esasterawan.net

 

rimanilzah

Laman utama
Maklumat peribadi
Weblog
Karya
Foto
Maklumat sisi
Promosi
Papan nota

info

Nama penuh
Amir Hazlin Lin

Email
rimanilzah at yahoo.com

Laman web lain
http://rimanilzah.fotopages.com

Laman web kegemaran

webloglihat arkib weblog

Khamis, 25 Mac 2010
senja permai

 

“tajuk ‘senja permai’  tapi dalam cerita tak pernah permai,” kata mem saya.

 

“sebab itu ada perkataan ‘senja’,” kata saya, “permai tapi dah di penghujung. dah nak ke malam. dan, malam mungkin ada permai yang lain atau hilang sama sekali.”

 

“senja permai” siri tv di astro prima. saya bukanlah penonton tegar siri ini tetapi menontonnya sekali-sekala sahaja. begitupun saya gemar akan isi dan jalan cerita siri ini. setiap episod dalam siri ini ada falsafahnya yang tersendiri.

 

“senja permai” tentang tiga keluarga – kisah keluarga yang mungkin berlaku dalam keluarga kita juga. (kecuali, lelaki-lelaki gagal seperti  nfaizal dan matahati.) siri ini membawa realiti kehidupan ke layar kaca dengan unsur-unsur drama yang diadun seadanya tanpa berlebih-lebihan.

 

siri ini lari dari klise drama melayu – yang melebih-lebihkan sesuatu cerita – hingga kekadang tak kena gaya. atau, sinetron dari seberang yang suka mendera watak utama semahu-mahunya. Dan, watak jahatnya, sejahat-jahatnya.

 

man yang baru balik dari amerika menghadapi konflik dengan isteri dan anak perempuannya yang tidak dapat menerima hakikat untuk menetap di malaysia. selain,  diburu rasa cemburu terhadap teman lelaki isterinya, tony.

 

jiran mereka nik dan isteri pula berhadapan dengan karenah anak-anak perempuannya yang meningkat remaja.

 

hairi – terperangkap dalam kegiatan jenayah. tetapi, bersikap amat penyayang terhadap isterinya (yang tidak mengetahui kegiatan suaminya).

 

senja permai – kisah kejiranan di taman perumahan.



Disumbangkan pada 10:34:26 PM • Lihat komen (8) / Tambah komen




Hakcipta © 2005 eSastera Enterprise • Kemaskini terakhir 5/20/2010 8:14:36 PM • Bilangan pelawat 65360