HUJUNG MINGGU. DAULAT TUANKU.
(ada 11 keping gambar tak berseni yang diambil secara sesuka hati. Tengok sajalah. J)
Mula-mula, ke sini dulu. Mentari merah di ufuk timur, kata Search.

Sarapan dulu. Penting tu.

Oh, ini FRU. Tadi macam nampak ada helikopter memantau dari udara juga.

Antara yang terawal tiba.

Tanpa mengira bangsa dan agama.

Juga usia.

Mampat. Antara yang ‘wajib’ hadir.

Ini barangkali hanya ¼ dari jumlah yang hadir. Jumlah sebenar, saya kurang pasti. Mungkin 2000 hingga 5000 orang. Nak jumlah lagi besar, tanya Utusan. Nyatanya, memang ribuan.

Kain rentang yang mengandungi ribuan tandatangan. Lambang sokongan padu rakyat terhadap institusi istana, sultan khususnya.

Sokongan warga Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Bekas sekolah Tuanku Mizan.

Selepas beberapa jam menanti, ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong disambut dengan gema laungan ’Daulat Tuanku’.

Malangnya. Bateri habis. Pada saat paling best. Tak sempat snap wajah tulus & terharu baginda sultan dari jarak hanya 1 meter. Oh!.. Kat atas tu gambar terakhir yang sempat diambil...
Tambahan 30.03.08 [kredit foto: Amdang]
Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Bersurai dahhh...

Klik untuk video.
|