esasterawan.net

 

rimanilzah

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Amir Hazlin Lin

Email
rimanilzah at yahoo.com

Laman web lain
http://rimanilzah.fotopages.com

Laman web kegemaran

webloglihat arkib weblog

Isnin, 15 Mac 2010
dari avatar ke jonny bikin filim


seorang kawan beria-ia mencadangkan saya agar menonton "avatar". saya berterus kepadanya bahawa saya tidak berminat dengan filem james camaron. lagipun, saya juga tak suka menonton filem yang terlalu banyak menggunakan cgi.

dia agak kecewa.

"filem itu menang golden globe," katanya.

"memanglah. sebab itu anugerah popular. tapi filem itu takkan menang academy award," kata saya yakin. dan, mujurlah "avatar" benar-benar tidak menang - kalau tidak kemalu-maluan juga saya.

"saya lebih suka quentin tarantino," kata saya lagi. kawan saya itu diam. saya juga tidak mahu mengusik kediamannya.

soal pilihan. memang begitu.

ada yang suka yang popular. dan, ada yang ada cita rasanya yang tersendiri. macam kawan saya yang menilai kecantikan wanita daripada bahunya. mulanya saya rasa pelik juga. tapi, setelah difikir-fikir betul juga - apa cantiknya kalau bahu dah sebesar betis matahati.

kembali tentang filem. saya masih tercari-cari filem "toyol" dan "mat som". kalau ada sesiapa boleh dapatkan - tolong hubunginya saya. oh, ya! di mana pula nak dapat "jonny bikin filim"?



Disumbangkan pada 9:18:33 PM • Lihat komen (13) / Tambah komen




Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 5/20/2010 8:14:36 PM • Bilangan pelawat 65324