esasterawan.net

 

Naimisa Yusof

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh

Email
hanafi.mohamad@gmail.com

Laman web lain
http://naimisa.blogspot.com

Laman web kegemaran

webloglihat arkib weblog

Ahad, 28 Mac 2010
Mendaki gunung.




Gunung Chenuang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Ketinggian puncak gunung ini 853 meter dari aras laut. Projek Unit RSA, CSR dan HRA kali ini melibatkan 12 orang peserta; 7 lelaki dan lima perempuan. Seorang peserta merupakan bekas staf syarikat yang kini bertugas di Balai Polis Bukit Aman. Perjalanan bermula jam 8.00 pagi dari pejabat menaiki van syarikat. Setelah melepasi Balai Seni Lukis Negara, tiba-tiba pengarah program bertanya tentang begnya. Duit yang diperuntukkan untuk program sejumlah RM1000.00 berada di dalamnya. Beg tersebut tertinggal di atas kerusi di hadapan tempat letak kereta bangunan Plaza Sentul. Kami hanya mampu berdoa mudah-mudahan tiada orang yang panjang tangan menyambar begi tersebut. Syukurlah, beg itu masih ada apabila kami berpatah balik. Terima kasih kepada penjaga tempat letak kereta, seorang pemuda India.


Nota: Jam 10.15 - 2.30: Mendaki.
2.30 - 3.00: Lepak di puncak gunung.
3.00 - 8.00: Perjalanan turun.
9.15 malam: Pulang.
Ini buat catatan kerana belum dapat tidur kerana sudah hilang letih apabila berendam di kolam air panas selama 15 minit dalam perjalanan pulang. Fuh!!!!

Disumbangkan pada 1:55:37 AM • Lihat komen (1) / Tambah komen




Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 6/18/2010 3:06:51 PM • Bilangan pelawat 36964