esasterawan.net

 

ZAIDIN ABADI

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh

Email
zaidinabadi@yahoo.com.my

Laman web lain
http://visimindaku.blogspot.com

Laman web kegemaran

webloglihat arkib weblog

Selasa, 20 April 2010
MENJENGOK KE DALAM DIRI

 

JIKA diturutkan perasaan mahu sahaja aku carutkan! Biar semua orang tahu yang aku juga tahu melepaskan amarah! Biar semua masyarakat tahu bagaimana aku tertekan oleh perbuatan seseorang. Biar dunia tahu aku sudah ditikam dengan kejam, tanpa belas kasihan.

Tetapi mujurlah, suara hatiku memujuk, membisikkan kata-kata mesra melembutkan gelodak perasaan yang membuak-buak. Mujurlah masih ada kewarasan dalam diriku, masih mampu mengumpul kekuatan menangkis segala yang dilemparkan terhadapku.

Aku masih waras! Alhamdulillah...

* * * * * * * * * * * * * * *

Berperang dengan perasaan amat meletihkan. Fikiran, emosi dan naluri terganggu, tersasar dari arah sebenar. Ada ketikanya aku bagai sasau memikirkan perkara kecil sebegitu diperbesar-besarkan seakan-akan terlalu besar dan amat berat untuk diselesaikan.

Masalahnya, aku tidak tahu hujung pangkal kenapa aku diseret sama. Apa sebabnya aku mahu dilibatkan? Akukah punca segala kekusutan itu? Atau akukah yang merancang kekusutan yang dialami sekarang?

Aku tidak mahu terlibat sama, malah aku tidak mahu langsung memikirkan perkara itu. Malangnya ada suara-suara yang melayang di udara dan singgah di telingaku membawa cerita-cerita yang tidak enak didengar.

Sememangnya dalam diri kira ada di antara 75% ke 85% perasaan negatif sekian lama bersarang. Lantas perasaan itu segera menggelegak memuntahkan raksa amarah ke seluruh sungai darah.

Tetapi mujurlah, kerana sifat tanahku yang tenang dan kukuh mampu menghindar api yang mahu membakar! Alhamdulillah.

* * * * * * * * * * * * * * *

Begitulah namanya manusia, tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan. Manusia tidak pernah sunyi dari dihayun buaian mimpi. Manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang diperolehi. Itulah lumrah manusia.

Di atas hakikat itulah, aku tunduk seketika, melihat ke dalam hatiku sendiri. Menilai perasaan yang dianugerahkan-Nya. Kenapa aku harus melayan segala perasaan negatif sedangkan aku perlu kembangkan baki 15% ke 25% perasaan positif yang berada di dalam jiwaku! Kenapa?

Syukur, berkat melihat ke dalam diri aku berjaya menukar arah angin. Api yang hampir menjilat diriku kini terpadam. Malah baranya juga telah aku padamkan! Aku padamkan segala itu dengan hanya satu kalimat. Maaf!



Disumbangkan pada 3:21:18 PM • Lihat komen (2) / Tambah komen




Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 5/13/2010 9:48:33 AM • Bilangan pelawat 7389