| Ahad, 25 Oktober 2009 |
Kepimpinan
Saya tidak banyak tahu mengenai pemimpin. Setahu saya mereka yang memimpin pastilah mempunyai objektif yang jelas. Misalnya Dr. Irwan mengasas dan menjadi pemimpin eSastera.com demi mengangkat martabat sastera siber di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Berpandukan kepada misi dan visi itu, pemimpin mengorak langkah menjalankan agenda dalam kerangka kepimpinannya. Dalam satu dimensi kepimpinan yang lebih unggul, seseorang menjadi pemimpin untuk kembali kepada Pencipta. Semua teras kepimpinan berpandukan al-Quran dan Sunnah nabi-Nya, Muhammad S.A.W. Mereka sedaya upaya menggembeleng tenaga, fikiran, masa dan wang ringgit untuk memastikan pengikut-pengikut faham akan hala tuju mereka. Tetapi apa akan terjadi apabila pemimpin sudah dilihat tidak selari dengan visi dan misi yang dipersetujui? Saya amat setuju jika dalam mana-mana organisasi, proses pembersihan dilakukan dengan memecat pemimpin yang menjadi liabiliti. Dengan kata lain mereka sudah lari dari memperjuangkan persepakatan dalam Mesyuarat Agung. Sebab itu, setelah keadaan menjadi kalut, perlu ada prosedur khas yang dinamakan Mesyuarat Agung Luar Biasa. Semuanya bertujuan untuk memecat dan membuang mana-mana pemimpin yang diragui hala tuju kepimpinannya. Hari ini, kita melihat sekali lagi parti Islam bergolak. Semuanya gara-gara objektif penyatuan yang dilihat sebagai ideal tetapi penuh risiko. Saya tidak pandai membuat analisis isu yang bagus. Tetapi cukuplah saya kongsikan coretan
ini.
Sebagai pengikut, kita perlu yakin bahawa suatu hari nanti kita akan dibangkit bersama-sama pemimpin. Mari kita renung ayat al-Quran ini. (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imam (pemimpin) mereka; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun. (71: Surah Al-Israa') Saya tidak fikir, seandainya berlaku pembersihan dalam parti PAS, akan wujud parti sepihan akibat perasaan tidak puas hati. Tuan Presiden PAS juga masih pemimpin yang hebat sekali pun tidak lagi memegang kerusi nombor satu itu.
|
|
Disumbangkan pada 9:11:06 AM
Lihat komen (3) / Tambah komen
|