bacaan iaitu wakaf Jaa-iz dengan tanda ‘jiim’ kecil.

      1.4 - berhenti pada salah satu tempat, sama ada di hadapan atau belakang. Tanda wakaf jenis ini ialah titik tiga.

 

  1. Berhenti seketika dan menyambung semula bacaan menggunakan nafas yang sama iaitu bacaan bagi wakaf jenis saktah. Tanda saktah ialah ‘siin’ kecil. Hanya terdapat dalam lima ayat daripada keseluruhan ayat al-Quran.
  2. Wajib berhenti. Membaca secara washol (terus tanpa berhenti) akan mengubah makna ayat tersebut. Wakaf ini dinamakan wakaf lazim. Tanda wakaf lazim ialah huruf ‘miim’ kecil. (ekor ‘miim’ ditulis condong sebanyak 45 darjah).
  3. Tidak boleh berhenti iaitu membaca secara terus apabila bertemu tanda waqaf ini. ‘Laa’ dalam bahasa Arab bererti tidak. Tanda wakaf ini ialah ‘lam alif’.

 

Maknanya di dalam al-Quran naskah mushaf Uthmani terdapat lapan tanda waqaf.



Disumbangkan pada 9:31:57 AM • Lihat komen (0) / Tambah komen


Selasa, 21 Mac 2006
Pelajaran 5

Semalam editor AQO ralat sedikit menangani persoalan yang ditimbulkan oleh drirwan dan yalin. Namun dicuba juga untuk memahami kehendak soalan itu. Mohon maaf kepada kedua-duanya.

Dan semalam juga editor berfikir untuk menyambung beberapa lagi dalam keadaan dia terlupa naskah rujukannya adalah al-Quran tulisan mushaf Uthmani. (Cetakannya seperti al-Quran yang boleh dibuka di link sebelah kiri laman ini).

Memandangkan naskah mushaf Uthmani yang dirujuk, sedar atau tidak hanya ada satu lagi jenis tanda bacaan yang tergolong dalam kategori waqaf iaitu tanda 'lam alif'.

Tanda ini menurut catatan dalam al-Quran cetakan Saudi Arabia ialah (maksudnya) petunjuk bahawa tidak dibenarkan berhenti padanya.

Contohnya pada ayat 25 surah al-Baqarah.

25:2

Dalam ayat ini, kalimah 'rizqan' dan 'qooluu' mesti dibaca secara washol (sambung).

Selepas ini kita bincangkan pula beberapa tanda dalam al-Quran seperti huruf mim, alif, wau, nun, dan ya kecil.

 



Disumbangkan pada 9:25:41 AM • Lihat komen (2) / Tambah komen


Isnin, 20 Mac 2006
Wakaf dalam al-Quran 3

Pelajaran 4

Di dalam al-Quran juga terdapat tanda waqaf 'jiim' iaitu bermaksud 'jaa-iz' atau harus. Dalam ayat yang dinyatakan di bawah ini, harus bagi seorang pembaca berhenti pada tempat terdapat tanda waqaf ini atau menyambung bacaan.

Contohnya, ayat 6 surah Aali-'Imran.

aaliimran

Di dalam al-Quran terdapat satu waqaf (tempat berhenti) yang mesti diwaqafkan bacaan padanya. Sekiranya dibaca secara washol (sambung), ia akan menjejaskan makna ayat yang dibaca. Waqaf ini dipanggil waqaf lazim.

Waqaf lazim ditanda dengan huruf 'mim'. Terdapat dua jenis penandaan huruf mim kecil di dalam al-Quran tulisan resam Uthmani iaitu mim yang menunjukkan hukum Iqlab dan mim yang menunjukkan tanda waqaf lazim. Mim bagi hukum iqlab ditulis di atas huruf nun mati (nun sukun) yang bertemu dengan huruf 'ba' atau pada huruf berbaris dua (tan-win) yang bertemu dengan huruf 'ba'. Huruf mim tersebut ditulis dengan ekornya ditarik ke bawah (90 darjah). Manakala mim bagi waqaf lazim ditulis dengan ekornya dicondongkan sedikit (45 darjah). Kita lihat contoh mim waqaf lazim ini. Sila rujuk pada ayat 76 surah Yaasin.

 

yasin

 

Pertama makna ayat bagi orang yang membaca secara washol.
“Janganlah kamu bersedih dengan ucapan mereka: Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.”

 

Seolah-olah mereka (orang musyrik) mengatakan “Sesungguhnya Kami (Allah) …….(hingga akhir ayat).”

Sedangkan ini adalah kata-kata semangat yang diberikan kepada Nabi.

Kedua makna ayat bagi orang yang membaca secara waqaf.
“Janganlah kamu bersedih dengan ucapan mereka.

Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.”

 

Dalam keadaan ini, terdapat penegasan yang menunjukkan ada perbezaan dalam

1. Pujukan Allah.

2. Jaminan Allah tentang pegetahuanNYA terhadap pelakuan orang musyrik Mekah.

Orang yang membaca secara washol berkata seolah-olah ucapan yang menyedihkan itu adalah “Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan”. Sedangkan sebenarnya ucapan yang menyedihkan itu ialah cercaan, cacian, maki hamun dan tuduhan palsu yang dibuat kepada nabi. Sebaliknya bagi mereka yang membaca secara waqaf, ia akan membawa makna yang betul iaitu kata-kata semangat yang diberikan kepada nabi supaya tidak bersedih. Kemudian diikuti pula oleh jaminan Allah tentang perhatiannya kepada setiap perbuatan jahat manusia musyrik dan kuffar kepada nabi.

Maka kesimpulannya apabila bertemu dengan tempat waqaf lazim seperti ini di dalam al-Quran, berhentilah bacaan pada tempat tersebut. Membaca secara washol akan mengubah makna ayat tersebut. Di dalam contoh ayat  yang diberikan itu, hendaklah berhenti pada kalimah 'Qauluhum', dan disambung dengan nafas lain pada kalimah 'Innaa'.

Sekian, selepas membaca artikel ini diharap anda telah

1.Dapat membezakan fungsi penandaan huruf mim kecil di dalam al-Quran tulisan resam Uthmani.
2. Memahami kaedah pembacaan apabila bertemu ayat yang mempunyai waqaf lazim.

 

Selepas ini kita akan biacarakan lagi beberapa lagi contoh waqaf yang biasa ditemui di dalam al-Quran.

 

 



Disumbangkan pada 11:37:17 AM • Lihat komen (6) / Tambah komen


Jumaat, 17 Mac 2006
Pelajaran 3

 

Ada orang bertanya apakah ada juga kes seperti yang terdapat dalam ayat 52 surah Yasin tetapi mempunyai tanda waqaf lain iaitu 'shaad-lam-ya'? Disebabkan saktah ini kita dikehendaki berhenti, maka tidak akan wujud keadaan seperti yang dipersoalkan.

 

Perlu diketahui, tandaan 'siin' kecil juga terdapat pada kalimah yang mempunyai huruf 'shaad' iaitu ditempelkan huruf ini di bawah huruf 'shaad' pada kalimah tersebut. Dalam hal ini, ia bermakna kita boleh menyebut kalimah tersebut sama ada menggunakan makhraj huruf 'siin' atau 'shaad'.

 

Contohnya pada kalimah al-Mushoithiruun (ayat 37 surah At-Thuur; Juzuk 27)

 

atthur

 

 

Kita boleh menyebut kalimah itu dengan "al-Musoithiruun" iaitu melebihkan bunyi 'siin'

 

atau

 

"al-Mushoithiruun" dengan melebihkan bunyi 'shaad' seperti mana asalnya.

 

Ketahuilah juga, keadaan ini (‘siin’ kecil yang ditempelkan pada huruf ‘shaad’) hanya terdapat dalam kalimah al-Mushoithiruun.



Disumbangkan pada 11:52:45 AM • Lihat komen (4) / Tambah komen


Khamis, 16 Mac 2006
Wakaf dalam al-Quran 2

 

Waqaf lain dalam al-Quran ialah saktah, iaitu tanda huruf ‘siin’ kecil. Saktah hanya terdapat pada lima (5) tempat di dalam al-Quran.

Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah:

  1. surah al-Kahfi ayat 1 (di antara akhir ayat 1 dan awal ayat 2 ).
  2. surah al-Qiyamah ayat 27
  3. surah al-Haqqah ayat 28. (di antara akhir ayat 28 dan awal ayat 29)
  4. surah yasin ayat 52
  5. surah al-Muthaffifiin ayat 14

 

Cara membacanya ialah dengan berhenti seketika pada kalimah yang mempunyai tanda siin kecil, kemudian disambung ayat menggunakan nafas yang sama. Dengan kata lain, berhenti sekejap tanpa mengambil nafas baru. Berhenti pada kadar dua harakat sebelum menyambung pada kalimah seterusnya dalam ayat tersebut.

 

Contoh ayat 52 surah Yasin,

yasin

Berhenti seketika pada kalimah marqadina, tahan nafas selama dua harakat (dengan melipatkan dua jari) kemudian disambung kalimah haa-dzaa menggunakan nafas yang sama.

 

 

Begitu juga pada ayat 27 surah al-Qiyamah.

qaiyamah

Berhenti seketika pada kalimah man, tahan nafas selama dua harakat (dengan melipatkan dua jari) kemudian disambung kalimah roo-qin menggunakan nafas yang sama.

*Jika dibaca secara terus, hukumnya menjadi idgham bila ghunnah kerana nun mati bertemu dengan ‘roo’. Tetapi kaedah bacaan itu kurang tepat kerana bacaannya akan menjadi ‘marrooqin’. Iaitu bacaan mengikut kaedah hukum Idgham Bila Ghunnah; memasukkan bunyi nun mati ke dalam roo.

 

Sebenarnya saktah menunjukkan kepada kita seni bahasa al-Quran yang unik dan berbeza daripada bahasa Arab perbualan. Betapa indahnya susunan bahasa al-Quran yang dicipta oleh Allah yang Maha Bijaksana.



Disumbangkan pada 8:40:34 PM • Lihat komen (3) / Tambah komen


Selasa, 14 Mac 2006
Wakaf dalam al-Quran 1

Semasa kita baca al-Quran pula, kita akan bertemu dengan penandaan "Shod-Lam-Ya", "Qaf-Lam-Ya" atau tanda tiga titik yang membentuk segi tiga.

1. "Shod-Lam-Ya" = washlun aula iaitu washol (baca sambung) lebih utama. Tidak salah sekiranya kita waqaf di situ, tetapi membaca secara terus tanpa berhenti adalah lebih baik.

2. "Qaf-Lam-Ya" = Waqfun aula (waqaf lebih utama) iaitu memberhentikan bacaan pada kalimah yang mempunyai tandaan ini lebih baik. Tidak salah juga sekiranya dibaca secara washol.

3. tanda tiga titik yang membentuk segi tiga = berhenti pada mana tempat sama ada pada tanda yang pertama atau kedua. Sebagai contoh lihat ayat 2 surah al-Baqarah.

ayat 2 al-Baqarah

Dalam ayat itu terdapat tanda ini, maka berhentilah (waqafkan) bacaan kita pada

a. kalimah 'raiba' dengan mematikan huruf 'ba', kemudian disambung pada kalimah 'fii hi...{hingga akhir ayat}' ATAU

b. kalimah fiihi (baca dengan waqaf sebagai fiih-iaitu mematikan baris kasrah pd 'ha') - kemudian disambung pada kalimah 'hudan...{hingga akhir ayat}'



Disumbangkan pada 10:54:28 AM • Lihat komen (6) / Tambah komen




Mukasurat dari 3


Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 10/14/2009 11:49:10 PM • Bilangan pelawat 31954