| Khamis, 8 April 2010 |
Satu ayat untuk dikongsi ceritanya.
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata. (12)
Surah Yaseen. Dalam ayat ini, terdapat kalimah Aastarahum (bermaksud kesan mereka). Suatu hari nabi mendapat tahu Bani Salamah ingin berpindah agar mereka lebih dekat dengan Masjid Nabawi. Jarak perkampungan Bani Salamah kira-kira tujuh kilometer. Nabi memaklumkan ketua Bani Salamah bahawa kesan tapak kaki mereka, meski ditimbus angin yang bertiup di padang pasir tetap akan dicatat malaikat. Dan kesan-kesan ini menjadi saksi di akhirat. Semua catatan dimasukkan dalam Imaamin Mubiin. Dikatakan kitab itu berupa gulungan apabila dibentangkan panjangnya sejauh mata memandang. Hari ini (dalam konteks semasa) kesan itu boleh dikatakan bilangan pusingan roda kenderaan bagi yang berkenderaan dan bilangan langkah bagi yang berjalan kaki. Catatan pendek kuliah tafsir, Ustaz Rohaili, Masjid al-Hidayah, Sentul, 6 April 2010.
|
|
Disumbangkan pada 9:35:45 AM
Lihat komen (0) / Tambah komen
|