esasterawan.net

 

rimanilzah

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Amir Hazlin Lin

Email
rimanilzah at yahoo.com

Laman web lain
http://rimanilzah.fotopages.com

Laman web kegemaran

webloglihat arkib weblog

Selasa, 9 Februari 2010
berita terkini

pagi itu di kantin, saya dengan bangga menyebarluaskan berita terkini daripada sms yang baru saya terima.

mahkamah menolak rayuan nizar dan kekalkan zambry sebagai mb perak dengan majoriti 3-2.

"betul ka sms hang tu?" tanya abang khu.

saya rasa tercabar. amat tercabar.

"hang tanya man. pernahkah aku foward sms palsu pada dia?" jawab saya dengan pertanyaan yang angkuh.

"tak ada," kata man, "setakat ini semuanya maklumat tepat aku terima."

saya tersenyum. bangga.

tak lama selepas itu, abang khu buka internet. dia baca keputusan mahkamah 5-0, bukannya 3-2.

pagi itu. pagi muram bagi penyokong pakatan rakyat. pagi itu saya mendapat kutukan mahahebat kerana menyebarluaskan sms palsu.

aduh!

mujur sms itu saya tak forward kepada man. jadi, man kekal sebagai orang yang tidak pernah menerima sms palsu daripada saya.

 



Disumbangkan pada 11:44:05 PM • Lihat komen (9) / Tambah komen




Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 5/20/2010 8:14:36 PM • Bilangan pelawat 65360