esasterawan.net

 

Naimisa Yusof

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh

Email
hanafi.mohamad@gmail.com

Laman web lain
http://naimisa.blogspot.com

Laman web kegemaran

webloglihat arkib weblog

Isnin, 9 Mac 2009
Lapan waktu solat

 

1.     Fadhilat (afdhal) iaitu waktu bermula masuk waktu solat sehingga 3/16 waktu kira-kira dapat menunaikan solat di akhir waktu. Sebagai contoh, kita bersolat zohor selama 5 minit. Asar masuk pada jam 4.39 petang. Maka ngam-ngam solat zohor sebelum asar ialah pada jam 4.34 petang. Waktu afdhal dalam kes ini ialah bermula masuk zohor (1.30 petang) hingga 2.28 petang.

2.     Ikhtiari iaitu waktu pilihan selepas waktu afdhal solat sehingga tidak sampai ke saat terakhir. Dalam contoh yang diberi di atas, bermakna waktu itu di antara jam 2.29 hingga 4.34 petang.

3.      Jawaz yang tidak makruh. Iaitu waktu yang diharuskan solat selepas waktu fadhilat sehingga tamat waktu ikhtiari.

4.     Jawaz yang makruh iaitu solat di akhir waktu sehingga ngam-ngam selesai solat didirikan, waktu berikutnya masuk. Sebagai contoh, kononnya si A mahu ‘menjimatkan’ masa. Dia menunaikan solat zohor jam 4.34 petang. Selesai solat, Asar masuk dan terus dia menunaikan fardhu Asar. Dalam hal ini solat zohornya dikira sebagai makruh (tidak disukai Allah).

5.      Haram iaitu menunaikan solat melebihi waktunya. Sebagai contoh, si A menunaikan solat Zohor kemudian waktu Asar masuk sedangkan dia berada dalam rakaat kedua. Solatnya sah tetapi perbuatannya haram.

6.     Idraak iaitu waktu bagi wanita yang uzur. Oleh kerana sebab tertentu seorang wanita tidak dapat menunaikan solat walaupun sudah masuk waktu. Tiba-tiba haidh keluar, padahal sebelum itu dia sempat menunaikan solat jika tidak ada hal yang melengahkannya. Maka solat itu perlu diqadhakkan semula setelah suci haidhnya.

7.      Dharurah. Iaitu waktu bagi orang lelaki yang sakit gila babi. Sakitnya datang sehingga apabila sedar semula, waktu solat telah luput. Solat itu wajib diqadhakkan. Manakala bagi wanita, terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian. Pertama, jika haidhnya kering dalam waktu kedua untuk solat-solat yang boleh dijamakkan, maka hendaklah diqadhakkan kedua-dua waktu solat tersebut. Sebagai contoh, Si A kering haidhnya lima minit sebelum masuk waktu maghrib. Maka dia segera mandi tetapi selesai mandi waktu Magrib sudah masuk. Hal ini bermakna dia wajib mengqadhakkan solat Asar dan Zohor pada hari tersebut. Hal seperti ini juga perlu dilakukan jika haidhnya kering di hujung waktu isyak, iaitu dia perlu mengqadhakkan solat Isyak dan Magrib sebelumnya. Kedua, jika haidh kering dalam waktu pertama, misalnya Zohor atau Maghrib maka solat tersebut sahaja yang perlu diqadhakkan setelah selesai mandi.  

8.      Uzur, iaitu waktu bagi musafir yang bertujuan baik. Uzur disebabkan kelonggaran yang diberi kepada musafir untuk menjamakkan solat di dalam mana-mana waktu. Solat siang dengan solat sebelah siang (Zohor dengan Asar), dan solat malam dengan solat malam juga (Maghrib dengan Isyak). Maka menunaikan solat yang dijamakkan ke dalam waktu lain itu dikatakan menunaikan solat dalam waktu uzur.

--------------- # ---------------- # ---------------------- # ------------------ 

(Naimisa, Nota kuliah Maghrib Ustaz. Raihan Abdul Aziz, Masjid Al-Hidayah, Sentul, KL)

 



Disumbangkan pada 12:03:08 PM • Lihat komen (0) / Tambah komen




Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 6/18/2010 3:06:51 PM • Bilangan pelawat 35833