esasterawan.net

 

rimanilzah

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Amir Hazlin Lin

Email
rimanilzah at yahoo.com

Laman web lain
http://rimanilzah.fotopages.com

Laman web kegemaran

webloglihat arkib weblog

Ahad, 7 Mac 2010
ingat-ingat

(i)
kebenaran pada hemat saya tidak begitu penting bagi orang politik. yang penting - kepercayaan - meskipun kepercayaan itu dibina melalui kekeliruan.

adegan lompat-melompat semenjak dua ini ialah satu lagi keadaan untuk menimbulkan kekeliruan bagi saya. dan, kekeliruan itu telah mula bercambah menjadi kepercayaan.

cuma.

kehadiran media baru - internet - telah melambatkan atau mungkin juga telah membantutkan percambahan kepercayaan itu. peneraju siasah tidak lagi mudah berdakyah seperti dahulu.

begitupun, saya percaya – kekeliruan ini perlu dipantakkan ke kepala golongan atas pagar. yang lazimnya melabelkan diri mereka sebagai “aku tak campur politik” atau “aku tak pro mana-mana”.

dan, kesannya pasti ada.

(ii)
bercakap tentang golongan yang mengaku “neutral” ini kadang kala amat menjengkelkan. memang ada yang benar-benar “neutral” dan berprinsip atas yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

dalam pada itu, tidak kurang juga yang sebenarnya tidak punya apa-apa pendirian. atau, buta politik. ada juga – yang sikapnya memang suka membedal – tak kira kiri – tak kira kanan – lalu gamam untuk berpihak.

tidak kurang juga – yang telah hilang testisnya untuk berparti dan menjadi mengkarung politik.

(iii)
“dalam politik – sama ada kamu main politik atau kamu kena main dengan politik,” demikian kata kalamutiara, “jadi alang-alang kena main, mari kita main sungguh-sungguh.”

...mungkin bersambung...



Disumbangkan pada 3:02:42 AM • Lihat komen (11) / Tambah komen




Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 5/20/2010 8:14:36 PM • Bilangan pelawat 65359